we're the odds beaters :-)

Daisypath Anniversary tickers

May you grow to be a good person InsyaAllah...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

The Youngest Man In The Family

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Friday, August 19, 2011

Dato' Please Don't Go......., Dato', we still need you!

By Galuh Cendra Kirana

Dato' Noharuddin Nordin... huhuhu


KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) Dato' Noharuddin Nordin dilantik sebagai Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Mida) berkuatkusa esok. 

Beliau menggantikan Datuk Jalilah Baba yang akan bersara wajib esok, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Sidek berkata Noharuddin dilantik berdasarkan pengalaman dan pengetahuan beliau yang boleh membantu Mida menyediakan persekitaran dan perkhidmatan pelaburan yang terbaik, seiring dengan aspirasi negara seperti yang digariskan di bawah Program Transformasi Ekonomi.
Noharuddin, 55, berkelulusan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari University of Birmingham, United Kingdom, dan Chartered Institute of Transport (UK), Universiti Teknologi Mara. 

Beliau menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan pada 1978. 

Noharuddin menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 1986 dan Matrade pada 1994, sebelum dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Matrade pada Disember 2006. 

Mohd Sidek turut mengumumkan pelantikan Dr Wong Lai Sum sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Matrade yang baru mulai esok bagi menggantikan Noharuddin. 
Wong sebelum ini adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif I di perbadanan itu. 

Wong, 56, berpengalaman luas dalam bidang perancangan, pembangunan dan pelaksanaan keseluruhan strategi dan aktiviti galakan dan promosi eksport sejak memulakan perkhidmatan di Matrade pada 1994. 

"Saya percaya dan berkeyakinan penuh bahawa menerusi pengalaman luas dan pengetahuan kedua-dua pegawai, akan mampu membantu mereka mengetuai dan menggemblengkan semua pihak di Mida dan Matrade dalam merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar dan usaha peningkatan pelaburan, galakan dan promosi eksport negara seiring dengan perubahan transformasi negara," kata Mohd Sidek. 

Beliau merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Jalilah bagi segala sumbangan dan khidmat bakti beliau kepada perkhidmatan awam dan negara, terutama di sepanjang tempoh beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Mida. - BERNAMA 

2 Beberapa budak comot komen kali ni:

Unknown said...

Tahniah kepada beliau dan Selamat Berpuasa untuk anakanda dan suami

suwara entertainment said...

sgt sedih la tatak bila dato' xde kt matrade ni..sape yg nk support team choir nnt??huhuhuhuhuhu.. :((