we're the odds beaters :-)

Daisypath Anniversary tickers

May you grow to be a good person InsyaAllah...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

The Youngest Man In The Family

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Wednesday, March 21, 2012

Sebenarnye.... kui kui kui...~

By Galuh Cendra Kirana

Meh haku nak kongsikan ngan korang... oooo banyak ghupenye yg kite xtawu eh. Jom jom segarkan minda sikit petang2 lemau cenggini... readyyyy???? Get Setttt??? GOOOO!!!!

Info


1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni.. 
2. Bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.
3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!!Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu menewaskan seekor anjing bersaiz kecil.
4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses. 


5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.
6. Tiada satu pun jam di Las Vegas Gambling Casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka.. 

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.
8. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby'.
9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh. Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana mangsa berada.
10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketika anda menggunakan flush tandas. 
11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.
12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.
13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.
14. Adalah mustahil jika anda bersin tapa memejamkan mata.
15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.
16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.
17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.
18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalamsehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.
19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.
20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.
21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.
22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.
23. Terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk penduduknya.
24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepaskan anda serta merta.
25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.
26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa (10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)
27. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita

Monday, July 25, 2011

Ihya' 'Ulumuddin

By Galuh Cendra Kirana

Haaa....!!! kan aku dah cakap, sekali dah post mesti nak lagi kan.. yang maner tgh suap nasik tu mesti tersembur punye. tora datang lagiii katenye!!! Ogeh just nak bitayu aku baru jer beli buku secara ansuran dari syarikat AD Star Distributor yg menghantar wakil ke officeku tghari tadik which is regenye RM***. HAPEEEEEEE!! YEEARRR... memang itulah regenye. Bayar ansuran RM100 setiap bulan. Dengan bayaran ansuran pertama jer dah pun dapat terus amik buku tu bawak balik rumah. Seberat-berat buku ittew, sekonyong2 aku terus peluk sbb sebab sebelum ni pernah belek2 Ihya' 'Ulumuddin hasil karya Imam Al-Ghazali yg dalam bahasa Arab. teringin nk baca tapi tawu2lah haku muke jer cam saripah2 tapi habuk tak reti paham bahse Arab. Dulu time tadika bertudung labuh ngan purdah, tadika Al-Arqam di Seberang Jaya, Penang... berborak berabuk bahse Arab dgn geng2 kecik yg makan setalam beramai-ramai. Form six pulak kunun budak Syari'ah, saner sini berkepit ngan Usulluddin ngan Usul Fiqh, Tasawwuf.. berlagak giler. cheh...! eksyen jer lebih tapi mase tu aku sendiri xsedar kenapa aku berada dalam lingkungan2 itu.. 


Hmmm... itulah dier bila berbuat sesuatu bukan kerana Allah Ta'ala.. semuanya kerana nak berkawan atau dihantar ibu bapa.. tapi InsyaAllah, suatu hari nanti aku akan ke arah itu jua.. cuma perlahan-lahan bertatih semula.. Ya Allah, Kau terangkanlah hatiku semula.... kali ni aku berniat nak baca sedikit-sedikit buku ni sampai habis. tapi tak tahulah nak habis bila.. mungkin sekarang boleh baca sikit2 dulu... sekurang-kurangnya time pantang nti dapatlah menambah ilmu yang dah lama kosong dalam dada... ke mana lah agaknya semua yg dulu pergi ya... hanya Allah yang tahu.. *silent mode* ON.





Thursday, May 12, 2011

Dasyatnya Doa Seorang Ibu....

By Galuh Cendra Kirana

Alahai otakku lembab cam kobis bila nak mulakan menulis semula utk entri terbaru... hehe. yeahh... aku baru saja sampai ke tanahair 4 hari lepas. Bahang di kedua-dua negara buat aku mengantuk. So, bersabar tau, tunggu entri terkini dari aku pasal hal tu. hehe... sabarrr... Buat masa ni aku share2 info penting berkaitan kehidupan jer sekadar nak warming up.. hihihi. poyo tul... yeah... kepada semua ibu dalam dunia yg fana ini termasuklah MAMA YANG PALING KUSAYANGI, SELAMAT HARI IBU... hanya ALLAH sahaja dapat membalas jasa-jasamu membesarkan kami adik-beradik dan sentiasa di situ buat kami walau susah mahupun senang. WE LOVE YOU, MAMA... Kengkawan, petikan ini aku kidnap dari sepupu aku. Aku share buat renungan kita semua... kalau ada yang nak kidnap dari entri aku pun, dialu-alukan ya... sharing is caring kan :)


Assalamualaikum Semua, 
Last weekend ada sahabat dengar ceramah Dasyatnya Doa Seorang Ibu oleh Ustaz Abdullah Mahmud. Dia ustaz untuk angkatan tentera malaysia last time. Mungkin boleh jadi panduan kita sebagai ibu dan kita sebagai anak kepada ibu.

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu

* Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik 

* Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah 

* *** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak 

* Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya 

* Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka Ø Melihat kaabah sehingga menitis air mata Ø Membaca quran sehingga menitis air mata Ø Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata 

* 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor! Ø Anak Ø Ibu Ø Suami 

Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisihan faham dgn suami / isteri sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, saying, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah J 

* Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira tak menangis teruk laa.. Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu 

* Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu 

* Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut 

* Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai 

* *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakkan ibu kita  di tempat yang terbaik 

*Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal” Ø “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”*** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal-hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita 
  
* Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit / musibah 

* Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun, then cakap dengan Allah Ø “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini” Ø “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini” 

Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukan. 
  
* *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal  maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya! 

*Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita yang telah tiada! 

*** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup 

Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia  tengok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu / bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana . 

* Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam next time 

* Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan 

* Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya.. 

* Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!

**** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana .

* Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah 

* *** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu / bapa sakit, berebutlah menjaga ibu / bapa kita. Besar sangat pahalanya. 

* Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit / malu / miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita

* Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari

Anak Lari Dari Rumah

*Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari 

* Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya

Anak Degil

**** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK

**** Ni seram sket masa nak buat hehehe.. mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia.  You can ask anything! Nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see. 

Wallahualam.., marilah kita sama2 praktikan mana yang bolehkan.

 if x cube x tau...so why not ..no harm done.....insyaALLAH.....niat kita suci & ikhlas....

sumber : email

Friday, April 22, 2011

Amalan Mengelakkan Santau

By Galuh Cendra Kirana


Hari ni dapat email dpd kawan opis. Ada sesuatu yang lebih penting untuk aku share dengan semua. yelah, aku tawu pembaca blog aku bukan kawan2 opis jer, malah kawan2 sekolah lama, kawan sekampung, saudara mara, sepupu sepapat dan jiran jemiran... tak kurang juga stalker.. eh takper, xder masalah, takde syarat utk jadi pembaca blog aku yg kuar mengarut ni asalkan anda faham bahasa Melayu dan masih hidup... semoga Allah merahmatimu selalu dan semoga kita semua mendapat syafa'at dari apa yg akan kukongsi sebentar lagi.. sebagai manusia biasa, kita pun xsedar dalam berkata2 dan dalam perbuatan ada yang akan menghargai dan mengambilnya sebagai contoh, dalam masa yang sama tidak kurang juga yang berhati busuk dan suka berprasangka terhadap manusia lain, samada kenal atau tidak, jika hukuman lah satu-satunya yg kita berikan kepadanya sebelum mendalami siapa dia, dan bersalahkah dia terhadap kita, mengapa di mata kita hanya salah dan buruk sahaja yg kita pandang... hati-hatilah, mungkin kita terdedah kepada bahaya hasad dengki dan dendam, Kalau bukan di pihaknya, mungkin kita? Jadi sebagai hambaNya, wajarlah kita sentiasa memaafkan orang dan sentiasa meminta maaf walaupun, orang yang kita buat salah atau bersalah dengan kita itu tidak kita kenali. Maaf adalah ubat hati... dan peringan beban diri. Sehebat manapun kita cuba tunjukkan pada orang, kita tetap hamba Allah, yang sangat lemah dan daif. Selebihnya biar Allah yang menguruskan. Jangan sesekali kita menyeleweng dan membuat perkara-perkara yang kufur, yg akhirnya akan memakan diri kita sendiri. Semua agama juga melarangnya.
 
Kawan-kawan, berikut adalah antara amalan-amalan yang boleh kita ikuti untuk mengelakkan santau dari Ustaz Hj. Ismail Kamus. Cubalah kita amalkan, manalah tahu yang terlibat adalah kita, insan2 kesayangan di sekeliling kita, atau insan lain yang memerlukan pedoman dan penawar.. sampai-sampaikanlah ya. Wallahu'alam...






Sebelum makan, pusing sedikit pinggan dan baca ayat ini.

Jika terdapat racun atau santau, insyaAllah pinggan itu
akan terpecah sendiri dengan izin Allah.

Renung-renungkan dan selamat beramal... Kita berusaha, Allah yang memperlihatkan hasilnya dengan izinNya... InsyaAllah..

Monday, August 16, 2010

Al - Humazah

By Galuh Cendra Kirana

Kecelakaanlah bg setiap pengumpat lg pencela, yg mengumpulkan harta dan menghitung2nya. Dia mengira bahwa hartanya itu dpt mengekalkannya, sesekali tidak! Sesungguhnya dia benar2 akan dilemparkan ke dlm Huthamah. Dan tahukah kamu apa Huthamah? Api Allah yg dinyalakan yg membakar sampai ke hati. Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka, sedang mereka itu diikat pd tiang2 yg panjang - Al humazah