we're the odds beaters :-)

Daisypath Anniversary tickers

May you grow to be a good person InsyaAllah...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

The Youngest Man In The Family

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Wednesday, November 30, 2011

Happy Birthday My Little Brother (30 Nov 2011)

By Galuh Cendra Kirana


Hari ni budak busuk nih dah besar dan dah berbini. Orang kata berat badan bertambah sebab senang hati. Tapi apa yang aku tengok budak busuk kesayangan aku nih makin membesar, seiring dengan tanggungjawab yang makin berat... kerja xkira masa.. rehat xcukup2.. makan ape yang ada (which means dia makan apa saja) sampai sakit pening pun bertandang xcukup kira. Oiittt my little one.. Happy Birthday To You From Kakak hang n Mama n Andika (yang copy habis fizikal Pak Su dia.. hopefully he is as genius as you are, sbb keklin selalu ckp kat dia besar nanti jadi lelaki yang baik dan bijak macam Pak Su Pidoih na).

Semoga panjang umur dan murah rezeki... keklin tau rezeki hang xputus2 adalah kerana usaha dan titik peluh hang... ada yang banyak, ada yg sedikit.. tapi semuanya pada hang bukan untuk diri sendiri... semuanya untuk orang2 yg hang sayang. We notice that =)...

Semoga Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah dan kesihatan yang berkekalan untuk adikku Hazaril Firdaus a.k.a Pidoih... Keklin percaya, rezeki untuk hang bukan di sini saja... berpanjangan sampai ke akhirat... sebab bukan keklin sorang yang mendoa... mereka kesayangan yang ada dan yang telah tiada pun doakan sama.. Tuhan saja yang dapat balas segala pengorbanan hang buat keluarga, buat mama dan arwah abah khususnya. Kalau ada orang yang xfaham kenapa hang sentiasa berjaya dan sentiasa gagal dikalahkan, inilah sebabnya... Budak busuk ini kaya dengan doa dari kami semua. Orang lain berbangga dapat buli dan bergaduh dengan adik, mungkin kerana mereka ada banyak adik. (10 orang kot..) Penat menjaga adik katanya. Aku pun pernah gak. Ngan adik yang mana lagi, hat ni la satu-satunya! Tapi pada akhirnya, aku akur dan tahu, inilah satu2nya adik dalam dunia, yang menjaga kakaknya. Ko ader?!!! Semoga berbahagia adikku, semoga terus mengorak langkah dan berjaya dalam kerjaya dan keluarga, di dunia dan akhirat... Amin Ya Robbal Alamin.... Happy Birthday Puyu... =)

Wednesday, October 26, 2011

Dua Makhluk Tuhan Kecintaanku :-)

By Galuh Cendra Kirana


Friday, August 19, 2011

Dato' Please Don't Go......., Dato', we still need you!

By Galuh Cendra Kirana

Dato' Noharuddin Nordin... huhuhu


KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) Dato' Noharuddin Nordin dilantik sebagai Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Mida) berkuatkusa esok. 

Beliau menggantikan Datuk Jalilah Baba yang akan bersara wajib esok, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Sidek berkata Noharuddin dilantik berdasarkan pengalaman dan pengetahuan beliau yang boleh membantu Mida menyediakan persekitaran dan perkhidmatan pelaburan yang terbaik, seiring dengan aspirasi negara seperti yang digariskan di bawah Program Transformasi Ekonomi.
Noharuddin, 55, berkelulusan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari University of Birmingham, United Kingdom, dan Chartered Institute of Transport (UK), Universiti Teknologi Mara. 

Beliau menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan pada 1978. 

Noharuddin menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 1986 dan Matrade pada 1994, sebelum dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Matrade pada Disember 2006. 

Mohd Sidek turut mengumumkan pelantikan Dr Wong Lai Sum sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Matrade yang baru mulai esok bagi menggantikan Noharuddin. 
Wong sebelum ini adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif I di perbadanan itu. 

Wong, 56, berpengalaman luas dalam bidang perancangan, pembangunan dan pelaksanaan keseluruhan strategi dan aktiviti galakan dan promosi eksport sejak memulakan perkhidmatan di Matrade pada 1994. 

"Saya percaya dan berkeyakinan penuh bahawa menerusi pengalaman luas dan pengetahuan kedua-dua pegawai, akan mampu membantu mereka mengetuai dan menggemblengkan semua pihak di Mida dan Matrade dalam merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar dan usaha peningkatan pelaburan, galakan dan promosi eksport negara seiring dengan perubahan transformasi negara," kata Mohd Sidek. 

Beliau merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Jalilah bagi segala sumbangan dan khidmat bakti beliau kepada perkhidmatan awam dan negara, terutama di sepanjang tempoh beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Mida. - BERNAMA 

Wednesday, August 03, 2011

Talib Loves Norma... Forever

By Galuh Cendra Kirana

Salam semua, hari ni aku dapat baca salah satu kebesaran Yang Maha Esa.. kisah cinta pasangan muda yang amat kuat dan jitu. "Allah SWT memberikan ujian yang hanya Dia yang tahu bahawa kita mampu menanggungnya, tidak lebih dari itu.. tetapi terpulang padaNya untuk menentukan apakah kesudahannya" namun, pada mata kita yang entah siapa2 ini, sanggupkah hanya melihat dan mengukir senyuman apabila terpandang akan kepiluan hidup orang-orang yang saling mengasihi ini, mereka tidak diberikan pilihan melainkan menerima dan tabah menghadapinya. Ini kisah Talib dan Norma yang saling mencinta... kisah kita pula entah bila.. yang pastinya benarlah bak kata alim ulama, wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik... kekal ke jinjang pelamin, ke akhir hayat... Amin.



http://miera301.blogspot.com/search/label/Norma


Blog itu adalah milik seorang pompuan bernama Munirah. Dia adalah saudara kepada Norma seorang wanita yang berusia 26 tahun, telah berkahwin dan dikurniakan satu anak, dan sekarang dia terlantar kerana menghidapi penyakit kanser otak.


love this pic so much . Hebat betul la ujian pasangan muda nih

summary yang ditulis oleh Puan Munirah sendiri  :

" Norma is my biras. Age 26 , suffer brain cancer stage 4
Married last year Mac 2010 , lahirkan rafiq bulan Jan 2011 Start sakit masa pregnant 7 bulan . As soon bersalin terus dia tak boley bangun The cancerous tumor is 7 cm kat saraf tunjang dia 5 X operation . 2 mon after operation ...tumor tew membesar balik dah 15X radioterapi tapi tak memberi kesan she is to weak for kimo hospital dah surrender now dia berada di rumah nya at Balakong,"

Ya Allah. First time aku bukak label Norma ni, terus baca artikel Talib suami Norma sedang membantu Norma memberi makan dan memberitahu tentang sambutan Ramadhan yang sangat penuh dengan keindahan. Takdak apa yang aku boleh ulas. Tapi ampa baca sendiri apa yang tercatat dalam artikel ini.

Talib angkat Norma n letak kat kerusi di luar ....then angkat masuk balik ke bilik . But lepas letak tew Talib tanya Norma " sakit tak sayang ...kalau sakit kelip mata sekali kalau tak sakit kelip mata 2 kali " and Norma kelip sekali and air mata dia mengalir ...Talib kata " Tew yg LIb tak sedap nak angkat2 dia selalu sebab tangan Lib menyakit kan dia ..tp dia kena duk atas kerusi utk beberapa jam " mebi tangan Lib kat belakang leher dia kan ...sebab Norma mmg tak mampu nak gerak .

Kepada semua pembaca blog akak, Cinta Sejati masih wujud kat dunia ini.

My tallest salute untuk Talib, seorang suami yang tabah dan cekal. Semoga Allah mengurniakan Talib sebaik-baik rahmat daripadanya.

Untuk Norma, hang adalah wanita yang PALING BERUNTUNG KAT DUNIA INI kerana memiliki seorang suami yang tabah dan penyabar seperti Talib. Kami doakan agar awak kuat dalam menghadapi dugaan yang diberikan oleh Allah ini. Kalau awak pergi dahulu, kami doakan agar suatu hari nanti awak dan Talib akan dipertemukan oleh Allah di sana nanti.

Terima kasih juga kepada Puan Munirah kerana selalu update kami dengan cerita hebat ini. Kepada insan-insan diluar sana. Kalau ada apa-apa yang ampa boleh tolong, please contact Munirah Rahman untuk keterangan lanjut.




Information untuk salurkan derma anda buat Norma.


Gambar masa depa kahwin. Baru tahun lepas babe!


Talib n Norma potong kek ulang tahun perkahwinan yg pertama


Permata hati ini tidak mengerti bahawa ibunya sedang bertarung nyawa... Rafiq, cahayamata Norma & Talib


Norma pegang n gengam tangan Talib kuat kuat .....sweet sangat moment nih (GAMBAR NI AKU MENANGIH!)


Norma bersama Rafiq. Sebak tengok ni... baby Rafiq memerlukan ibunya.. see, dia nampak ceria di sisi ibu... tetapi, adakah si ibu akan sempat melihatnya bertatih, berjalan dan berkongsi kejayaan dalam hidupnya nanti? :(


Talib dan ibu mentuanya menemani Norma while Munirah & hubby, Sutan standby kot kena panggil

Org kata Seth( Nora Elena ) tew la lelaki paling penyanyang n romantik ....but in real life ai think Talib la suami yg paling tabah n penyanyang ...- Munirah Rahman http://miera301.blogspot.com/search/label/Norma

-Thanks Jumie, kami copy angpa punya entry sebab kami xkuat nak karang lagi. Ya Allah, Kau peliharalah psangan ini dan Kau sembuhkan penyakit wanita bertuah ini..-

Ok hari ni mami geram punya pasai mami sudah post sampai 2 entri dalam sehari. Hangpa ingat mami suka ka dok mencarut pa suma? Hat ni memang kes korajaq nakharamsiye. Jangan buat pasai ngan orang Penang aaa... hangpa buat naya sunggoh la kat orang2 yg taktau apa bala pasai bahasa utara. Aku baru dapat tau ada satu kedai kat Downtown Mines baru bukak dok buat jora nenjiaaaaa dok pi boh nama Pair Luck Char Koey Teow...  ni hangpa tau ka apa makna pair luck tuh? tak kira aaa alasan hangpa dari segi ejaan makna dia len... tapi sah sah la hangpa mmg nak cari laku dengan cara kotoq lagu ni. dok ajaq apa benda hat tak elok kat orang? lagu mana orang nk raspek peniaga utara? wey kita pun xpenah tengok nama terok2 lagu hangpa ni kat mana2 kat belah penang... hangpa ingat bukak kedai kat KL buleh la juai nama ni? tak berkat wey boh nama2 mencarut dekat makanan. nama nak cari rezeki halal. tapi dok buat kerja tak pakai akai.... benda nak masuk perut anak cucu hangpa tau ka. nak pelingkop anak cucu hangpa saja takpa la, ni dengan orang2 tak berdosa sekali terkena! 

aku tau la niat angpa baguih, slogan dah cantik dah ... "...sedap baq hang..."... UNTUK PENGETAHUAN SEMUA, dalam bahasa PENANG maksud pair luck atau *pelaq* ni ialah kemaluan lelaki. Astaghfirullahalaziimm.... So bila hangpa nampak gerai ni kat Downtown Mines, tegoq2 la dia na, cakap leklok, bang... tukaq nama bang... ni saya nak makan charkoeytiaw ni pun xselera... ni bukan nama yang bersih untuk makanan... wai'ma hangpa buleh twist konon2 "PAIR LUCK" tu  "TUAH BERGANDA" sekalipun, dari segi sebotan dan kefahaman serta sensitiviti orang2 utara ni kenalah hormat... jangan pakai boh ja. "Sedap baq hang..." tu maksudnya "memang sedap, saya bagitahu ni...".... niat tu elok tapi sebarkan la nama yg elok sikit... hangpa rasa rock sangat dah ka nama lagu tu? acibet pakcik ngan makcik yg taktau pa makna pi dok makan kat situ sangatlah kesian. orang2 muda pulak dok bangga sunggoh dengan jenama ni. sedap mang nampak sedap, baq hang... tapi tukaq la nama elok sikit. tu ja. Kita orang Islam, Melayu pulak tu. tunjuk la contoh baik2 kat orang.. bawak nama negeri pulak tu.. Nah, tengok gambaq bunting kedai ni...  Assalamualaikom... toksah wat mami marah dah na... renung2kan na, dan selamat beramal.


 
nendiaaaaa dia punya poster... hat ni pulak dia punya FB... http://www.facebook.com/pages/Pair-Luck-Char-Koey-Teow-Nasi-Ayam-Kg/170731339654383?sk=wall... memang rasa nak melugai bayangkan dalam charkoeytiaw ada ni... (dia potong boh ka pa ka tatau laa..)


Event : Sami Mallouk Weds Siti Farah
Venue : KLCC (Solemnisation) / Al-Rawsha KL (Function)
Date : February 27, 2011 (Sunday)

Farah, with her family n Ummi... beside her were the two Lebanon kids of Sami's relatives..


 A kiss from a loving husband...

credits to Kak Nolly & Anis Wan Chik as per i didn't have this precious moment at the KLCC mosque in the morning...

Sami n Farah walked in to the ballroom.... Farah was so stunning and beautiful!

the wedding cake.. I took them twice! It was soooo yummy!


Our appetizers : Al-Rawsha Salad, Hummus, Arayes & Kebabs

My favourite, mouthwatering Beef & Chicken Sambousa, Chicken Mandy & Lamb Koobsa (but i took only Chicken mandy a lot, as usual.. lalala)


we were entertained by the belly dancing lady... :)))))

the Groom's side... they were performing their Lebanese traditional dance. we were really had fun yesterday!

that's me had a pose with Kak Nawar, Kak Nolly & Abang Am... alaahh... tak sempat to take picture with Abah & Ummi Pengantin! cheh. rugiii!!!


(to the bride & the groom, i dedicate this song to both of you...)


We're here on this Special Day
Our hearts are full Of pleasure
A day that brings the two of you
Close Together
We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let's raise our hands and make du'a
Like the prophet taught us
And with one voice let's all
Say...say...say

Barakallahu lakuma wa baraka
Alaikumaa wa jama'a bainakuma fii khaiiir

From now you'll share all your joys
Through hardships, support each other
Together worshiping Allah
Seeking His Pleasure
We pray that He will feed your life
With Happiness and Blessings
And grant your Kids
who make your home filled with laughter

Let's raise our hands and make du'a
Like the prophet taught us
And with one voice let's all
Say...say...say

Barakallahu lakuma wa baraka
Alaikumaa wa jaama'a bainakuma fii khaiiir
Barakallah

Barakallahu lakuumwalanaa

Allah bariklawhuma
Allah Hadhum hubbahuma
Allah Solli wasallim a'la rasulillah
Allah tub'alaina
Allah irdha anna
Allah ihdhi khuthoona a'la sunnat nabiina

Let's raise our hands and make du'a
Like the prophet taught us
And with one voice let's all
Say...say...say

Barakallahu lakuma wa baraka
Alaikumaa wa jaama'a bainakuma fii khaiiir

Saturday, August 21, 2010

Surprise Birthday Party Untukku by Jojoe, Ikin & Suhail!!!

By Galuh Cendra Kirana


Tarikh : 20.08.2010
Masa : 7.50 pm
Lokasi : TONY ROMA'S, Cineleisure, The Curve - Mutiara Damansara
Director : Pidoih a.k.a Jojoe Ali
Script Writer : Ikin
Produser : Suhail Azmi
Crew : Awek Suhail
Episod : Konon-konon Ikin nak pegi meeting dengan production yang nak gunakan khidmat dia sbg script writer drama korea terbaru tapi Jojoe was unable to drop her to The Curve.. he's too busy... aku kesian... huhuh


dua watak besar dalam cerita ni

ni ape tah namenye. si Suhail ngan aweknye makan. sedappp!!!!!!

rib eye steak! Jojoe's favourite...

tgh seronok dapat hadiah bayak2... hihiihk

excited sampai tanye ikin... keklin nak buat ape niii... alahaaaaahai..!

tiup2 lilinnnnn.. hihik


hadiah-hadiah yang dibenangi. huuhuhuhuhu.. terharu giler...

chocolate cheese cake & a sweet card

aksi yg cuba diadaptasi gaya PLU... tengok tu jari letik bukan... huhuhuhu..
thanks to Jojoe & Suhail

haaa... ni adik ipar suap kakak ipar yang giler eksaited nak makan kat tempat mahal giler nih (tapi aku xkecoh kat saper2. actually aku penah lalu jalan2 kt suatu tempat n ternampak TONY ROMA'S kat maner tah. aku ader ckp teringin. teringin. lepas tu ikin dengar kot. dah lama dah tuuuu.. tapi still aku teringin. cuma harap nti2 lah satu hari aku akan sampai jugak ke sini.. thanks adik ipar, keklin sayang ikin. muuahh!!!

ucapan kelab warga tua khas buatku selaku presiden. thanks to ikin n jojoe muahhh

kad ucapan si suhail yang berbaur paparazzi dan bakal menyebabkan artis2 lain dengki ke aku. artis keh? ngeeeeeeeeeeeeeeeee~ thanks suhail (kawan rapat adik aku selain meon dari SEKOLAH MAT JIWA lagi)

I love all the presents... and i'm speechless.. thank you guys....!! Love u all so much...

hehehe,, yg dalam kotak hitam tu iyelah kasut PRIMAVERA yg nampak sedap.. pakai pun sedap.. awwww... nyam nyam nyamm... erk.. Bie, tutup mater bie... err.. tambahan koleksi kasut lagiiiii... nananannanana~ Alhamdulillahh.. i love it!! thanks tukang pilih - ikin

Wednesday, August 11, 2010

IMSAK & BERBUKA BAGI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

By Galuh Cendra Kirana

Kawan-kawan, ini jadual Imsak dan Berbuka Puasa untuk dikongsi bersama. Tapi yg Galuh ade hanye KL punye sbb kitorang tinggal dan mencari rezeki di KL. Alahai, yg kat negeri lain punye Galuh xdapat lah. Nti korang amik n print yer. Selamat menjalani Ibadah Puasa ya kawan-kawan! (korang cube tgk ayat seorang budak sopan santun sangat ketara di situ. korang jgn tanye kenape. aku nak berlemah lembut jew bulan pose ni.. nak buat perkara2 ayu aje..).. lalalalala~

p/s: untuk visual terbaik, sila save dan print ya. =)

Thursday, July 22, 2010

Makcik Ambleside is missing him...hihi

By Galuh Cendra Kirana


bestnya cik tuneyyy.... dpt bergambar kat Bridge House yer, Bie!!! nananaananaa~ hepi hepi hepi hepi hepi hepi... dier dah balik ke Bahrainnnnn!!!!! yeayyyyyy

Wednesday, July 14, 2010

Sob...sobb... Miss you so much, Bie...

By Galuh Cendra Kirana

Syukur Alhamdulillah Usyuk sayer dah tampai dengan selamat tepat jam 10.10 pm (waktu Malaysia). Iyenye juge sempat 'membuang' di airport. Yeay! Orang tua-tua kater, kalo kita sampai satu tempat asing tu, kita rasa nak yak yak, maknenye kita serasi dengan tempat tu. Syukur Bie dah sampai dan yak yak. Tadi mase baru landed, Bie msj tayunk bayak2. Membuat laporan. Em, Bie, awak nak tengok Twilight kat saner yer Bie. Kalo leh awak ajak la dier ni. dier pon nak gi tengok wayang gak. Tadek saper nk kawan ngan dier. Kemsalam ngan dier yer.. mmuuuaahhhhh!!!! Bie sayer!!!!

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

wihiiiiiiieee!! Bie ader kawan baru. rambut samer! yeayyyyyy!!!!!!!!

Tuesday, July 13, 2010

Hello Abah =)

By Galuh Cendra Kirana

Semalam memang best giler bergolek-golek ngan housemates. Kitorang buat marathon Twilight dari DVD pertama sampailah yg terbaru. Siap tutup2 lampu ngan pasang speaker lagik tuh. Sebelum buat perniagaan spa kat dalam bilik aku ngan Lita. Kecoh tapi best gilaaaa sekali sekala buat gila ngan diorang. Sebelum tu hias2 bilik kitorang ngan stiker bunga sakura yg sweet banget. penuh pintu ngan dinding. sampai ke kepala katil. hehehe... Lita plak pandai urut. serios beb. Aha... Abg sulung si Lita ni pemain bass Kumpulan Seventeen, Bani. Pandai minah ni main gitar. dan juge mengurut. wah.. dah ler orgnye sweet jew suke pakai tudung Yuna. mmg kalo sekali imbas housemate aku ni xder rupa Indon langsung. Kat college dier slalu score A tau. Bijak anak perantau ni. Aku slalu tgk dier nyer keputusan pekse. Si Fatin, budak bilik sebelah nun walopon satu college pun takdelah study kaw kaw sgt. slalu aku pesan, tiru cara Lita, tiru cara Lita... haiyyaa.. dier sibuk tido.. hehehe. tapi aku haraplah adik2 aku ni berjaya dalam hidup..

Tghari tadi aku mengantuk gilew tapi jam belom masuk waktu lunch lagik pon. Namun begitu itu bukan alasan untuk aku memboloskan diri kat dalam surau. Aku cari port best punye yang ader cahaya matahari yg suam2 kuku.. pun begitu tubuh ni menggigil mcm nak jadik ais... sekali-sekala cahaya tu membahang, lelap jugak mata aku.

"Hello..."

"Hello! Ya Abah! Wahh.. dah ada handphone dah Abah la ni. Buat apa tu?"

"Hellooo... line xberapa clear lah kat sini. Hello Elin!"

"Ya ya Elin dengar ni. Ada apa bah?" tanyaku lagi. sebelah hati rasa gembira, sebelah lagi ada sesuatu yang bertanya. Walau ku cuba untuk mengingati apakah persoalan yg ada kala itu, namun aku tetap gagal. Apa yg aku fikirkan pada ketika itu hanyalah aku tidak mahu lepaskan peluang berborak dengan suara tua itu.

"Oiyy... tido ka? Time kerja laa. Apa nih. Sihat dak ari ni?"

"Sihat, Abah. Abah?..." walau sebahagian lagi dah pasti jawapannya, aku tetap mahu bertanya.

Bunyi bising seperti hujan serak2 seperti bersulam dengan suaranya. Abah kat mana agaknya. "Ada benda abah nak tanya ni. Xsedap hati dengar tau," suaranya tersangkut2 diselang-seli bising di talian.

"Hah? Kenapa tu? Tanya lah,"

"Siapa Fazli?!!" talian maintain sekat-sekat.

Erkkk!!! Yaperda Abah. Saper pulak makhluk nama Fazli nieh? Aku ker yg salah dengar. atau Abah yg sebut lain. Ishhh.. elok aku nk bertanya untuk kepastian, talian dah putus terus! Apokah.

Terus aku terjaga dan tertanya-tanya. Fazli tu sejenis jawatan kat tempat keje aku ker, atopon Fazli tu orang yg rosakkan harta benda dia kew, atopon dier xsuke orang nama Fazli. adoiyai. Aku nak tergelak. Gelak berdekah-dekah aku biler terjaga n bukak pintu keluar, nampak Kak Mai ngan Kak Lin ngan Cc tgh berborak kat tempat Kak Mai. Aku aper lagik, dengan sisa-sisa ketawa. Gi dekat Kak Mai.

"Oi budak. Patut la hilang tadi. Rupanya gi 'charge' kat dalam surau. Ni senyum2 kenaper?" Kak Mai tengok aku sambil nak tergelak kot, tengok aku tersenyum2.

"Mimpi Abah telepon," jawabku.

Semua yg ader kat situ tercengang... "Abah tanya siapa Fazli," aku, walaupun still mamai2 ubi still ceritakan hal tu dengan bangga. Bkn sebab Fazli ker Fauzi ker Fazni kew apew. Tapi Abah call aku sebentar tadi! Suara Abah still sama tau! Berat dan sedap didengar. Mcm dekat jew.

Huish... kontobesi nieh kalo Cik Mog tawu Abah tanye pasal orang laen. Hehe. alah Bie, bukannye Abah tanye sebab berkenan. Bunyinye macam marah kat Fazli ker ape tah tu. Awak tetap pujaan hatinye. Sebab nama korang samer kannn... hihihihi. Kesimpulannye, jangan membuta di tengah hari. Arwah Abah marah. hihi. Abah, I miss you A LOT. Kitorang semua rase abah sentiasa dekat si sisi... Abah tak pernah pergi. Abah sentiasa di hati. Hm... musim durian di Kulim baru mula. Sabtu lepas Elin gi makan durian dengan Kak Wie n her Hubby. Yeah. D24 favourite kita berdua, pastinya gerai apek yang bertentangan padang Kem Polis Hutan. Kawan baik durian favourite Abah. I love you. And Abah... I wish to have all those moments with you again. Bercerita suka dan duka... having joy and fun, on our way =(


Fondest Love,
Your Elin

Monday, July 12, 2010

Nasihat seorang Usyuk

By Galuh Cendra Kirana

Tak perlu melenting. Kita sangat happy n loving... kita tahu everything.. =)

Wednesday, March 17, 2010

The Engagement - Part 4 (Ieja's Photography)

By Galuh Cendra Kirana