Semalam memang best giler bergolek-golek ngan housemates. Kitorang buat marathon Twilight dari DVD pertama sampailah yg terbaru. Siap tutup2 lampu ngan pasang speaker lagik tuh. Sebelum buat perniagaan spa kat dalam bilik aku ngan Lita. Kecoh tapi best gilaaaa sekali sekala buat gila ngan diorang. Sebelum tu hias2 bilik kitorang ngan stiker bunga sakura yg sweet banget. penuh pintu ngan dinding. sampai ke kepala katil. hehehe... Lita plak pandai urut. serios beb. Aha... Abg sulung si Lita ni pemain bass Kumpulan Seventeen, Bani. Pandai minah ni main gitar. dan juge mengurut. wah.. dah ler orgnye sweet jew suke pakai tudung Yuna. mmg kalo sekali imbas housemate aku ni xder rupa Indon langsung. Kat college dier slalu score A tau. Bijak anak perantau ni. Aku slalu tgk dier nyer keputusan pekse. Si Fatin, budak bilik sebelah nun walopon satu college pun takdelah study kaw kaw sgt. slalu aku pesan, tiru cara Lita, tiru cara Lita... haiyyaa.. dier sibuk tido.. hehehe. tapi aku haraplah adik2 aku ni berjaya dalam hidup..
Tghari tadi aku mengantuk gilew tapi jam belom masuk waktu lunch lagik pon. Namun begitu itu bukan alasan untuk aku memboloskan diri kat dalam surau. Aku cari port best punye yang ader cahaya matahari yg suam2 kuku.. pun begitu tubuh ni menggigil mcm nak jadik ais... sekali-sekala cahaya tu membahang, lelap jugak mata aku.
"Hello..."
"Hello! Ya Abah! Wahh.. dah ada handphone dah Abah la ni. Buat apa tu?"
"Hellooo... line xberapa clear lah kat sini. Hello Elin!"
"Ya ya Elin dengar ni. Ada apa bah?" tanyaku lagi. sebelah hati rasa gembira, sebelah lagi ada sesuatu yang bertanya. Walau ku cuba untuk mengingati apakah persoalan yg ada kala itu, namun aku tetap gagal. Apa yg aku fikirkan pada ketika itu hanyalah aku tidak mahu lepaskan peluang berborak dengan suara tua itu.
"Oiyy... tido ka? Time kerja laa. Apa nih. Sihat dak ari ni?"
"Sihat, Abah. Abah?..." walau sebahagian lagi dah pasti jawapannya, aku tetap mahu bertanya.
Bunyi bising seperti hujan serak2 seperti bersulam dengan suaranya. Abah kat mana agaknya. "Ada benda abah nak tanya ni. Xsedap hati dengar tau," suaranya tersangkut2 diselang-seli bising di talian.
"Hah? Kenapa tu? Tanya lah,"
"Siapa Fazli?!!" talian maintain sekat-sekat.
Erkkk!!! Yaperda Abah. Saper pulak makhluk nama Fazli nieh? Aku ker yg salah dengar. atau Abah yg sebut lain. Ishhh.. elok aku nk bertanya untuk kepastian, talian dah putus terus! Apokah.
Terus aku terjaga dan tertanya-tanya. Fazli tu sejenis jawatan kat tempat keje aku ker, atopon Fazli tu orang yg rosakkan harta benda dia kew, atopon dier xsuke orang nama Fazli. adoiyai. Aku nak tergelak. Gelak berdekah-dekah aku biler terjaga n bukak pintu keluar, nampak Kak Mai ngan Kak Lin ngan Cc tgh berborak kat tempat Kak Mai. Aku aper lagik, dengan sisa-sisa ketawa. Gi dekat Kak Mai.
"Oi budak. Patut la hilang tadi. Rupanya gi 'charge' kat dalam surau. Ni senyum2 kenaper?" Kak Mai tengok aku sambil nak tergelak kot, tengok aku tersenyum2.
"Mimpi Abah telepon," jawabku.
Semua yg ader kat situ tercengang... "Abah tanya siapa Fazli," aku, walaupun still mamai2 ubi still ceritakan hal tu dengan bangga. Bkn sebab Fazli ker Fauzi ker Fazni kew apew. Tapi Abah call aku sebentar tadi! Suara Abah still sama tau! Berat dan sedap didengar. Mcm dekat jew.
Huish... kontobesi nieh kalo Cik Mog tawu Abah tanye pasal orang laen. Hehe. alah Bie, bukannye Abah tanye sebab berkenan. Bunyinye macam marah kat Fazli ker ape tah tu. Awak tetap pujaan hatinye. Sebab nama korang samer kannn... hihihihi. Kesimpulannye, jangan membuta di tengah hari. Arwah Abah marah. hihi. Abah, I miss you A LOT. Kitorang semua rase abah sentiasa dekat si sisi... Abah tak pernah pergi. Abah sentiasa di hati. Hm... musim durian di Kulim baru mula. Sabtu lepas Elin gi makan durian dengan Kak Wie n her Hubby. Yeah. D24 favourite kita berdua, pastinya gerai apek yang bertentangan padang Kem Polis Hutan. Kawan baik durian favourite Abah. I love you. And Abah... I wish to have all those moments with you again. Bercerita suka dan duka... having joy and fun, on our way =(
Fondest Love,
Your Elin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)










2 Beberapa budak comot komen kali ni:
salam tatak...finally tatak berjaya gak 'contact' abah tatak ye. adet tau dah lame dah tatak nk tulis something kt dia..but now, u made it!!u mish him ssooo much rite..moga rohnya aman di sana...al-fatihah
yupe adett!! u guys know aite... tatak mish him so much. kalo kuar ngn kowang mmg xpenah sekalipun tatak xsebut arwah. thanks adet2.. Al-Fatihah...
Post a Comment