Oct 26, 2009

Kupersembahkan Nirwana =)

Posted by Galuh Cendra Kirana

Jom terbanggggg!!!! hihihihik.. ke maner? Wowwww... ke kayangan (^-^) mcmaner? mcmnie ye...miahhihihiihi... mmuuuaahhhhh!!!

kau ulang lagi tanya
untuk kesekian kali
abadikah selamanya

walaupun bidadari
turun dari kahyangan
tak mungkin aku tergoda

karna janji telah terucap
terukir dengan indah
dalam hati kita

andaikan ku terbang
seberang langit ke tujuh
lintasi bintang-bintang
bagaikan malaikat dengan sayapnya

kuajak dirimu serta
arungi khayalan
cumbui sang rembulan
untukmu kupersembahkan nirwana
setulus cintaku

aku pun takut bila
kehilangan dirimu
hanya kau permaisuriku

karna janji telah terucap
terukir dengan indah
dalam hati kita

(credits to ~ Element)

Oct 16, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Elin... hehehe

Posted by Galuh Cendra Kirana

Sebelum gi masjid utk solat raye, haku n Jojoe memohon keampunan seperti biase di hari raye dari bonda tercinta, Mama...



Ini yelah Jojoe yg sedang lap2 ingus kat tanganku.... hepp... Jojoe sedang beraye ngn kakak elin lahhh..(tadek duit raye arr taon neih.. raye haji aderla kot.. ehhehe!)

Di pagi rayeee... hehe.. ini haku tgh hamek2 gamba lepas balik semayang raye utk terus berdesup pulang ke rumah nenek (ingat lagik tak rumah yg aku amek gamba yg belakang umah dier ader sawah tuh)... di kampung halaman ittewlah pusara org2 yg kami cintai bersemadi... aku, mama n jojoe selepas solat raya terus menuju ke saner... (dan oleh kerane aku jadik mem besor di tempat duduk belakang jadi aku seperti biase, mempromosikan diri sendiri ngan handphone baru hadiah belated hari jadi pemberian org tertayunk... kihkhihkih.. thanks Bie!) mmuuahhhh!!!

Tadaaa! Dah pun sampai dengan selamat hasil dari pemanduan berkhemah Jojoe. Aku dan mama di perkarangan masjid Batu Lintang, Sungai Petani (kampung halaman kami) di mana pusara abah terletak di belakang masjid ini...

Kat rumah tok ngah...errmm garu2 kapla sebab cuaca panas... (bkn sbb xtau nk jawap soalan cepu cemas yg mencabar ogeh)

Bersama2 sepupu2 rapat giler... ni kakak monie, aku dan kakcik... lalala.. usah ditanya kenapo rama2 ittew di situ..nanana
kami lagi.. lalala...
Jojoe, aku dan kakcik... biasalah mmg kami punye hobby..lalala

kak watie )sepupu gak) ngan Jojoe tgh kutuk aku ngn kakcik yg J-Lo gittew...

Ini iyelah Tok Ma... nenek aku sebelah mama. Ahah... yg ni dipanggil Mami Jarum Penang... ader kacukan Arab n mamak tau...nanana

pose giler kose dipade aku sempena raye neih.. aku suke dinding rumah aku ni sbb dier licin (yaperda punye alasan daa)

Jojoe suka frame gamba kat dinding ni. Ini pun alasan xleh pakai gak. janji posingggg...

Ni mase beraya di rumah geng mak andam... kawan2 baikku n sahabat2 yg selalu mendengar pot pet aku di sekolah... ini diriku dan Idura a.k.a Walinong Sari...hehe..

Ini geng lelaki lak... kengkawan aku kat sekolah dulu iyeittew Ipin (skang dah kawen ngn Dura dah. Ahah... dialah suami Walinong Sari, blogger kita..) dannnnn... Yennnn..... dier mak andam mcm aku gak tapi dier kira famous di kampung aku la.. kelessss kannn..err... aku luper pakai flash.. mahap yer kengkawan.. maklumlah dua2 nie 'black-sweet' gittewww....ewww.. tak koser nyaahhh..hihihihik.. ogeh sekian dulukkkkk... tataaaaaaa!!!

Satu Hari Di Hari Raya... lalalala

Posted by Galuh Cendra Kirana

SELAMAT HARI RAYE DAN HAPPY DEEPAVALI BUAT SEMUA PEMINATKUUUU!!! (hua hua hua... poyo jek..) Mahap yer kengkawan, korang mesti menyumpah2 aku sebab aku dah lamer x ke udare. aku bizi sungguh ngan mcm2 perkara. (ayat standard digunakan pade saat2 kecemasan neih..).. Em ok ok okkkkk. oleh kerane memula kowang tanye.. pastu suwoh... pastu marah... pastu mingamukk aperbile aku buat donno jek utk melaksanakan tanggongjawabku utk mengupdate blog (kat friendster aku kene fire, kat fb aku kene warning, kat umah, kat blog, kat kedai, kat market... semer aku kene serang dek kerane x update blog. chitt.. sungguh xtenteram yer idup kowang yer.. kihkhihkih..) and latest.., Bie suwoh haku edit2 gamba n masukkan gamba kitowang sepanjang raye n pra raye hawi tu.. and this is it.. mmmuuaahhhhhhhhh!!!


Pade malam yang hening, iyeittew 3 malam sebelom raye... aku memandu menuju ke KLIA.. seorang diwik...

Ini yelah aku yg sedang memandu secare tak berbahye. Mase ni haku dah menjemput your highness balik ke tanahair tercinta.. mihihik.

Ini iyelah Bie. Bie dan haku sedang menjamu selere kat Secret Recipe. Lapor benor katenye.. hihiih.. kat citu kami berkompol dgn Ikin dan Farah (kawan Bie yg kiut dan kami panggil dier Budak Kecit Farah. Sian dier nak makan sushi xkesampaian sbb flight Bie delay)

Ini yelah keesokan hawinye. Kami akan bertolak ke kampung halamanku kerane Bie akan menaiki bas ekspress direct dari Kulim ke Kluang.. tapi sebelom tu kami sedang memilih hadiah hari jadi buat bonda Bie terchenta di butik Bonia Midvalley...

Ini Bie jugak. Bie sedang drive. Kami otw gi opis haku utk bermaaf2an dgn boss2 dan kengkawan opis.. wo wo wo balikkkkkk kampungggggg!!! yeayyyyy!!!

Di samping jalan jammed utk ke Tol Jalan Duta, kami sempat berposing sedikit sebanyak utk hilangkan mingantuk.. hehe... bertolak dari KL kul 12.30 tghari taw...

Tadaaaa!!! Kami sempat sampai kampung 3 jam sebelom berbuka...nanaanaa... haku n mama masak masakan kampung utk kami semua berbuka puasa pade hari tu.. sementara Bie n Jojoe gi Bazar Ramadhan utk cawik kuih muih. Bie yg dah lamer xjumpe lauk kampung twos mamam dgn kenyangnye.. ngeeeee~

Bie berposing selepas kekenyangan.... tgk yut dier... muncit takk.. yummy yummy yummy look at Bie's tummy~~~ keh keh keh
(BERSAMBUNG....)

jangan segan-segan ek... amik lew... hihihihih...

Sep 11, 2009

Puasa Si Miskin....

Posted by Galuh Cendra Kirana

Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik?"
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah.. Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

Sep 3, 2009

ROTI 1 MALAYSIA!!!!! MUST TRY!!!!!!!!

Posted by Galuh Cendra Kirana

Kat bawah ni adelah suggestion aku buat semua yg tgh penin2 ubi tatau nk beli aper buka poce hawi ni. Geng2 opis aku ramai yang dah pegi. Ade yg berulang - alik buat mcm rumah sendiri hari2... hehehe. Kowang jomlah try resepi Roti John yang giler sedap neih. ROTI 1 MALAYSIA. Tak mahal pun cume RM3 setiap satu. Memang berbaloi giler sbb intinye banyak dan memang sedap. Bahan yang paling istimewa bagi roti ni iyelah MINYAK ZAITUN tuwhhhh..... and rase dier..... waallaaaaa!!!!~ AMARAN : Ini BUKAN ROTI JOHN BIASA. Sebarang maklombalas menakjubkan adelah dialu-alukan. hihihihi... superbbbbbb bebb!!

Pasar Ramadhan, Lot 5, Jalan Raja Uda, Kg Baru KL. Dari Jln Tun Razak, anda akan berjumpa dengan selekoh tajam di sebelah kiri sebelom simpang ke Petronas Kampung Baru. Teros jer sampai anda bertemu ramah dengan Pasar Ramdhan Kampung Baru. Senang banget nak jumpe bazar tu. Hepp.... ingat tau, cari sign board ROTI 1 MALAYSIA. Gerai tu penuh ngan warna warni JALUR GEMILANG.... cantekkk!!! Jangan lupa untuk mecuba Roti John yang penuh disaluti daging harga cuma RM3. (kalo lebih atopon kurang dipade 3 tu maknenye korang tersalah gerai la tuww.. pastikan ader bendera2 banyak2 kat situ ogeh... heheheheh... nak makan sedap2 bulan ramadhan ni... bior ler berbaloiiiii) kannn...lalalalala... ptg ni aku nak gi lagik. saper nk join jommm~ ngeeeee~





(amacam..... heheheh.. dah agak dah ader yg dah meleleh liow neihhh).,.....lalalalala.. aper lagikk.. jom arrrr!!!

Aug 26, 2009

Sang Pencinta Syair Yang Kental...

Posted by Galuh Cendra Kirana

Dipercayai kulit kitab syair Siti Zubaidah Perang Cina

"Lemah lembut manis berseri-seri
Majlisnya tidak lagi terperi
Parasnya seperti anakan peri
Tiada berbanding di dalam negeri

Bertambahlah arif bijak laksana
Bijak bestari akal sempurna
Sifatnya lengkap tujuh laksana
Tiada berbanding barang di mana

Jikalau dicari dengan makrifat
Cukup kepadanya serba empat
Habis kepada sempurna sifat
Bandingnya itu sukar mendapat..."
(petikan dari Syair Siti Zubaidah @ Perang Cina)

Chakkk~ kengkawan. tetiba tergerak hati lak nk bercerita ttg ape yg aku tahu tentang jenis puisi yg aku gilai ni... syair.... hmm, kalolah aku wujud di zaman purba time Hang Tuah ngn Hang Jebat ader tuh.. mesti time tu ala2 lalu kt kampung aku akan pakai baju kurung, berkain batik, ngn selendang tutup kepala takpun kelubung ngn kain batik kat kepala ala2 siti nurhaliza, n senyum aku pun ala2 nak bersin xjadi tuh. (dah tentu aku bukan mengilai mcm sekarang nei yer.huhuh).

Ciri-ciri syair Melayu biasanya :
a. Mengandungi 4 baris dalam serangkap
b. Dalam satu baris terdapat 4 perkataan dan mengandungi 8-12 sukukata
c. Rima akhir syair adalah a-a-a-a
d. Satu rangkap syair tidak dapat berdiri sendiri sepertimana satu rangkap pantun.
e. Syair tidak mengandungi pembayang dan maksud seperti pantun

Jenis lagu dan irama dalam syair :
1. Irama Selendang Delima
2. Irama Batu Belah
3. Irama Siti Zubaidah
4. Irama Dandan Setia
5. Irama Narasi

(adalah ditekankan di sini bahawa aku hanye tawu dua irama jer. Irama Selendang Delima n Irama Siti Zubaidah rasenye. Dan teringin sgt nak belajar 3 lagi tuh. Kalo kene bertapa kat gunung, err.. bukan aku tak sanggop, tapi aku nk kene save cuti tahunan aku yg xseberapa tu. Akan tetapi kalo syair tu datang lam mimpi n bila bangun tido aku terus pandai lagukan kan bagus.hehe)

Kewujudan syair ni idak ler dinyatekan dgn tepat namun dari segi bahasanye kaya dgn perkataan dari negeri Arab. N aku penah dgr ader Syair Nabi Danial dan Imam Shafi'e. Jadi tak mustahil la gak kan, syair ni berasal dari Arab. Tul tak? Contohnye mukjizat, pokta, nafiri, syuhada, gapura, bahari, bahana, madah, jauhar, kalam dll... kaya dengan metafora, kiasan dan simile.

Sebenornye saper pun xfaham kenape ader 5 irama ni. Kate org2 dulu2, syair Siti Zubaidah cuma untuk menyairkan syair Siti Zubaidah jew. Syair Dandan Setia untuk Dandan Setia jew. begitulah selanjutnye. Namun terpikir gak di medula oblongataku ini : orang dulu2 zaman sebelom ader pistol nei ader ker sebegitu spesifik n sistematik? Muskel gak di benakku sbb banyak perkara laen (kebanyakannye la kan) takdela setepat maner sgt pun yer tak..huuhu...

Emm baiklah. Aku akan terus menggali tentang khazanah nan satu ini. Biarpun tak mungkin aku mendapat nama sebaris ngn penyair2 tanahair (ecewah) namum aku juga cintakan puisi yg berbunyi merdu ini.. walopon mase bertanding banyak kali kt sekolah dulu aku xpernah menang, tapi dalam diam aku suke mengamati rima dan irama syair dalam pelbagai gaya dan lenggok dari peserta2 laen. Sekaligus aku satukan semua skill diorang dan ape yg aku tahu dan aku lagukan sendiri kalo ada majlis2 keraian atau YM Sultan jemput menyanyi pada majlis penting di sekolah. Aku suke praktikkan syair. Kadang2 rasa nafas teratur dan tenang. Bukan untuk ganjaran tetapi demi kepuasan sendiri. Sampai rasa nak terbang sambil tabur bunga2 lak bila mendengarkan syair...

Untuk pengetahuan semer, Irama Syair Selendang Delima adelah syair2 yg biasa kite dengar, yg aku percaya anak Melayu kita ramai yg tahu wlopun xpandai. Alah yg dlu2 dalam radio kan drama bangsawan. kat permulaan n penutup dier mesti ader syair ni. Orang zaman dulu-dulu ni suke bersyair untuk menyampaikan mesej. Syair Selendang Delima misalnye, dilagukan bermalam-malam dan bersambung-sambung sementara nk habis. Bunyiknye masyaAllah... mendayu2 dan merdu banget.. akan tetapi ini la syair yg paling buat orang mengantuk (Sesuai buat dodoi anak atau suami kalo dowang xmo tido). mane taknye satu rangkap sampai mengambil mase paling kurang satu minit. Biasenye iye bersifat monotonous.

Khalayak ramai yang buta huruf akan berduyun2 berkumpul di serambi rumah untuk mengetahui setiap baitnya kerana Selendang delima ni jenis penyampai cerita. Misalnye cerita puteri kayangan, puteri cantik jelita dari istana yang tak ada tolok bandingnya sampai tercetusnya irama indah ini buat meluahkan kecantikan dan keindahannya. Biasanya yang menyampaikannye iyelah penglipulara dari negeri ke negeri. (tukang gosip la lebey kureng - tapi kira ok la suara dier sedap giler sampai semer org terpegun nk dgr wlopun panjang giler). yerla nk membaca xreti. sabor jelah ade org nk datang bercerita menganga jerla.. dah besar rahmat tau.hehe...

N satu lagi jenis yg aku masih terkial2 wlupun tahu iramanye iyelah (aku xsure) samade Siti Zubaidah atau Narasi. Kalo sesaper pernah dgr sebuah drama bertajuk "Syair Yang Hilang", tahulah lagunye. Jenis ni mmg pendek2 setiap baris. Sesuai utk yang bernafas pendek. Wlupun pendek jer iramanye n syairnye cepat habis, iye tetap sedap didengar dan cool jer pakcik yg melagukannye tu sambil ketepek2 jarinye menganyam tikar mengkuang. Isinye banyak berunsur menyampaikan nasihat secara 'hint' kepade pendengarnye. Biasenye orang nk luahkan rasa marah, kelakar atau nk perli seseorang eloklah menggunekannye sbg pengantara. Eh kowang engat dalam AF atopon anak wayang jew ker pakai skil ekspresi wajah n suara nih... dalam syair pun ader tau. sore besar, kecik, mendayu2, merayu2, gembira, terharu, tenang, sombong, nakal, dan banyak lagilah...

Ok murid2, buat mase nei setakat ni dlu ogeh. Nanti Cikgu Galuh akan sambung kelas lagi kalo ader info2 berguna tentang syair lagi. Stay tune, stay alive, dun kill animal... hihiihik.

Aug 17, 2009

Sulam Sembilan

Posted by Galuh Cendra Kirana

(Hati munge-munge...~)

Hendak ku sulam, sulam sembilan
Paras, sejengkal hatinya
Langkah mu tuan, permata intan
Cahaya, tumpang cahayanya

Kalau tahu coraknya beranggi
Corak kasih, sujiku emaskan
Kalau mahu rasaku nak pergi
Rindu kelemasan

Semarak... sulaman sembilan
Pancaran memancar... sulaman sembilan
Dipuncak mahligai... sulaman sembilan
Di langit yang biru... sulaman sembilan

Bunga kembang, nan asalnya wangi
Kembang layu, tidak ku buang
Layu mekar, harumnya ke pagi
Buatmu seorang

Padaku, tegakkan tiang belayar
Padamu, kembangnya ditiup angin
Janji, ombaknya memecah pantai
Belayar menuju ke arah seribu

Pergiku bak guruh hilang suara
Pergimu bak air mengalir sepi
Janji, kata indah yang membara
Semarak kasih suci, bukannya mimpi

-Credits to Siti Nurhaliza-