we're the odds beaters :-)

Daisypath Anniversary tickers

May you grow to be a good person InsyaAllah...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

The Youngest Man In The Family

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Tuesday, August 31, 2010

SELAMAT HARI MERDEKA!!! (Perjuangan Kita Belum Selesai)

By Galuh Cendra Kirana

Langkah, beribu langkah
Ke destinasi yang diimpi
Tiba terhenti, tercari-cari
Haluan arah, yang telah pun musnah
Harapan tak kesampaian

Hina, hinanya diri
Hanya menantikan bantuan
Bagaimanakah ini terjadi
Kerdilnya diri bukan lagi tuan
Inikah rupanya nasib bangsaku


Langkah demi langkah
Biarkah bertatih
Impian kan juga terlaksana
Martabat diri ini, tiadakan bererti
Tanpa usaha, janganlah leka
Mewah negaraku semerbak harumnya
Renjisan keringat oh bangsaku
Teruskan langkah ini
Biarkan ia kekal selamanya...

"Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya. Bukankah sejak zaman berzaman, mereka menjadi pelaut, pengembara.... malah penakluk terkemuka? Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap, menjadi pedagang dan peniaga, selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang? Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera, menjajah dunia yang tak dikenal? Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau.... yang tidak mengenal erti takut dan kematian? Di manakah silapnya?"
Langkah demi langkah
Biarkah bertatih
Impian kan jadi terlaksana
Martabat diri ini, tiadakan bererti
Usahalah, janganlah leka


Mewah negaraku semerbak harumnya
Renjisan keringat oh bangsaku
Teruskan langkah ini
Biarkan ia kekal sentiasa...

"Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya"


=credits to Nora, diadaptasi dari luahan hati Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad=

(P/S: Perjuangan kita belum selesai.. di manakah akhirnya?)

Monday, August 30, 2010

Di Medan Ini

By Galuh Cendra Kirana

Al-Fatihah buat Allahyarham Leftenan Adnan Bin Saidi, wira bangsa dan negara yang terkorban apabila dibunuh dengan bayonet semasa Perang Jepun.

Lt. Adnan Saidi (1915 - 1942)
Di medan ini zahirku layu
Jasad kaku dibelenggu
Jalur nadi masih kukuh
Janji setia tidak luntur

Di medan ini bakti disandang
Korbanku untuk maruah
Teguhkan azam nusa
Agar generasiku terbela

Jejakku tinggalkan
Untuk kau teruskan
Bangkitkanku dalam perjuanganmu
Mencantas noda
Bara semangatku
Bara semangatmu
Merintis cinta
Di medan ini gemilang persada
Hamparkan jati diri
Gemparkan pada mereka
Kita mampu teguhkan
Lambang merdeka

Laungkan semboyan
Seru gempur perwira
Walau gugur kubasahkan darah
Dengan ikhlas
Sumpah hidup wira bangsa
Juangkan cita
Bebaskan nusa....
=credits to: Awie=