Gula-Gula Getah
Melekat Pada Pakaian
Letakkan
pakaian tadi dalam peti sejuk beberapa jam. Kemudian keluarkannya. Basuh
seperti biasa dan anda akan dapati gula-gula getah mudah ditanggalkan dari
pakaian.
Pakaian Terkena Dakwat
1. Bancuh sedikit susu dengan sedikit air. Biarkan ianya pekat. Celup dan
rendamkan pakaian yang terkena dakwat tadi ke dalam bancuhan susu tersebut
selama 20 hingga 25 minit.Kemudian basuh dan bilas pakaian itu seperti biasa.
2. Titiskan air limau yang bercampur dengan garam pada tanda dakwat dan
gosok-gosoklah dengan tangan. Biarkan ia seketika sebelum membasuhnya seperti
biasa.
3. Picitkan penyembur rambut pada pakaian tersebut. Biarkan ia kering sebentar.
Kemudian sapukan pula air yang bercampur cuka. Berus dan basuhlah seperti
biasa.
Pakaian Terkena Karat
1.Pakaian yang disimpan lama biasanya akan mempunyai kesan
karat terutama pada bahagian lipatan. Kesan karat juga boleh terkena pada
pakaian jika tempat sidaian besi itu sendiri berkarat. Sapukan sedikit kapur
makan pada bahagian yang berkarat. Kemudian perah limau nipis di atas bahagian
berkarat tersebut. Biarkan selama 30 minit sebelum disental. Kesan karat akan
lebih mudah untuk dibersihkan.
2. Potong dua biji limau. Gosokkan pada
bahagian yang terkena karat. Kemudian rendamkan dengan air garam. Setelah itu,
basuh pakaian itu seperti biasa.
Hilangkan Getah Pisang Pada Pakaian
Sapukan sedikit kapur makan dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian barulah dicuci seperti biasa.
Pakaian Terkena Cat
Rendamkan pakaian itu bersama minyak tanah. Biarkan ia selama beberapa jam.
Kemudian basuh dengan air sabun, berus dan bilas seperti biasa.
Membersihkan Tekat Benang Emas
Sulaman daripada benang emas amat sukar dibersihkan. Untuk mengatasinya,
taburkan sedikit serbuk soda bikarbonat. Kemudian gosoklah perlahan-lahan.
Memutihkan Kain
Kain putih yang lama disimpan akan menampakkan warna yang kusam dan tidak
berseri.
* Bakar pelepah kelapa sehingga menjadi abu.
* Campurkan dengan air.
* Masukkan sabun dan rendamkan kain
tersebut semalaman.
* Kemudian cuci
kain tersebut seperti biasa.
Menanggalkan Kesan Minyak Hitam pada Pakaian
1. Titiskan beberapa titik minyak tanah dan sapukan pada bahagian yang
hitam. Gosok perlahan-lahan supaya ianya tidak merosakkan pakaian tersebut.
Biarkan ia sebentar. Kemudian perahkan air limau nipis atau limau kasturi.
Setelah itu, basuh dengan air sabun dan bilas seperti biasa.
2. Basahkan kain dan sapukan sabun mandi di tempat yang ada kesan hitam.
Kemudian cucilah seperti biasa dan ulang beberapa kali sehingga kesan hitam itu
hilang.
Mengeringkan Kasut Sekolah
1.Gumpal beberapa helai kertas surat khabar dan sumbatkan ke dalam kasut
sekolah sehingga padat. Kemudian letakkan ia di bawah peti sejuk.
2.Sumbatkan beberapa helai kain buruk -(cth : baju t-shirt yang sudah tidak
digunakan lagi) dan sumbatkan ke dalam kasut sekolah sehingga padat dan
letakkan dibelakang peti sejuk.
Menghilangkan Darah Pada Pakaian
1. Gosokkan sabun mandi pada pakaian, bairkan seketika. Selepas itu basuh
pakaian itu seperti biasa. Insya-Allah darah itu akan hilang nanti.
2. Campurkan garam kasar dengan air. Rendamkan pakaian yang terkena darah ke dalam air
tersebut. Biarkan semalaman. Kemudian cucilah seperti biasa.
Menghilangkan Karat Besi Pada Pakaian
1. Basuh kain dengan garam yang dicampur dengan air limau nipis. Cuci di
tempat yang terkena karat. Kemudian basuh seperti biasa.
2. Sapukan sabun mandi sehingga menutupi kawasan yang berkarat. Kemudian
perahkan limau nipis atau limau kasturi ke atas kesan karat itu.. Biarkan ia seketika dan basuh dengan air sabun seperti
biasa.
Menghilangkan Minyak di Kain
1. Basuh kain tersebut dengan air sabun,
perah dan jemurkan sehingga kering. Kemudian bilas sekali lagi dan jemur
semula. Ulang sehingga anda nampak perubahannya.
2. Lumurkan bedak pada kesan tersebut, biarkan beberapa jam. Kemudian basuh dengan sabun seperti biasa. Tompok minyak akan hilang sepenuhnya.
Mengekalkan Warna Pakaian
Rebus dua biji kentang, hancurkan dan gaulkan dengan sedikit garam serta
sedikit cuka. Selepas itu masukkan pakaian tadi ke dalam campuran tersebut dan
biarkan selama 30 minit. Kemudian cuci seperti biasa.
Mengekalkan Warna Kain Batik
1. Rendamkan kain batik anda yang baru dibeli ke dalam bancuhan air teh
selama 20 minit. Kemudian bilas sehingga bersih tanpa menggunakan sabun.
2. Ramas daun betik dengan air. Kemudian rendamkan kain
batik yang baru dalam air tersebut semalaman.
Menaikkan Seri Kain Sutera
Sebelum digosok, masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman.
Keesokkan harinya barulah boleh digosok. Pasti hasilnya nanti sungguh
memuaskan. Baju anda akan kelihatan baru dan berseri.
Melancarkan Perjalanan Zip
jangan gelisah sekiranya zip seluar, baju atau beg pakaian anda tidak
selancar dahulu. Cara yang paling mudah untuk melancarkan perjalanan zip ialah
dengan menggosokkan lilin pada zip itu. Zip itu akan kembali lancar.
Mengilatkan Kasut Kulit
Ambil sedikit ubat gigi dan letakkan (calitkan) pada kapas atau tisu.
Kemudian gosoklah pada kasut kulit anda sehingga bersih dan berkilat.
Mencuci Beg Tangan Jenis Kulit
* Calitkan ubat gigi pada perca kain atau span.
* Kemudian gosoklah pada keseluruhan beg tangan.
* Kemudian lapkan pula dengan kain yang bersih. Beg tangan itu tentu akan
kelihatan seperti yang baru.
***Nota Kaki :- Haah. Macamne korang tawu aku xder idea nak buat entry. Hehehehe. Janji ada artikel untuk dikongsi yeahhhh... Terima kasih Sue Hijab... sebab sudi share petua2 mcm ni. Berguna banget deyh.. Muahhhh~