we're the odds beaters :-)

Daisypath Anniversary tickers

May you grow to be a good person InsyaAllah...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

The Youngest Man In The Family

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Monday, March 14, 2011

BUNGA KESIDANG

By Galuh Cendra Kirana

Salam, saudari saudari. Saya baru wujudkan satu Label khas utk memperihalkan gurindam dan pantun. Sebenornye dah lama teringin nak buat kajian n ceritakan balik kepada kawan-kawan dan adik2 yg tidak pernah terfikir akan hal-hal yang ditemui dalam serangkap pantun. Contohnya elemen cantik seperti Bunga Kesidang yang melambangkan keindahan dan keharuman pekerti seseorang, disebut-sebut sebagai pembayang dan perlambangan sesuatu yg elok dan manis dipandang.

Yeah, saya amat mencintai budaya Melayu dan kekayaan yang terdapat di sekelilingnya sepanjang hidup. Pantun adalah hobi saya. Serangkap pantun buat renungan teman, agar menjadi pedoman saya karangkan :

Tuan puteri berdandan rapi,
Bunga kesidang sisip di sanggul;
Emas baiduri jangan harapi,
Budi dipandang tertib nan unggul.

-Galuh Cendra Kirana


Bunga kesidang akan berkembang tidak mengikut musim. Ia berbau wangi dan sering dijadikan bahan membuat wangian samada dalam penyediaan bunga rampai ataupun wangi-wangian. - photo credits to Madisyak.


ini iyelah brooch bermotifkan Bunga Kesidang, yang saye beli dari gerai Paulini Nusantara Sdn Bhd pada INTRADE 2010 yg lalu. saya tidak menyimpannya lagi kerana saye hadiahkan pada bos kecik, seorang gadis Cina bernama Mei Mei, atas perpindahan saya ke JB. kerana selalu belajar peribahasa dengan saya dan suka bertanya nilai-nilai mulia dalam bahasa Melayu. murah jer regenye. Tapi mesej yg hendak saya sampaikan amat tidak ternilai buat seorang teman yg polos sepertinya. tak faham ape itu polos? sila rujuk kamus dewan. lalalala, merangkap bos yg boleh dibuat berbincang (bincang lah sangattt - slang amoi2) hehehe...!

Baiklah setakat ini dulu. Tunggu kajian seterusnya!