p/s :~ don make me speak kedah. bikoih i sound sputid. syadap yu. marah gila.. lantak ah bunyi pa pon. bluwekkkk (la ni aku nak undi Apis. Peserta Sarawak lagi best la. Daripada peserta kayu yg di sebelah dia.) Skian.
Sikap marah adalah salah satu dari sikap-sikap negatif. Apabila kita jadi orang yang suka marah-marah, itu maknanya kita adalah orang yang lebih banyak terdorong pada kenegatifan. Fikiran kita negatif, kata-kata kita negatif, walaupun kata-kata di dalam hati.
Nak berjaya, nak bahagia, kita perlu membentuk diri kita menjadi orang yang pandai mengawal rasa marah. Biar kita yang mengawal marah, bukan marah yang mengawal kita lalu menukar kita menjadi seperti seekor singa.
Marah adalah sebahagian daripada diri kita kerana marah tu adalah emosi kita. Emosi boleh dikawal. Caranya adalah dengan mengurangkan emosi asal kemudian menukarkannya dengan emosi lain.
Lawan marah adalah ketenangan. Untuk mengawal rasa marah, fokus kepada melatih diri untuk bertenang.
Marah sifatnya api. Api punya selalunya menjadi pembinasa sebab api memakan semua yang dibakar olehnya. Apa saja yang bersifat api pasti membakar, memusnah, termasuklah sikap marah.
Marah yang tidak dikawal akan membakar persahabatan, perhubungan adik beradik dan perhubungan cinta lalu menjadikannya tidak bermakna lagi. Sesiapapun tak akan suka mendekati anda apabila anda menjadi orang pemarah, suka marah-marah, cepat naik marah.
Air sifatnya sejuk, mendekatkan dan mencantumkan. Sel-sel tubuh badan kita termasuklah tisu-tisu badan yang ada di otot kita mengandungi air cuma dalam jumlah yang amat sedikit. Kerana air, sel-sel badan kita dapat bergerak dengan cukup baik menjadikan kita aktif. Asal sel, memang mengandungi air. Bertenang tu adalah sifat air. Sesiapa saja suka berkawan dengan orang yang wajahnya tenang.
Dalam usaha kita melakar kebahagiaan dan kejayaan hidup, sikap marah adalah satu cabaran besar yang patut kita tangani. Marah sifatnya menghancurkan. Tenang pula sifatnya membina, seiring dengan sifat air yang mencantumkan, menggabungkan.
Cuba tengok simen yang diguna untuk buat bangunan. Simen terhasil dari gabungan di antara pasir dan serbuk simen, dicampur dengan air supaya kedua-dua bahan mentah tu bergabung membentuk simen cair. Nyatalah air memang sifatnya membina dan menyatukan.
Mulai hari ini, elakkan sikap mudah marah, suka marah-marah. Elakkan sikap menampakkan air muka pemarah kerana sikap sebegitu akan menghancurkan jalan Anda menuju kejayaan dan kebahagiaan.
Bila anda menjadi orang pemarah, tak ada siapa suka nak dekat. Kalo ada yang datang mendekat, maknanya mereka sedang berlakon untuk mengambil hati anda.
Bila sudah tak ada siapa nak dekat dengan anda, tak ada siapa yang akan suka membantu anda untuk jadi orang berjaya. Pasangan hidup anda tak akan kekal bersama dengan anda. Kawan-kawan menyisihkan anda. Ibu dan bapa anda tak berapa ngam dengan anda.
Elakkan sikap marah, kurangkan dan kawal. Cabaran paling besar untuk kita berjaya dalam bidang kita bukanlah dari luar, tapi dari dalam diri kita sendiri. Kita berdepan dengan cabaran mengawal sikap marah yang dah lama ada dalam diri kita.
and biting nails are gone,
who has taken you from crayons to perfume?
Ari ni aku sangat boring. Terlalu takde idea. sebab tu lah aku update blog.. aci tak aku update mcm ni jew? kihkihkhih.. but mama call tadi sangat menggembirakan hatiku... mama cakap nk datang KL for raye haji ni.. I'm so happy... Tuesday mama will come and gonna do some grocery shopping with me. Jojoe & Ikin. She'll stay at Jojoe's house at Lestari Putra. Nyum-nyum... you guys can tell what we gonna have for Aidil Adha for sure! Tak sabar derrr... makan rendang ngan ketupat di Kuala Lumpur yang fana ini buat pertama kali a.k.a air tangan mama! Biasenye kitorang akan balik kampung xkira raye apepun. but for this time, mama will come to us n celebrate that big day. Hai, maklumlah... cuti hanya sehari utk raya haji dan kelihatan 2 lompang (wednesday ngan friday).. tapi aku perlukan those 2 days utk hari bahagia yang kian hampir.. ngee.. syukur aku punyai family yang sgt memahami... dan mama yg rawk!!! Love you mamaaaaaaaaaaa!!!!
Duit raya untuk kengkawan semer... semoga rezeki kita semua melimpah2 di hari raye tahun ini...
By Galuh Cendra Kirana
Semalam aku mimpi. Aku punye impian untuk jadi wedding planner yg tersohor jadik kenyataan (tapi dalam mimpi tu jer la). Aku happy gilew majlis dah berakhir dgn jayenye dan pengantin nampak puas hati ngn khidmat usaha (mcm nama jalan nk gi tempat keje aku lak)...
-Izyan Alirahman-
(Hehehe... Comel gilew lagu neihhh... hepp hepp!!! Siap kedek2 aku biler dengar mayak2 kali.. huhuhuhuuahaha ..den sukoooooo!!!! tuing tuing tiung tiung) To Zee, may you always success on your career and keep on kickin', bebeh!!!
Pencarian Watak Sebagai Permaisuri Sultan Melaka... lalalalla
By Galuh Cendra Kirana
Ader desiran pantai menderu...damai dan nyaman... aku dan suami berlari bergentayangan di persisirannya... berguraw sendaaa.. mmiahahhaaha
ruang dapurku sentiasa berkecohan sajian enak dan berkhasiat buat keluarga
semuanya saujana mata memandang... hasil tanaman terbaik dari ladang..pergghhh!!! ni tempat anak-anakku berlari dan bermain dikejar bapa mereka.... aduh..perutku mula berbunyi....
Sanak saudara teman dan taulan mahupun jiran... bagaikan irama ghazal ngan dandut... weeewitt...sedapnyaaa (erk...kenape aku nampak makanan jew nih)Hari ni aku balik on time kol 5.30 petang. Yelew. Tggu aper lagik dah keje xmanyak. Semua haku da siapkan sebelum lunch lagik..uhuhu… sepetangnye haku hanye maen game. Letih ooo..pikir cemaner nak jadik ‘wedding planner’ yg baek. Semestinye itu aderlah hobi haku…mak andam xbertauliah..memang game ni menepati citarasa haku lah. hihihi… main punye main sampai kepala aku pinau2.. mata haku da nampak cam ijau2 jer pemandangannye..uhuhuk.
Turun dari lif, Bas Rapid KL sudah sedia menunggu kami seisi pejabat… oh yer lupa nak bitau sepanjang minggu ni keta haku jojoe guna.. hehe. Save duit minyak akew. Kuikuikui.. jadi aku pon men’join’kan diri sebagai geng bas sekolah bersama kawan.. alah, aku lebih selesa naik bas dari drive sbb jalan kat KL ni pepaham lew jammed.. tambah2 lak ngan mood aku yg mengantuk ni...lagilah x selamat..
Aku terlelap kejap lam bas... mengantuk xtahu nak ckp sepanjang hawi ni.. berpeluh mengalahkan lari marathon, sedangkan di opis, aircond macam kat kutub utara. Sepatutnye aku jadi beruang kutub jer...
“Weyh. Mangunla kakak. Dah sampai The Mall,” kata adik manis receptionist yg manje di opisku, Shida. Sedari tadi dalam upacara tidur2 ayam, telinga ni menangkap dier menyanyi2 kecil sambil menekan2 punat handphone, berSMS dgn girang.. hihi. Mujur duduk sebelah dier.. ader gak yg tolong kejutkan. Kalo tak, terlalut la haku sampai ke opis semula. Terus kerja untuk besok. Ishhh....tidakkkk...
Maka kami segerombolan penumpangpun turun n melintas untuk ke stesen LRT PWTC. Teraba-raba duit kertas seringgit dan dua keping syiling doposen, aku terus membayar di kaunter. Terus aku bergegas naik ke tingkat atas di maner sudah kuagak, ada tren Sentul Timur yang sedang menuju ke mari.. yesss!!!
Tiba-tiba terasa lenganku ditarik. Kutoleh ke kanan, ada aci tua yg xder kesemua giginya. Dia tersenyum. Kakinya diangkat lemah jer utk melangkah ke dalam tren. Jadi aku hulurkan bantuan. Gayat agaknye. Kesian. Aku senyum. Sari hijau tua belang merah di hujung selendang nampak kusam. Sayu pulak aku tengoknye.
“Aci nak pegi maner?” soalku.
“Itu tren habis punya,” Oooo...agaknye stesen yg last sekali kot. Stesen yg samer ngan aku lah tu.
“Aci nak pegi rumah anak ker?” tanyaku lagi.
Dia angguk. Aku tak bertanya lagi dah.
Kepala dah berpinau2 sejak dari di opis lagi. Nak cepat2 balik n mandi. Suhu badanku naik barangkali. Turun dari tren, kucari kelibat aci tua tadi ke mana, hilang di celah-celah orang ramai yang juga baru sampai. Pemandu2 teksi berderet di bahu jalan sebelah sini. Tiba-tiba lenganku dipaut lagi!
“Mak inchey, kasi lintas boley?” aku separa terkejut beruk serentak ngan cemas. Ingatkan penyeluk saku! Uhuhuk. Dier panggil aku Mak Incik???? Isk...harap2 la tadek saper dengar. Dah ghupe Madam ngan orang gajinye jer ni hah.. berganding tangan lagik. Adehh..
Aku turutkan. Takpa. Kesian dia. Alang-alang aku memang nak melintas ke seberang. Nak balik rumah. Rumahku lebih kurang 5 minit berjalan dari LRT Sentul Timur. Sesampainye aku dan aci di tempat yang dipinta, aku pun minta diri pulang. Sambil-sambil berpesan supaya dia berhati-hati ke rumah anaknya itu.
Aku melangkah dengan tenang dan tersenyum sendirian... aku dah hilang mengantuk bila ada yang bercakap dan menegur aku. Mataku segar dan tidak letih lagi. Kepala pun sudah kurang berdenyut...
“Mak Incheyyy?? Mak Incheyy?? Mak Incheyy....!” korang dapat bayangkan sniri kan, mcmner nyaringnye mcm Acappan. Suara dierkah itteww???
Alamok... kenape pulak aci ni..aku toleh ke belakang. Dier sedang mengejarku lemah dan payung ungu bertutup dilambai2kan ke arahku. “Kenaper aci? Salah tempat ker??” tanyaku cemas. Rasa cuak pun ada. Ahh biar benor. Entah2 diapun xpasti ke mana hala tuju. Kesian2 gak. Tapi jantung aku berdegup kencang bila mengandaikan semua itu sebagai benar. Nak tanya nombor telefon anaknya tu haku rase mcm entah2 diapun xtahu menahu. Aku tengok orang-orang yang lalu lalang dekat situ tersenyum2 dan ada yang beri laluan pada dia... agaknye aku digambarkan seorang majikan yang prihatin dan disayangi ammahnya. Huk huk hukkkkk...bukannnnn!!! jangan la korang pikir tahyul mcm tu... aku hanyelah mangse nenek ni jerrrrr..... masalahnye mataku berkeliaran ke sekeliling, tak nampak pun kelibat ‘geng tinted’ kat sini.. duhh...pelik lak hari ni takder sorangpun??
Ditariknya hujung lengan baju kurungku sambil mengunjuk payungnya ke seberang jalan. Matanya bersinar-sinar menyatakan hasrat. Hah??? Kuil????????!!!! (alamak takkan aku nak hantar sampai ke dalam??) Adoiyaii... mahu tak mahu aku segera menghantar beliau ke seberang semula, tempat kami turun dari LRT tadi. Setelah dia melepaskan lenganku dan berpaling untuk melangkah ke arah kuil tu, akupon aper lagik. Chalo lah! Kenderaan laju now. Hampir sukar aku nak melarikan diri dari aci tu. Menyelit-nyelit aku ibarat dikejar pembunuh upahan.
Arghhhhhh!!! Aku tak sanggup lagi dengar suara memanggilku Mak Incik! Aku nak sgt jadik halimunan serta merta! Pinjamkan aku lampu kecil-kecilan doraemon!! Tidakkkkkk!!! Tak jadi Mak Incik yg dikagumi ramai pon x apa... aku tak sanggoppppppp!!! Memang org akan kata aku Mak Incik yang kejammmm..biarkannnn!!!! Lintang pukang kain baju kurungku dibuatnya. Tumit 3 inci tak terasa gayat lagi. Semuanya demi boloskan diriiii!!!
Sesampai aku di pintu guard, aku berjalan mcm biasa.. sempat jua menoleh ke arah simpang. Tiada lagi aci berpayung mengejar.. Fuh...tenang kembali hidup aku. Dada yang berombak kencang tadi kuhela dgn lancar dan kembali teratur. Di pintu lif, aku melamun semula..kalaulah dia ader anak tinggal kat sini. Depan rumah aku aderlah rumah keluarga ‘tinted’. Adakah kemungkinannya??? Apaqarrhhhhh!!!!
Sampai kt level rumah aku, letih longlai aku keluar, kebetulan takde saper pon yg berkongsi lif dengan aku semasa aku masuk. Tiba-tiba, lenganku tak dapat dihayun mcm ada yg memaut!!! Ughhh!!! “Takmo aciiii!!!” aku menjerit kuat! Rupa-rupanya lengan baju kurungku yg besar itu sememangnya tersepit di antara belahan pintu lif.. zaman sekarang lif pun pandai mengusik. Jahat tau. Malu aku. Huhu.
Boss....nak take 60! Leh??? Mingantuknye hawi ni....keje lak xmanyak.. ape nih... tadek keje nih... huwaaaaagghhh... mingantukkkkk... pssstt... dekat Kak Wie ader sekor kucing mcm ni dulu dier bela.... dier suke geget kain aku! uhuhuhuk..Orang punye ni.. hepp! sentuh pon jangan tau.
Dato' Seri Shahrizat binti Abdul Jalil dilahirkan di Pulau Pinang pada 15 Ogos 1953. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Perempuan Jalan Northam dan Madrasah Tarbiah Islamiah, Pulau Pinang. Beliau kemudiannya meneruskan pendidikan menengah rendah di Sekolah Perempuan St. George, Pulau Pinang dan kemudian ke Kolej Tunku Kursiah, Seremban, Negeri Sembilan. Beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang undang-undang pada tahun 1973 dan dianugerahkan Ijazah LLB (Hons) pada tahun 1976. Setelah berkhidmat selama tiga tahun sebagai Majistret, Y.B. Dato' Seri dilantik sebagai Penolong Peguamcara Perbendaharaan dan telah meletakkan jawatan daripada Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman Malaysia pada tahun 1980 dan menjadi rakan kongsi selama 16 tahun dengan Soo Thein Ming & Shahrizat. Beliau memulakan perkhidmatan Peguambela dan Peguamcara di Tetuan Shahrizat & Tan pada 1 Julai 1983.Dato' Seri telah mendirikan rumahtangga dengan Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail dan dikurniakan tiga orang anak, dua lelaki dan seorang perempuan.
Shahrizat mula melibatkan diri dalam dunia korporat pada tahun 1986 dengan dilantik sebagai Pengarah mewakili Permodalan Nasional Berhad di beberapa buah syarikat seperti di Island and Peninsular Berhad, Austral Enterprise Berhad, UMW Toyota Sdn. Bhd., TIDI SEA Park Development Sdn Bhd., Shangri-La Hotel Sdn. Bhd. dan UBN Holding Sdn Bhd. Beliau telah menempa sejarah apabila menjadi wanita pertama di Malaysia dilantik sebagai Pengerusi di dua buah syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) iaitu di Island and Peninsular Berhad dan Austral Enterprise Berhad.
Penglibatan Shahrizat dalam arena politik pada tahun 1982 apabila beliau dipilih sebagai Ketua Wanita UMNO Cawangan Kepong Baru. Bermula tahun 1987, beliau telah menjawat beberapa jawatan di dalam biro-biro Wanita UMNO seperti Ahli Jawatankuasa Biro Undang-Undang, Biro Ekonomi dan Biro Hal Ehwal Wanita UMNO Malaysia. Pada tahun 1989 beliau dipilih sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Kepong dan dipilih sebagai Ahli Exco Wanita UMNO Malaysia. Pada pilihan raya umum 1995, YB. Dato' Seri telah dipilih sebagai calon dan telah memenangi kerusi Parlimen Lembah Pantai. Dengan kemenangan ini, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Pada pilihan raya umum 1999, Shahrizat telah berjaya mempertahankan Kerusi Parlimen Lembah Pantai. Kemudiannya beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas Jabatan Hal Ehwal Wanita dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. Shahrizat telah dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi pada tahun 1996 hingga 1999. Pada tahun 2000, beliau telah dipilih sebagai Naib Ketua, Wanita UMNO Malaysia. Sebagai Ahli Parlimen Malaysia, beliau juga dipilih sebagai pengerusi Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Malaysia pada Disember 1999 selama dua tahun dan juga sebagai Pengerusi CPA South East Asia Region.
Pada tahun 2004, Shahrizat telah dilantik sebagai Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Beliau juga aktif di dalam beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Beliau pernah menjawat jawatan Timbalan Pengerusi (1) PENIAGAWATI dan menjadi Presiden Pertama Persatuan Kebangsaan Usahawan Wanita Malaysia (NAWEM). Beliau juga dipilih sebagai Anggota Ahli Dewan (Counsillor) dalam Council of The Asia-Australia Institute.













































