we're the odds beaters :-)

Daisypath Anniversary tickers

May you grow to be a good person InsyaAllah...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

The Youngest Man In The Family

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Thursday, March 26, 2009

Tahniah...!!!!

By Galuh Cendra Kirana

Dato' Seri Shahrizat binti Abdul Jalil dilahirkan di Pulau Pinang pada 15 Ogos 1953. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Perempuan Jalan Northam dan Madrasah Tarbiah Islamiah, Pulau Pinang. Beliau kemudiannya meneruskan pendidikan menengah rendah di Sekolah Perempuan St. George, Pulau Pinang dan kemudian ke Kolej Tunku Kursiah, Seremban, Negeri Sembilan. Beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang undang-undang pada tahun 1973 dan dianugerahkan Ijazah LLB (Hons) pada tahun 1976. Setelah berkhidmat selama tiga tahun sebagai Majistret, Y.B. Dato' Seri dilantik sebagai Penolong Peguamcara Perbendaharaan dan telah meletakkan jawatan daripada Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman Malaysia pada tahun 1980 dan menjadi rakan kongsi selama 16 tahun dengan Soo Thein Ming & Shahrizat. Beliau memulakan perkhidmatan Peguambela dan Peguamcara di Tetuan Shahrizat & Tan pada 1 Julai 1983.

Dato' Seri telah mendirikan rumahtangga dengan Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail dan dikurniakan tiga orang anak, dua lelaki dan seorang perempuan.
Shahrizat mula melibatkan diri dalam dunia korporat pada tahun 1986 dengan dilantik sebagai Pengarah mewakili
Permodalan Nasional Berhad di beberapa buah syarikat seperti di Island and Peninsular Berhad, Austral Enterprise Berhad, UMW Toyota Sdn. Bhd., TIDI SEA Park Development Sdn Bhd., Shangri-La Hotel Sdn. Bhd. dan UBN Holding Sdn Bhd. Beliau telah menempa sejarah apabila menjadi wanita pertama di Malaysia dilantik sebagai Pengerusi di dua buah syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) iaitu di Island and Peninsular Berhad dan Austral Enterprise Berhad.

Penglibatan Shahrizat dalam arena politik pada tahun 1982 apabila beliau dipilih sebagai Ketua Wanita UMNO Cawangan Kepong Baru. Bermula tahun 1987, beliau telah menjawat beberapa jawatan di dalam biro-biro Wanita UMNO seperti Ahli Jawatankuasa Biro Undang-Undang, Biro Ekonomi dan Biro Hal Ehwal Wanita UMNO Malaysia. Pada tahun 1989 beliau dipilih sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Kepong dan dipilih sebagai Ahli Exco Wanita UMNO Malaysia. Pada pilihan raya umum 1995, YB. Dato' Seri telah dipilih sebagai calon dan telah memenangi kerusi Parlimen Lembah Pantai. Dengan kemenangan ini, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Pada pilihan raya umum 1999, Shahrizat telah berjaya mempertahankan Kerusi Parlimen Lembah Pantai. Kemudiannya beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas Jabatan Hal Ehwal Wanita dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. Shahrizat telah dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi pada tahun 1996 hingga 1999. Pada tahun 2000, beliau telah dipilih sebagai Naib Ketua, Wanita UMNO Malaysia. Sebagai Ahli Parlimen Malaysia, beliau juga dipilih sebagai pengerusi Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Malaysia pada Disember 1999 selama dua tahun dan juga sebagai Pengerusi CPA South East Asia Region.

Pada tahun 2004, Shahrizat telah dilantik sebagai Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Beliau juga aktif di dalam beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Beliau pernah menjawat jawatan Timbalan Pengerusi (1) PENIAGAWATI dan menjadi Presiden Pertama Persatuan Kebangsaan Usahawan Wanita Malaysia (NAWEM). Beliau juga dipilih sebagai Anggota Ahli Dewan (Counsillor) dalam Council of The Asia-Australia Institute.

Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 yang berlangsung pada 8 Mac 2008, Shahrizat Abdul Aziz yang bertanding untuk Parlimen Lembah Pantai telah dikalahkan oleh lawannya Nurul Izzah Anwar dari Parti Keadilan Rakyat. Beliau hanya mendapat 18,833 undi berbanding Nurul Izzah 21,728 undi. Namun itu tidak menjanjikan ketewasan besar di hati penyokong parti UMNO. Dier tetap idola aku sampai bebila.. bila terpandangkan keredupan wajahnye dan sifat waja yang terserlah pada dirinye, aku dapat rasakan kesegaran pucuk kepimpinan TUN MAHATHIR. =).

Semalam, 26 Mac 2009 - KEMENANGAN BELIAU SEBAGAI KETUA WANITA UMNO kembali membunga-bungakan hatiku..... Dato' Seri Shahrizat, menewaskan (boss lama aku – Datuk Seri Datin Paduka Rafidah Aziz) dengan majoriti undian sebanyak 507 berbanding 280......=) =) =) dan =) lagi. Tahniah Dato' Seri!

17 Beberapa budak comot komen kali ni:

errul_ramli @ MH said...

bertahun2 aku tgk jawatan ni rafedah pegang.. dan tahun ni.. betukar tangan plak.. btw.. congrate!!!

errul_ramli @ MH said...

bertahun2 aku tgk jawatan ni rafedah pegang.. dan tahun ni.. betukar tangan plak.. btw.. congrate!!!

errul_ramli @ MH said...

bertahun2 aku tgk jawatan ni rafedah pegang.. dan tahun ni.. betukar tangan plak.. btw.. congrate!!!

Galuh Cendra Kirana said...

wahaaaaaw. ni dah manyak tahniah ko kasik nih.. ternyate sekali ko sangat2 terpana ngan keputusan undian semalam. huhuhehuhe

Mogen Ali Rico said...

Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Tipu Terus Menipu
Kita Tipu Melayu

Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Kroni
Anak Isteri Dan 'Bini'

Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Keji Dan Haprak
Bersatu Bersetia Khianat
Cogan Katanya

UMNO Terus Lara
Rompak Rakyat Malaysia

tahniahh kak izattt...lllllllalalalaalal

Walinong Sari said...
This comment has been removed by the author.
Walinong Sari said...

Elin... Bie ang nyanyi lagu sedap ni... Aidil tolong buat full version dengan muzik sekali... huhu

~ujicham~ said...

aduhai.. mendayunya nyanyian sang mogen.

Galuh Cendra Kirana said...

Cik Bieni,
amboi boi boi...garangnyeee.hihiik...meh cini meh cini meh cini...olololo

Puan Walinong,
Incik yg nyanyi tu komposer tau. sore dier sodap mcm D'Masiv lagaknye. hehe. amponn Bieeee!!

Uji,
aku suke dengo dier menyanyi...manje..menosok kalebu.huhuhu..tapi lagu ni bersemangat sgt..adik takut... =(

Wardrobe kita said...

Hahhahaa...senyum kambing jap aku wahai incik mogen...apa daa...mana ko dapat nih??

Sis,ape daa laki hang ni..

Galuh Cendra Kirana said...

Adet ninie yui,
ilham dari pujangga daa.kui kui kui

Kapten Luffy said...

khairy apa kes?

Galuh Cendra Kirana said...

Luffy,
Sadapyu. jgn ko sebottttttttt...aku xkenal saper mamat tu. saper tu? ohh..keling besi karat ek.uhuhuhuukkk...hanisssss!! Luffy tanye pasal mamat tot tot....uwaaaaa

Anonymous said...

hoh....
jangan ko sebut nama jantan durjana itew... aku tak relaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

StoreForLadies said...

salam kunjung..nice blog..kunjungi kami ya..

Unknown said...

Salam Galuh.

Uncle tidak pandang beliau sebagai lambang legasi Mahathir. Beliau ada karismanya yang tersendiri. Pernah pada satu majlis kami berbual semeja sambil minum. Beliau telah menegur uncle kerana uncle memanggilnya YB Datuk. Katanya dia lebih selesa sekinya uncle memanggilnya "akak" saja.

Tahniah buat Datuk Shahrizat Abd. Jalil yang telah menumpaskan ayam pencen yang sudah tidak laku di pasaran!

Galuh Cendra Kirana said...

Hanis,
jom kiter stapler molot sesaper yg tanyer jom..

Store For Ladies,
Salam. InsyaAllah sy akan bawak geng bersama =). Tq ya!

Uncle Mountdweller,
Benar! Ayam pencen tu dahpun tumbang. Kita perlu lelong aja.hihihi