we're the odds beaters :-)

Daisypath Anniversary tickers

May you grow to be a good person InsyaAllah...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

The Youngest Man In The Family

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Tuesday, March 15, 2011

Jangan simpan Pisang dalam peti sejuk???

By Galuh Cendra Kirana


Perhatian:
Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.
Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.
Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.
PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.
Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.
Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.
Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).
Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.
Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.
Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.
Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.
Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.
Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.
Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.
Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.
Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).
Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.
Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.
Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.
Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!
Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.
Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”
PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!
Ini model pisang. nama dier Bananalina. Kakak Ipar Thumbelina. Hepp! Tak boleh dimakan. no no no.

Yang ni anak Bananalina namanye Babynanana. Dier suke gelak tanda sihat dan tuat! yeay! Jom kiter jadik seperti mereke! Makan pisang tau. Jom Jom!

TAPI AWAS UNTUK PENGHIDAP MIGRAIN. MEMAKAN PISANG ADALAH BERBAHAYA KEPADA ANDA (TERMASUK ADIK AKU JOJOE YANG MIGRAIN TAHAP TERBANG PUNYA). SEKAIN.
Tunggu cerita pasal migrain lak nanti yeah. daaaa~

Friday, March 11, 2011

Pasang HEARTBEAT kat Blog dapat DUIT!!

By Galuh Cendra Kirana

korang .. nak dapat duit tak ? jom pasang HEARTBEAT kat blog. click iklan yang kiut kat bawah ni :-


dah click ?
OK bagus bagus..

teruskan register pulak.. click BULATAN bawah ni..


teruskan register click kat anak panah besau tu ...


teruskan register ..
jawab soklan kat tempat kosong yang dorang dah sediakan tu ..
then tick 'AGREE' dannn click 'CONTINUE'


then click 'join HB!Affilliate'

scroll ke bawah click plak 'online application' (kat anak panah tu)


isik form yang dia sediakan...

pilih nak cara pembayaran macamana..
masuk no akaun boleh..
guna cek pon boleh


click 'GET A CODE' plak.. sebab nak dapatkan code

pilih la code yang macamana sesuai untuk letak kat blog korang ..
nanti copy paste bulatan merah tu

kalau nak earning .. boleh cek dengan click 'My HB!Affilliate'








ni sample blog yang dah pasang iklan HEARTBEAT.. nak masuk dalam blog ni macam biasa lah guna design HTML masukkan code yang dah copy dan paste

pasang la ye .. pasang tau.. untung ni. boleh buat duit. sambil sambil suka suka conteng cerita merapu kat blog, boleh jugak menjana DUIT kan. kau tanak? rugi laa.. aku NAKKK.. ajak follower pasang jugak tau! ajak jiran sebelah rumah. jiran sebelah kampung kau jugak. lagi bagus panggil sume orang kampung ke orang bandar ke yeh.. kalau boleh panggil Husin, Abi Hurairah, Usop, Mat Karen, Pak Jabit, ... sume sume laa.. hahaha ehh ehh make sure dorang ada blog tau

dah dah dahh.. pegi click SEKARANG.. register

Thursday, March 10, 2011

Persatuan Pengguna Islam Malaysia - Penipuan Bio Aura - Hai-O Dibongkar

By Galuh Cendra Kirana


[sim] INFO : Penipuan Bio Aura - Hai-O Dibongkar

From: Jxxxxxxxxx
Subject: [sim] INFO : Penipuan Bio Aura - Hai-O Dibongkar
Sent: Mar 8, 2011 8:19 AM


Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain 
(Hadis riwayat Al-Qudhi)  

Facebooking : e_belang@yahoo.com 
Lawatilah kediaman saya di http://pakmod.com dan rakan-rakan 
di http://groups.yahoo.com/group/pakbelang. 

 * PENGAKUAN BEKAS DSM HAI-O MARKETING

Kita ketahui bahawa produk yang ditawarkan perusahaan MLM sangat mahal dan 
kononnya terlalu eksklusif, sehingga kerap kali menyusahkan downline serta masyarakat 
dan sangat menguntungkan level di atasnya (up line). Seringkali harga produk di`mark-up' 
sampai empat bahkan lapan kali ganda dari harga yang sepatutnya. Bayangkan lah produk 
Water Filter yang seumpama dengannya malah mungkin lebih bagus pun dijual retail 
dalam lingkungan harga RM500.00 sahaja adakah patut Water Filter Bio Aura made in 
Taiwan ni yang nilai asalnya RM250.00~RM300.00 dijual pada harga RM2,100.00?? 

Ramai yang beli jugak kenapa? Sama ada yang beli tu masuk skim sebab nak join 
kawan-kawan jadi kaya raya ataupun memang bodoh bahalul tak tau harga pasaran 
sesuatu produk dan terpedaya tanpa usul periksa dengan testimoni Pak Long itu Mak Long 
ini yang sengaja diada-adakan. Hal ini seharusnya dihindari, kerana cara ini adalah 
mengambil keuntungan dengan cara yang bathil, karena mengandung unsur kezaliman, 
yakni membebankan masyarakat pengguna. 

Penetapan harga yang terlalu tinggi dari harga normal, sehingga membebankan pengguna, 
dapat dianalogikan dengan ghabn, iaitu menjual satu barang dengan harga tinggi dari 
harga modal sepatutnya. Syarikat Hai-O Cina ni memang pandai dalam strategi 
berniaga khususnya nak tipu orang melayu. Agaknya memang plan dia orang 
nak ambil kesempatan atas kebodohan melayu yang senang taksub dengan benda-benda 
karut dan testimoni Pak Long itu, Mak Long ini. 

Cuba pergi buat survey sikit, ada tak Water Filter Bio Aura kat rumah orang cina kat 
Malaysia ni padahal Hai-O ni orang cina yang punya. Tak percaya ? Ingat Hai-O ni orang 
melayu punya bisnes nak tolong melayu ? Bukak website Hai-O dan check laa sendiri. 
Barisan Pengurusan Tertinggi Hai-O 2009

1. Suvit Lee - Director (Hai-O Energy)
2. Boon On Suee - Director/ Asst. General Manager (Kinds Resource)
3. Tan Tok Keong - Director/ General Manager (Hai-O Raya)
4. Soh Ai Choo - Director/ Manager (Seagull Advertising)
5. Tan Keng Song - Group Executive Director
6. Ng Lip Yong @ Ng Lip Sat - Managing Director (Hai-O Energy)
7. Tan Kee Hock - General Manager (Hai-O Enterprise)
8. Tan Siow Eng - Group Chief Treasurer
9. Hew Von Kin - Group Chief Financial Officer
10. Jym Ow Chee Wei - General Manager (Hai-O Marketing)
11. Chua Chun Siang - Director/ Asst. General Manager (SG Global)
12. Chris Chia Kuo Wui - Group Executive Director/Director & Asst. General Manager 
(Grand Brands)
13. Chai Meng Kow - Director/ Asst. General Manager (Hai-O Medicine)
14. Julie Tan Chwee Sin - Group Admin & Porperty Manager
15. Erica Lai Ah Moy @ Lee Ah Moy - Director/Administration Manager (Hai-O Energy)
16. Lim Ai Aik - Personal Assistant to MD (Hai-O Enterprise)
17. Philip Teo Kheng Leong - Asst. Area Manager(Hai-O Raya)
18. Tan Soh Hoon - Adminstration, Asst.Manager (Hai-O Marketing)
19. Thomas Chong Kit Keong - Creative Director (Seagull Advertising)
20. Eric Hew Koon Soong - Internal Audit Asst Manager (Hai-O Enterprise)
21. Jason Hong Kok Siong - Marketing & Branding Manager (Hai-O Raya)
22. Tan Leok Kwee -Asst. General Manager cum Merchandising Development Manager 
(Hai-O Raya)
23. Tan Tin Hoong - Branch Manager(Hai-O Raya)
24. Tan Leok Yen - Customer Service, Asst. Manager (Hai-O Marketing)
25. Teoh Soo Hin - Group Advertising & Publicity Manager
26. Tan Hock Seong - Store, Asst. Manager (Hai-O Marketing)
27. Mohamed Tajuddin - Assistant General Manager (Hai-O Marketing)
28. Teo Yew Chai - Asst. Warehouse Manager (Hai-O Enterprise)
29. Liu Wu Chiu - Chief Research Officer (Hai-O Enterprise)
30. Jonathan Chong Chee How - Chief English Editor (Hai-O Enterprise)
31. Bryan Tee Woon Onn - Senior Area Manager (Hai-O Raya)
32. Woon Chin Keong - Asst Merchandising Manager (Hai-O Raya)
33. Yap Oi Lin - Operations & Planning Manager (Hai-O Enterprise)
34. Jackson Cheah Kah Loong - Group MIS Manager
35. Tan Siew Kheng - Accounts Manager (Hai-O Raya)
36. Miandy Lai Seng Mian - Group Accountant
37. Wong Leong Foo - Regional Manager (Hai-O Raya)
38. Penny Wong Yee Ping - Asst. Accounts Manager (Hai-O Enterprise)
39. Chu Huon Peng - Asst. Franchise Development & Operations Manager (Hai-O Raya)
40. Wong Kim Far - Sales Manager (Chop Aik Seng)
41. Florence Lee Yuen Ngor - Customer Service Manager (Hai-O Marketing)
42. Jessica Lim Yim Peng - Group Personnel Manager
43. Yap Sooi Mee - Group Finance Manager
44. Yap Ai Ho - Operations Manager (Hai-O Marketing)
45. Ng Soh Bee - Project Coordinator(Hai-O Enterprise)
46. Tan Wan Ewe - Operations, Asst. Manager (SG Global)
47. Nancy Chua Swee Tin - Customs & Shipping Manager (Hai-O Enterprise)
48. Tan Siew Ze - Asst. General Manager (Hai-O Marketing)
49. Tan Sit Chung - Product Development & Promotion cum Distribution Manager (Hai-O)

Syarikat Hai-O sedari awal lagi telah buat perkiraan, kalau Water Filter Bio Aura ni 
dijual retail dengan harga RM500.00 di pasaran susah nak laku sebab kena bersaing 
dengan macam-macam brand water filter yang seumpamanya atau yang lebih bagus 
malah harganya pun lagi murah dan berpatutan. Contohnya water filter jenama Philips 
yang bukan sahaja setakat sistem penapisan malah menggunakan teknologi pancaran 
cahaya Ultra Violet untuk membunuh kuman pun hanya berharga RM699.00 satu di 
Pasaraya Carrefour. So bagi memastikan, produk Hai-O dia orang laku macam goreng 
pisang panas, dia kasi plan yang memberi komisyen tinggi kepada promoter, lebih 
tinggi dari harga asal produk. Buat sistem MLM sebab telah terbukti orang melayu 
ni suka sangat dengan sistem MLM atau dalam erti lain kempen mulut ke mulut. 
Orang melayu memang cepat percayakan produk-produk melalui rekomen kawan-
kawan atau saudara mara. 

Haa... nak lagi meyakinkan, taruk laa nama Bio ke .... Magnetic ke ...... Tok Guru ke .... 
Aura ke ... orang melayu memang sejak azalinya memang cepat percaya benda-benda 
tradisional karut marut ni. Jual laa Gelang Besi Magnet. ke... Loket dari Batu Gunung 
Berapi laa.... Air Beroksigen Tinggi laa ... Air Magnet ke Air Bateri ke.... apa-apa pun 
boleh asalkan selitkan testimoni orang itu orang ini. Nak lagi senang orang percaya, 
sebutkan kemujarabannya telah dirasai oleh sanak saudara kita sendiri ataupun artis 
selebriti mana-mana. Haaa orang melayu gerenti percaya punya. Sanggup keluar duit 
pelaburan ASN RM2,100.00 sebab nakkan jugak manfaat Water Filter Bio-Aura ni.

Siapa Yang Untung - Siapa Yang Rugi

Dalam MLM ni bila promoter nak dapat komisyen tinggi punya pasal, seribu tipu 
seribu bohong pun dia sanggup asalkan produk laku terjual dapat komisyen tinggi. 
Orang melayu jugak yang sanggup tipu orang melayu. Orang cina nak tipu sesama 
cina pun tak sampai hati. Orang melayu bila dengar aje petikan nas-nas atau hadis, 
ayatkan lagi sikit dengan Insyaallah ... berkat Allah, bla... bla... memang terus cair 
laa. Berapa ramaipun orang kita yang dah jadi jutawan Hai-O ni, ramai lagi laa 
orang kita yang dah kena tipu setiap seorang RM1,850.00 (harga beli RM2,100.00 - 
nilai sebenar produk RM250.00-RM300.00). Water Filter Bio Aura hanyalah water 
filter yang menjamin kebersihan air untuk pelbagai kegunaan tapi bukanlah mesin 
penapis seribu rahmat yang kononnya boleh mencegah anda dari dijangkiti 
penyakit-penyakit seperti Artritis, Pedih hulu hati, Keletihan yang kronik, Masalah 
penghadaman, Kekejangan kaki dan lain-lain lagi tu. Kalau nak dikira macam tu 
seribu lebih baik pergi minum air perigi Zam-Zam yang terbukti banyak mengandungi 
mineral dan nilai PH Alkalinya yang stabil. Ramai yang tidak faham-faham konsep 
pemasaran MLM Hai-O ni. Secara ringkasnya contoh perkiraan (sistem agihan kadar 
keuntungan berbeza-beza mengikut kumpulan pemasaran tertentu) busines Hai-O 
ni seperti di bawah.

1. Saudara masuk jadi Usahawan Hai-O kena bayar RM21,000.00. Selepas itu 
diberi bonus pendahuluan RM3,000.00 (sebenarnya dipulangkan kembali duit Saudara 
tadi ~ taktik lazim seperti dalam mana-mana Skim Ponzi atau Skim Cepat Kaya 
tu la juga).

2. Saudara diberi 10 x Water Filter Bio Aura (kononnya setiap satu produk bernilai 
RM2,100.00 sepertimana yang tertera pada kotak produk - so kira-kira produk 
yang Saudara dapat tu kesemuanya berharga RM2,100.00). Hakikat sebenarnya 
10 x RM300.00 iaitu kesemua produk hanya bernilai RM3,000.00 sahaja.

3. Saudara perlu jual 10 x produk tersebut dengan nilai RM2,100.00 untuk 
dapatkan kembali pelaburan Saudara sebanyak RM21,000.00. Saudara kena 
yakinkan pembeli yang produk tersebut sememangnya berbaloi dibeli dengan 
harga RM2,100.00 (jangan sesekali beritahu yang nilai sebenar produk 
hanyalah RM300.00).

4. Andai kata dalam tempoh 2 bulan sahaja Saudara telah dapat menjual 
kesemua 10 x produk Water Filter Bio Aura tersebut Saudara akan dapat balik 
pelaburan asal RM21,000.00. Maka dalam tempoh 2 bulan sahaja Saudara telah 
berjaya menjaya pendapatan tambahan sebanyak RM3,000.00 (bonus pendahuluan) 
dari bisnes Hai-O.
5. Rumusan perjalanan aktivitinya seperti di bawah;
Modal Perniagaan RM21,000.00 = RM21,000.00
- RM3,000.00 (bonus pendahuluan untuk Saudara) = RM18,000.00
- RM3,000.00 (harga produk RM300.00 x 10 unit) = RM15,000.00

6. Kemanakah baki RM15,000.00 keuntungan tersebut perginya? Saudara 
hanya berperanan sebagai jurujual Water Filter. Saudara berjaya menjual 10 x 
Water Filter maka Saudara layak dapat upah RM3,000.00 (awal-awal lagi 
Saudara dah dapat). Kalau Saudara gagal menjual 5 x produk tersebut maka 
Saudara tanggung laa kerugiannya iaitu RM2,100.00 x 5 produk (Stok tidak 
laku dengan kos RM10,500.00). Pastikan Saudara dapat jual kesemuanya kalau 
tidak mahu rugi. Stok-stok produk yang tidak laku tidak boleh dipulangkan 
semula kepada Hai-O untuk dapatkan pulangan wang. Kalau Saudara ingin 
menggandakan pendapatan yang Saudara telah dapat sebanyak RM3,000.00 dalam 
tempoh 2 bulan tadi, haaa Saudara beli lagi 10 x produk dengan harga RM21,000.00 
macam yang Saudara telah lakukan. Setiap RM21,000.00 yang Saudara laburkan 
Saudara akan dapat keuntungan RM3,000.00. Lebih kurang macam Saudara jadi 
jurujual yang jual produk kat kaki lima, setiap satu produk terjual Saudara dapat 
RM300.00.

7. Saudara hanya untung RM3,000.00 tetapi kemanakah perginya baki 
RM15,000.00 keuntungan tersebut? Syarikat Hai-O meraih keuntungan 
RM1,500.00 bagi setiap 1 produk yang terjual? Sebenarnya tidak sebegitu. 
Syarikat Hai-O cuma meraih keuntungan sebanyak RM500.00 sahaja untuk 
setiap satu produk yang terjual. Selebihnya adalah habuan kepada para 
Usahawan Hai-O (Upline-Upline) yang di bawah mereka Saudara bernaung. 
Contoh agihan keuntungan MLM bagi pelaburan sebanyak RM21,000.00 adalah 
seperti di bawah:

Syarikat Hai-O ~ Untung Bersih RM5,000.00 (*RM500 x 10 produk)
(RM8,000.00 ditolak kos produk # RM300.00 x 10 = RM3,000.00)

Si Polan Upline A ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Si Polan Upline B ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Si Polan Upline C ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Si Polan Upline D ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Si Polan Upline E ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Saudara ~ Komisyen Jualan RM3,000.00 (*RM300.00 x 10 produk)


MANGSA 1 (M1) [ M2, M3, M4, M5, M6, M7, M8, M9, M10]
Bayar RM2,100.00
Dapat produk # RM300.00
Kena Tipu RM1,800.00
(lihat * agihan hasil tipuan)

8. Andainya Saudara masih tidak mensyukuri rezeki yang telah Saudara 
terima... Saudara hendakkan lebih keuntungan tanpa perlu penat menjaja 
produk, kering air liur hanya nak dapatkan komisyen RM3,000.00 .... 
Saudara boleh tetapi dengan syarat kenalah mendapatkan prospek atau 
Down-line yang sanggup melaburkan RM21,000.00 untuk menjalankan 
bisnes jualan sepertimana yang Saudara telah laksanakan (untuk keuntungan 
rakan-rakan Upline). Bayangkan Saudara sudah berada di kedudukan 
Si Polan Upline E dan Saudara telah berjaya mendapatkan 10 x Downline. 
RM2,000.00 x 10 Downline sahaja Saudara telah menjana komisyen sebanyak 
RM10,000.00. Haaa ini lagi senang berbanding dengan setakat jadi jurujual 
yang kering air liur tapi dapat komisyen setakat RM3,000.00 aje. Cubalah 
Saudara bayangkan jika Saudara berjaya merekrutkan ramai Downline di 
bawah naungan Saudara. Saudara di kedudukan Si Polan Upline E dapat 
RM10,000.00 (mungkin dalam tempoh 1~2 bulan sahaja tu), kalau pada 
masa tu Saudara berada di kedudukan Si Polan Upline D pula mungkin dapat 
komisyen mencecah RM100,000.00 (mungkin dalam tempoh 1~2 bulan 
sahaja tu). Tidakkah LUMAYAN namanya tu?

Siapa Tipu Siapa

Ada akal ke Usahawan Hai-O ni suruh orang minum air paip tanpa dimasak 
terlebih dahulu. Ingat kuman bakteria dalam air tu besar sebesar telur kutu 
ke yang boleh ditapis-ditapis. Pembohong betul. Ataupun memang agenda 
Hai-O supaya orang ramai nanti dapat pelbagai macam penyakit... ada 
peluang jual ubat penawar lain pula. Tapi ada juga orang yang percaya cakap 
orang Hai-O ni. Nak buat macam mana, kecik-kecik dulu belajar Biologi 
tak habis. Apa yang `Doktor Hai-O' beritahu semuanya diterima bulat-bulat. 
Insyallah ..... kalau dapat sakit demam juga selepas itu, sesungguhnya 
semuanya dugaan dari Tuhan. Segala kejadian adalah kehendakNya 
juga kita diwajibkan berusaha, pakai produk Hai-O ni kira sebahagian dari 
usaha kita la. Semoga dimakbulkan segala doa dan diberkati segala usaha 
yang dimulakan dengan Bismillahirrahmanirahim.

Siapakah yang kena tipu ? Jawapannya ialah mereka yang membeli produk 
bernilai RM300.00 dengan harga yang telah dimarked up RM2,100.00. 
Terpedaya, teraniaya dan tertipu menyangkakan produk yang dibeli mempunyai 
seribu azimat.

Siapakah yang menipu ? Jawapannya ialah mereka yang menjual produk bernilai 
RM300.00 dengan harga yang telah dimarked up RM2,100.00. Mempedaya, 
menganiaya dan menipu mangsa supaya yakin produk yang dijual mempunyai 
seribu azimat. Tiada yang bercakap benar bahawa sesungguhnya dari jumlah 
RM2,100.00 yang dibayar itu RM300.00 untuk produk dan selebihnya RM1,800.00 
adalah sedekah komisyen Up-Line.

Siapa yang untung ? Mereka yang bergelar Up-Line dan mempunyai pengikut 
Down Line yang ramai. Lagi banyak Down-line yang menjalankan kerja 
menipu orang, lebih banyak Water Filter Bio-Aura terjual maka lebih lebatlah 
income komisyen masuk dalam poket.

Siapa yang rugi ? Mereka yang bergelar Down Line yang menanggung dosa 
menipu orang ramai dengan hikayat Water Filter Bio-Aura yang mempunyai 
seribu satu azimat. Penat menipu untuk menjual 1 produk tapi komisyen 
yang dapat hanyalah RM300.00 tetapi Up-line yang di atas goyang kaki 
aje dapat habuan RM1,500.00 selebihnya. Mereka yang tidak berjaya 
menjual 10 x produk tersebut dengan harga RM2,100.00 terpaksalah 
menanggung kerugian pelaburan mereka sebanyak RM21,000.00.
Dipetik dari Zaharudin,net Facebook
sekadar sebagai peringatan. tiada kena mengena dgn sesiapa yg masih 
hidup atau yang telah meninggal dunia............

KOMEN 2

Assalamuaalaikum.semua yg berniaga MLM mesti ambil untung berganda2 
sbb nak bayar bonus dan bermacam2 lgi.sebenarnya product yg dijual kat 
malaysia melalui MLM  kalau di Taiwan dgn China boleh dapat dimana2 je.
just tukar je brand n import masuk malaysia.saya dapat maklumat ni sbb 
hampir setiap bulan sya ke sana.

*psstt.. yang tawu tawu la... siape aku... cume aku terlibat dgn produk 
dier yg satu lagi nun... bukan yg ini... sejak 2007 asyik membayor hutang jer 
ngan bank... haii... kesilapan lalu yg bodoh kan, wahai kengkawan... 
lalalalala~ syhhhhhhhh!!! aku tgh cungkil2 lagi pasal baju2 yg aku pernah 
jual tu.... dam dam dididam dam...