4:45 am : Semangat berkobar-kobar. Webcam dgn buah hati. Perut dah mula memiat. Tak apa. Abaikan. Biasalah. Gangguan bulanan.
5:40 am : Gangguan makin terasa. Abaikan. stabilkan postur badan. Tapi sakit badan makin menjadi2. Meniarap. Tak sedap hati.
6:20 am : Mula bertanyakan pendapat si dia. Positif. Tak pegi malam ni. Ucap selamat malam (walopon dah subuh pun bebudak oii)
7:15 am : Bangun seperti biasa utk bersiap-siap gi kerja. Buka mata. Makin menusuk. Seluruh badan berpeluh2 dan cuba bangun, gagal. xdapat tegakkan badan. capai fon n minta rescue jojoe. Dak ni tido mati. hampa.
8:00 am : Merangkak, buka laci sisi n cari ubat tahan sakit yg biasa dimakan. Telan tanpa membasahkan tekak. Terpaksa. Nak keluar dari bilik xdaya. Baring dalam keadaan terhenyak mcm ulat gonggok. call office. mohon MC. sedia maklum. pejam mata. sesekali terjaga bagai dicucuk2 isi perut dgn pisau.
12:05 pm : Masih berdenyut dalam perut. berjalan, ke bilik air n bersihkan diri dalam keadaan membongkok semasa bergerak dalam rumah. call jojoe lagi. dapat. standby.
1:20 pm : Capai kunci keta n turun ke basement. memijat-mijat perut sambil memanaskan enjin. start. ke Klinik Mediviron, Sentul Boullevard. diberi suntikan padu mauttttttt.. kumerelakan kerane doktornye pompuan india. ok jer. ape yg aku ader dier pon ader lah Nis.. huhu. MC untuk hari ni.
1:35 pm : Call putrajaya. Confirmkan cancel trip malam ni. Hampa kerana keadaan hari ni lebih teruk dari semasa trip ke Gunung Ledang. Mesej disambut dengan simpati. hepp.. nak baut macamna dah keadaan xmengizinkan. call jojoe. start enjin n menuju ke tempat persembunyiannye. sembunyi dari aper, aha...tu yang aku xleh kasiktawu. (clue : Mc D dan Wi-Fi). Checked. Menuju ke sasaran. drive dalam keadaan montot kebas lepas kene cucuk n rasa sakit dalam perut xhilang jugak. bongkok masih lagi.
2:25 pm : Sampai ke destinasi. Dapat budak gebu tu. follow dier dari belakang untuk ke Bukit Jalil, apartment dia. (mesti kene maki punye japgi. drive dalam keadaan muka xboleh belah tahan sakit)
2:50 pm : Jojoe Budak Gebu park keter kat depan guard. Masuk keter haku. Steering keter bertukar tangan.
3:15 pm : Puduraya. salam2 n babai. Turun n belagak macho sambil galas beg laptop n sarung cardigan coklat mama.. ke kaunter 'Gunung Raya'. Hampeh. mahalnye. RM35. duhh.. mula membongkok balik. peluh bercerau di dahi. langit mcm nak hujan. ikut belakang budak tiket. Bas tengah tggu di seberang jalan lsh pulokk...sabar, janji dapat duduk dlm bas dah ok dah. masuk, duduk single seat. adjust aircond atas kepala n pejam mata rapat2. Mesej semua org. semua dimaklumkan aku ke mana. Org yg pertama tahu iyelah Bie n jojoe. tempat yg tenang n segala penyakit boleh sembuh cepat. kakcik tgh standby sambut aku di kampung. Puan Seri belum tahu. kami dah pakat ngan jojoe.
4:15 pm : buka mata kejap. xberganjak. Jalan masih jammed. maklumlah rehat panjang. alah Jumaat. bukan perkara luar biasa bila masuk office terus boleh balik rumah dah time tu. sambung pejam. sengal2 semakin hilang.
4:15 - 8:30 pm : xtau berape kali bas benti. aku 'pengsan'! sampai destinasi. call kakcik.
8:50 pm: kakcik sampai (kelam kabut dari tempat keje.maceh kakcik. ailebiu).
9:00 pm : pusing 3 kali dalam town seberang jaya. cari kedai kek yg masih dibuka. dapat! bunga emas! Puan Seri mesti suka nih. beshhhh...nti aku kawen nak tempah kat dier. ngehe. sempat berangan lagik anak dara nih. bergegas ke halaman bonda.
9:30 pm : sampai depan pintu n menyanyi lagu epi birthday untuk mama...hehehe. Syukur alhamdulillah, aku sampai ke kampung halaman masih dalam hari yg sama, tarikh 27 Mac 2009. memang banyak soalan yg diajukan di sebalik senyuman simpul-simpul mama, Puan Seriku. Namun dapat kutepis dan ketis dengan jayanya. beliau diberitahu aku x jadi pegi taman negara pahang malam ni. upacara yg xcara langsung-memotong kek depan tv. hanya kami bertiga - aku, mama dan kakcik...tanpa kehadiran abang dan jojoe. dah cukup agaknye buat mama lega. sekurang-kurangnya aku ada. hehe. (tapi hati masih hampa xdapat menjejakkan kaki ke gunung lagi. itu tidak dinafikan perkara besar yg aku impikan pada malam ini - berada di puncak Taman Negara Pahang seperti yg dijadualkan (tu pun kalo tak jadik sakit teruk mcm ni. hmm, redha lah) kugantikan perkara yg lebih besar untuk diisi. terubat rasa hampa tu mengatasi hampa tak kesampaian pergi ke sana. keceriaan tergambar di wajah mama. Itu yang aku cuba capai. jauh lebih tinggi dari Puncak gunung Taman Negara impian). ;)
(P/S : kejadian ni adelah paling lekeh n koman. aku pernah kene dah - first time mase di Gunung Ledang. kejadian ni disaksikan oleh cik adikku Qaseh Darwisy. tapi ms tu aku ada kawan-kawan di sekelilingku. sakitnya xterasa. kali ni aku sendirian di rumah. adakah segaris cahaya di masa depan, bakal ada yg menemaniku di kala aku sakit bulan di pagi hari? lalala...get ready na, Bie! nanannaana)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)










11 Beberapa budak comot komen kali ni:
happy birthday mama..wish u best of luck! hahaha
kepada lu plak.. ish! period pain tu sakit sgt ke? ish!! mcm kena cucuk dgn pisau?? ish!! mesti lu dah xheran kalau gua cucuk perut lu dgn pisau kan?? kan?? kan??
Errul,
Tengkorak ko masak lemak. amboiii...sesuka suki ko nak tikam perut aku ek. derhake kow nih. Yaqdishhhh yaqdishhh!!! (wey jgn lew tanye psl wa nyer piyot pain. malu laa...wa sebenornye nak tekankan pasal kek besdey mama yg cantik ni)
hokhokhok...
eleh nak manja2 ngan mak tueeee
Encik Hanis,
syhhh...dediam lew..ko nei..kantoi la akeww.
cik galuh.. aku memahami dirimu galuh. byw, happy belated birthday utk mama kamu.
Encik Uji,
mekaceh. ko pom teruk gak kew? genggggg!!! ko dah berteman ketika ittew. wari kan adew tolong tenangkan bad mood ketika genting begini. ngeh ngeh ngeh.
Saya sedia menghadapi segala cabaran dan rintangan semasa ittew..saya sanggup menjadi badut sarkis dengan membuat aksi2 yang sukar dan melucukan utk mengurangkan kesakitan ittew..saya juga berjanji akan mengikut kata awak ketika ittew
akujanji ini diakui seratus peratus oleh kementerian hal ehwal wanita.
sekain
Bieuah hati,
Syukur, ada yang sudi menghadapi saat2 ini bersama2..ehehe, sy pun janji xmo menyusahkan awak selagi terdaya bertahan. bertuahnya badan...terima kasih tau.
hepi besdey makcik!
puteri gunung halang ko pegi ko ;p
Tak ajak kami join makan sekali pun... bukannya jauh rumah... aku pun nak sambut besday dengan mama..
Apapun syabas betty..syabas..
hepi besday ibunda...huhuhu..baru tau x jd pegi..patot senyap menyepi jea..sorry sis, lupa nk kol..pale otak ni da sarat ngan beban keje2 kat ofis dah..muahhh...
Post a Comment