we're the odds beaters :-)

Daisypath Anniversary tickers

May you grow to be a good person InsyaAllah...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

The Youngest Man In The Family

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Thursday, May 31, 2012

Labbaikallahumma... Umrah Mabrur Buat Mama...

By Galuh Cendra Kirana

Selamat Pagi guys... hari ni saya sibuk menunggu khabar dari KLIA berikutan pemergian Mama menunaikan Umrah buat pertama kali dalam hidupnya. Sebenarnya kami dah lama rancang tapi masa dan ketentuan yang menentukan bila. Alhamdulillah kini sudah sampai masanya Mama menyahut panggilan sebagai tetamu Allah ke tanah suci. Sememangnya pelbagai dugaan dan cabaran ni. Seruan insan yang hatinya sudah sampai lama di Bumi Mekah kini tersahut jua. Mama, anak-anak Mama dah banyak merunsingkan Mama, menyusahkan Mama menjaga kami sepanjang hayat. Hati ni teringin sangat nak bawa Mama jalan-jalan shopping ke 'luar' tapi bila diajukan offer, Mama mcm xberminat nak respon. Tapi yang ini, sebut aje terus Mama bersemangat nak pergi walaupun ketika ini Mama sedar yang beliau sangat ingin pergi sendiri, tanpa ditemani Arwah Abah. Semoga Mama kuat semangat dan dikurniakan hati yang kebal. Justeru itulah kami adik beradikku dan suamiku bersatu padu demi merealisasikan impian mama ke Tanah Suci menunaikan Umrah. Selamat Jalan, Mama, dan Selamat kembali ke pangkuan kami dengan selamat. Tak sabar menunggu Mama pulang untuk mendengar pengalaman Umrah beliau nanti.

Oh ya, pakej ini juga tidak dapat ditempah sekiranya tanpa bantuan Ayah (bapa sedaraku). Terima kasih Ayah. Tolong tengok-tengokkan Mama na. Pagi ni semua sanak saudara hantar mereka berdua di KLIA. Cuma saya dan Cik Mog saja yang tinggal di Johor Bahru ni. komen2 gambar di FB je lah... tapi masa mama balik nti sayalah akan jadi orang pertama yang menyambut, insyaAllah :)))))

 Dari kiri (DEPAN): Mama, Abang, Ayah, Danish& Anazurra
BELAKANG : Haris, Kak Ngah, Pidoih & Ikin

 Si Gebu ngan Mama. Mata mama mengantuk sbb buat persediaan sepanjang malam. (maklumlah xsangka akan dapat flight ticket seawal ni lepas mcm2 kekangan berkenaan penerbangan. harap2 mama x fikir sgt pasal insiden2 tu. yang penting Mama selamat dan masih ada rezeki sampai ke sana dengan tenang)

My Mama.. I Love You <3 <3 <3

1 Beberapa budak comot komen kali ni:

..:Sab:.. said...

Sangat mengharukan...*sobsob*
Semoga dapat menjalankan ibadah sebaik2nya, sihat, dan selamat kembali ke pangkuan keluarga...