Assalamualaikum..
Untuk makluman semua yang mengikuti kisah Norma dan Talib.. Norma telah meninggal dunia pada pukul 1.00 pagi tadi dan jenazah dimandikan di hospital Serdang dan terus di bawa ke Pontian subuh tadi.. Sekarang Moon dan keluarga dalam perjalanan ke Pontian.. Mama (Ibu mertua Moon) dari Taiping juga dalam perjalanan ke Pontian.. Moon akan berada di Pontian sehingga malam ini selepas tahlil, Insya Allah..
.. sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Norma... ***seperti biasa setiap kali saya terkenangkan kisahnya, saya akan menitiskan air mata, sama seperti anda juga. Selaku seorang isteri dan ibu, saya tak mungkin mampu sekuat beliau. Hanya Allah sahaja yang mengerti betapa hambaMu itu ingin hidup lebih lama dan mengecapi bahagia bersama-sama keluarga tercinta. Namun apakan daya, semua usaha telah dibuat, Allah jualah yang memutuskan kesudahan. Ya Allah, besar sungguh dugaanMu buat mereka. Semoga Talib kuatkan semangat dan kenang selalu cintanya yang tidak berpenghujung buat Norma. Semoga Baby Rafiq juga kenang mamanya juga sangat menyayanginya sampai ke hujung nyawa..... Takziah buat Moon, Talib dan keluarga Allahyarham Norma...
Norma dan Talib (semasa baru kahwin)... happy sangat saat ini... they really have each other..
dugaan apabila Norma diserang kanser otak. semua itu bukan alasan buat Talib melepaskan genggaman mereka, malah bertambah utuh dan teguh cinta mereka. Talib, redhalah pemergiannya. Arwah sgt bertuah memiliki suami sesetia anda. semoga bertemu semula di syurga... Amin..












1 Beberapa budak comot komen kali ni:
Al-Fatihah.
Post a Comment