we're the odds beaters :-)

Daisypath Anniversary tickers

May you grow to be a good person InsyaAllah...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

The Youngest Man In The Family

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Friday, March 16, 2012

Hot Seats - Bukan rezeki...

By Galuh Cendra Kirana

Yeah. Malam sok penentu Hot Seats Mania ASTRO. Ogeh, skarang ni aku makin yakin puak "tu" memang pekak. bukan cap badak lagi dah. Dah tahap bengkak dah pekak depa nih. What de fish laaa yg top 3 tu Ebi, (Ariel takpa sbb dia nyanyi bole tahan gak) ngan Chaq??? Sebab pa? Jauh punggong dari api kot kalau hang tu menyanyi berbanding adik hang Stacy yang memang jora tu? cheh. Apapa jalah. Yang sahnya puak yg lagi dua tu memang fish. Aku dah tatau dah nak marah lagu mana janji depa ni serupa kudis, serupa kurap, cikempoqs dan sebagainya. Kalau bagi depa masuk dalam senarai untuk diundi, seboleh2nya kalo tersenarai penyapu cap depa pun depa akan undi. Masalahnya yang hangpa pilih tu menyanyi mcm hapa lagi. Aku pun dah naik fedup la. (Amboi maghah len macam lak aku hari ni.) So kepada oghang estero. lenkali jgn boh depa ni untuk kami ngundi tau. mentang2 free main klik Like sajia. Paihtu siap main warning2 lagi plak dah jgn buat kejutan. Mampuih pi kat kami la nk mintak kejutan ka pa ka. takut la tew. ewwee.. dengan ini saya mengisytiharkan Undi yang paling pure adalah dari pengundi Idayu. Titik.

p/s :~ don make me speak kedah. bikoih i sound sputid. syadap yu. marah gila.. lantak ah bunyi pa pon. bluwekkkk (la ni aku nak undi Apis. Peserta Sarawak lagi best la. Daripada peserta kayu yg di sebelah dia.) Skian.

Monday, February 27, 2012

Andika Mari Makan Dengan Happy!

By Galuh Cendra Kirana

:)) :)) :)) Dua hari lagi Andika dah boleh makan pepejal halus. Yupe Yupe Andika akan berusia 6 bulan pada 1 Mac nanti.Untuk itu Momi buat mcm2 persediaan supaye Andika dapat menikmati makanan yang Andika suke dengan gembiwe. Sejak minggu lepas, Andika dah mula berlatih makan sikit2 dengan bancuhan nestum Cerelac halus2.. tapi kalo kite lambat suap anak terunaku cepat mengamuk! Mengamuk macam anak gajah. Yer gajah biru dumbo yang boleh terbang pakai telinga tu. Err... tingat kartun kegemaran Momi pulak. kih kih kih. Ok, sayang, Momi berjaye order satu lagi gadget buat Andika supaye Tok Mama tak letih layan karenah Andika waktu makan. Berhenti mengamuk tau. Kali ni should be no problem dah, coz Andika dah ader bende niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!! *drum rolling*


Nama dier.... Boon Squirt Baby Food Dispensing Spoon.... Momi order kat sini. Baru jer panas2 sampai dari pos laju. Momi beli kat online. Harganye xmahal cuma RM46.90 (berbaloi sbb boleh dicuci dan diguna turun temurun - nak adik ler tu). So, kepade kengkawan ini ler yg Momi Andika akan start guna untuk suap Andika makan bubur/puree/nestum nanti. dier berfungsi mcm ubat gigi. Kita just isikan bubur ke dalam botol ni, pastu pasangkan penutupnye yg berbentuk sudu, just picit badan dier mcm ubat gigi n tadaaaa.. baby dah xmengaruk n mengamuk bila mak-mak lambat suap.

ahahah! Model baby ni tgh disuap porridge menggunekan Boon Squirt Spoon. Kalo nak tawu, giniiiiiiii ler ghupe dak Andika kalo time makan! Excitednye. Itu belum lagi cukup 6 bulan ni nak mula makan bubur nasi ikan bilis blend halus-halus.... nom nom nom! =))))

Mana nak ceduk, nak riba dier lagik. Menggeliat menggelupur mengamuk...... boleh tergeliat otot kite dibuatnye! hehehehe... insyaAllah dengan benda ni bubur pun xtumpah. Eeeee xsabornye nak try kat Andika!


Thursday, February 23, 2012

Vote For Idayu - Malaysian Mariah Carey For MANIA! ASTRO.

By Galuh Cendra Kirana


Hola holi kuberi nama saudara saudari cikebum cikebum. Sori tadek update apaper cuma tgh nak perang vote untuk Nor Farah Idayu. Beliau mampu menyanyi menggunakan teknik bersiul atau istilah vokal dikenali dengan 'whistle register'. Vokal Idayu mampu mencapai nota-nota yang berada pada 7 oktaf. Beliau juga mempunyai julat suara yang besar dan berlingkungan 5 oktaf. Nota tertinggi yang pernah dicapainya menerusi lagu Kasih Yang Terpisah iaitu C#7.(yer, aku copy dari wiki. maceh cik wiki). And yang satu dunia tahu, penyanyi yang mampu buat whistle register secara complete cuma Mariah Carey ogeh. 5 dah cukup hebat untuk penyanyi biasa...

Merupakan peserta AF3 yang tersingkir pada tahun 2005, kerana kediaman keluarganya di kampung dirompak. Lantaran hal tersebut, beliau tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajarannye dalam Akademi pada ketika itu. Yelah, kejadian family dia masuk paper kecoh kowt. Akan la dier dapat bertenang dan syok dgn cita-citanye nak jadi penyanyi tersohor aje kan... mestilah kita nak bersama-sama susah senang dgn family. Tapi aku dapat hidu yg Idayu akan bangkit semula tak lama lagi. Dah ade bau-bau aura dah. Sebut saja peserta bernama Idayu, semua org akan kenal suara beliau yang mempunyai aura unik, she is the one who capable to do whistle register. Di Malaysia ni hanya beliau dan Nikki Palikat from Sabah yang ada skill ini dan dier dapat buat lebih halus dan power dari Nikki.

Untuk pengetahuan kengkawan, (yg kot2 belom tawu ape yg tgh hot n spicy kat Melesia ni) MANIA ASTRO adalah penamat kehausan peminat-peminat realiti TV setara dan seganding Akademi Fantasia, cuma up sikit sebab semua yang berentap hanyalah geng-geng realiti TV dari pelbagai rangkaian TV di Melesia ni. Yeah, Jaclyn Victor pun dah terpilih masuk antara 12 terawal. Jac kan dari realiti TV Malaysian Idol kan... Yeah, dgr2 sepower itulah jugek peserta2 lain pun. Akan nak biar org yg main-main nak lawan ngan Jac kowt. Mat rempit ngan penyanyi bertaraf Kiki Lala sila ketepi yea. Kihkihkih. Ogeh sambung balik. Ia akan bersiaran pada 17 Mac 2012 di saluran Astro 104. SAYE NAK IDAYU MASOK! Jom kita panggil dia balik ke persada seni! Jom kita undi orang yang layak.... Bukan undi kesian yer. IDAYU sangat layak berbanding ehem ngan si ehem yang vote tinggi tapi bila menyanyi hancus. She can sing very well. Jom ushar dier nyer youtube. INI LA YANG DIKATAKAN MENYANYI, OGEH. MENYANYI. Bukan buat lawak, bukan buat muka kesian. Jom kawan-kawan, undi dia jom?? Aku dah. Kalo boleh aku nak Like bertubi2 tapi boleh wat sekali jew. But I'm pretty sure, dier akan dapat jadi top 3 yang akan dibawa masuk tu. Aku check vote dier tgh naik mencacak skarang. Hopefully akan terus naik sampai ke hari terakhir pengundian, 16 Mac (sehari sebelum rancangan dimulakan). Jom jom. UNDI IDAYU :) Tq n tahniah coz korang bijak menilai.

Jangan sia-siakan kilauan permata seni yang tersembunyi dalam dirinya. Idayu.......Let's vote for her.. =)
You GO Idayu! Go! Go! Go!

Untuk mengundi, anda perlu LIKE laman Facebook MANIA di http://www.facebook.com/ManiaAstro terlebih dahulu. Pastu LIKE IDAYU di http://www.mania.com.my/HotSeats/tabid/214/mf/1/artisteId/12/Idayu.aspx 

KASIH YANG TERPISAH

Adakah engkau
Dapat merasakan apa yang kurasa
Tentang apa yang telah terjadi
Oh inikah suratan yang ku terima kini

Bukan salah diri mu
Bukan kau pinta semua kan terjadi
Kala hatiku mencinta
Semua terlukis rasa yang kecewa

Andainya kini
Dapat ku ulang semua kisah silam
Pasti ku akan menyayangimu
Selamanya hingga ke akhir dunia

Tapi apakan daya
Terpisahlah jua kita akhirnya
Pengorbananmu pada diriku
Tak pernah kuhargai

Sukarnya untuk merubah
Sukarnya untuk kumelupakan
Kenangan bersama telah tersurat
Ku layari bahteraku ini
Akan ku teguh

Ingin lagi ku bersama
Ingin lagi kupeluk
Walaupun sesaat cuma

Walau di maya kau menjelma
Untuk bermesra
Pasti tak bisa
Kembalikan dirimu

Adakah engkau
Tak akan melihat ku di sini
Bukan kurayu untuk simpati
Tapi maafkanlah

Kerna kesilapan itu
Takkan kau lupakan
Pasti kuubah segalanya

Thursday, January 19, 2012

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary Idola Saya (^,^)

By Galuh Cendra Kirana


:)))) Tq incek hasben sebab tawu n tak kisah saye minat ngan beliau ;). Hari ni saye nak berkongsi ngan korang sume perihal idola saye selepas Tok Det ;) ... berbanding Tok Det, Syed Bukhary tidaklah popular meletop masuk keluar tivi. Akan tetapi beliau adalah nama besar di sebalik ORANG MELAYU. Ya, kita mungkin xjumpa dia di TV hari2, tetapi nama beliau meniti di bibir-bibir tycoon perniagaan. Setakat ini TAK ADA yer, kaum kita yang dapat beat beliau menduduki ranking Melayu terkaya. Hatinya dimiliki ramai kerana budi dan jasa beliau dalam dunia amal kebajikan melalui yayasannya. Allah sahaja dapat balas kebaikan beliau yang telah ditabur   :)... Sebagai bangsa Melayu saya sgt2 berbangga dan berharap Tan Sri Syed bertambah sukses dan berdoa semoga jasa beliau terhadap tanahair dapat dikongsi dengan mereka yang memerlukan dengan lebih meluas lagi.

LATAR BELAKANG TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
* Umur – 61 tahun
* Pendidikan – SPM
* Mula berniaga – 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
* Kekayaan -RM1,425 juta
* Ke 7 terkaya di Malaysia
* Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary
TAN Sri Syed Mokhtar al-Bukhary adalah usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal.
Latar belakang kehidupan
Tan Sri Syed Mokhtar Shah Syed Nor Al-Bukhary dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga.
Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah.
Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu.
Pendidikan
Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal’s.
Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.
Membantu keluarga
Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama.
Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira. Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.
Mula berniaga
Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut. Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.
Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.
Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS.
Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya. Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu.
Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.
Menubuhkan syarikat
Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar.
Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.
Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras.
Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus. Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.

Perniagaan terus berkembang
Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.
Setahun selepas Bukhary Sdn. Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi.
Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.
Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn. Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di antara dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang memegang saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor.
Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.
Strategi tersendiri
Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan Canton, China. Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China. Cuma bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara besar-besaran atau pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan minyak mentah.
Perniagaan pakaian
Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan.
Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang.
Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai.
Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.
Perniagaan perkapalan
Tidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan perkapalan. Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta.
Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta – USD600,000).
Pada masa yang sama, beliau mula membabitkan diri dalam sektor pembangunan hartanah. Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.

Penglibatan dalam projek penswastaan
Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn. Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn. Bhd., iaitu syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.
Kepentingan
Beliau membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan.
Selain itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan. Manakala 18.7 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku.
Objektif penubuhan Yayasan al-Bukhary
Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban.
Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya.
Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.

Projek-projek utama Yayasan al-Bukhary
Antara projek terbesar yang sedang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah yang siap pada akhir tahun 2004. Kompleks itu kelak memainkan peranan sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.
Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta. Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12 buah masjid di serata negara.
Sumbangan dalam bidang pendidikan
Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.
Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan.Yayasan Al Bukhary
Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.


Sedar tak sedar, daripada seorang individu yang tak pernah menjejak kaki ke menara gading dan bermula daripada bawah, kini telah menimbulkan satu fenomena “Syed Mokhtar al-Bukhary” yang boleh dikatakan cukup sebati kepada segenap lapisan masyarakat Malaysia kerana beliau sekarang berjaya “mengawal” syarikat dan projek-projek besar. Antaranya :
  1. MMC (CONSTRUCTION)
  2. DRB-HICOM (AUTOMOTIVE)
  3. BERNAS (BERAS)
  4. TRADEWINDS (HOTEL DAN PERLADANGAN)
  5. PADINI (GARMENT)
  6. ROTI GARDENIA (ROTI)
  7. GULA PADANG TERAP & CENTRAL SUGAR REFINERY PLANT - CSR (GULA)
  8. PORT TANJUNG PELEPAS (PORT)
  9. LAPANGAN TERBANG SENAI (AIRPORT)
  10. HIGHWAY SENAI-JB (FREE TOLL HIGHWAY)
  11. HIGHWAY KULIM-BALING (FREE TOLL HIGHWAY)
  12. MALAKOFF (IPP)
  13. ALAM FLORA
  14. PUSPAKOM
  15. HICOM-HONDA
  16. MODENAS
Tan Sri Syed adalah usahawan Bumiputera yang terkaya di Malaysia dengan kekayaan yang bernilai AS$1.7 billion.

(Sumber : Petikan Artikel di Web I Luv Islam / di Wikipedia)
Semoga artikel ini memberi kita semua dorongan dan motivasi ke arah kejayaan.
1. Jaga Amalan Wajib
2. Banyak bersedekah
3. Tiada jalan mudah untuk kaya dan berjaya.
4. Membina kejayaan di dunia dan di akhirat...

Wednesday, January 18, 2012

Boleh tak korang jangan dengki dengan Melayu?

By Galuh Cendra Kirana


YA, sebilangan bangsa bukan melayu telah cuba memboikot (produk2 di mana ORANG KITA adalah orang yang berdiri di sebalik kebanyakan barangan harian kita antaranya tepung, gula, beras serta produk makanan kegemaran ramai G**dn*a –orang bumiputera termasuklah orang asli adalah berkenaan. Orang selain dari tu tak payah paham lah. Saya pun xmau hangpa paham pun. Dah memang dasar hangpa bukannya paham bahasa pun). Tetapi saya tidak akan berkompromi dalam hal ini. Saya akan terus membelinya kerana itulah makanan kegemaran saya sejak kecil. Saya membesar dengannya. Sebagai orang Melayu, saya akan terus memberikan sokongan kepada produk2 baik sebegini, yang patut kekal di pasaran, berbanding entah apa2 produk bukan dari bangsa saya yang saya difahamkan jenamanya M*ss**o dan status halalnya saya seniri pun betul2 tak yakin. Bukan kerana pemilik dan peneraju G**dn*a Umat seagama dengan saya dan juga sebangsa dengan saya. Tapi itulah hakikat yang u olls sebagai pendengki harus akur. Orang kami gah dan berjaya, itu pemberian Tuhan. Hangpa xdak hak untuk menghalang kejayaan orang kami).

Saya geram sgt sbb selama ni boikot-memboikot produk barangan buatan Malaysia belum pernah berlaku. Bukan budaya kita pun. Sama2 senegara, sama2lah support. Sekali datang satu bangsa nih nak main2 boikot produk G**dn*a untuk mengangkat jenama buatan bangsa depa. Apa masalah jenama ni dengan hangpa? Selama di pasaran berpuluh-puluh tahun takde pon nenek moyang hangpa mati keracunan ataupun cacat fizikal. Sihat gemok lagi adalah. Lemak-lemak mengada dan bongkak pun bercambah bukan main. Pi la balik tempat asal hangpa tu buat tongkang. Dok terhegeh2 apa lagi kat sini? Tak kenang budi pulak tu. Apapun, yang mana yang lebih establish dan berkualiti dari segi kesedapan dan kepopularan we all sniri can tell kan. Tak payah nak dengki mendengki pun. Kalau dapat buktikan hangpa punya lagi sedap takpalah jugak. Ini rasa cam nak bagi orang sakit makan ja… taklah sedap pun…. Ok, ini bukan sesi nak boikot jenama korang yer. Kami bukannye kejam mcm korang. Sewenang-wenang letak gambar produk kedua2nya dalam blog korang dan letak tanda tulisan BOIKOT pada produk G**dn*a. Korang tu sejak dlu dari segenap abad baik yang berpolitik mahupun memandu, semuanya pentingkan diri sendiri dan kurang ajar. Hah... puaih hati aku dapat luah kat ruang kecik nih. Segala yang aku tulis ni sekadar luahan peribadiku, bukan untuk diperkatakan sebagai point korang memperkotak katikkan kaum aku. Aku tahu sehingga waktu kaum kamu dinyahkan dari bumi bertuah ni, korang tak akan berhenti dengki pada kami bangsa yang hebat ini.huh. Mampoih pi la hangpa nak kata aku obsess ngan bangsa sendiri. Tapi aku xpernah sikit pun kutuk bangsa hangpa. Malah jiran ngan kawan2 aku pun banyak dari bangsa hangpa apa. Jangan dengki sudey. Babai looser~

Wednesday, January 04, 2012

NADA CINTA EPISOD 244 FINALE

By Galuh Cendra Kirana


Sinetron Nada Cinta ni tersangatlah banyak episodnya, sampai 244, mak oii!! kalau nak ditaipkan episod by episod, patah jari ni, nak ikuti cerita setiap hari pun …dah nak naik pening, macam macam cerita dan konflik, watak pun ramai, semua watak ada cerita masing2. Pastu saling berkait pulak..pening2. Baru episod 70 lebey , tapi orang duk tanya apa ending cerita Nada Cinta? Den pun bukan le sempat nak ikuti semua episod, kadang kadang termiss jugak atau tengok kejap kejap je.
Setakat ni di Malaysia baru masuk episod 70 plus+, tamat nanti episod 244, tu dia..panjang giler la weh nak tunggu tu..segala mak nenek lagi nak cerita dalam tu..ada ramai yang tak sabar sabar nak tau ending Nada Cinta ..apa jadi dalam finale Nada Cinta?
Tapi memandangkan ada peminat sinetron Nada Cinta duk tanya saya apa jadi apa jadi dalam episod akhir ni?..happy ending ke tak? Nada kahwin dengan Ricky ke tak? jadi eden pun cari la jugak sinopsis dan jalan cerita yang ada menjelang nak habis Nada Cinta ni. Di seberang dah tamat dalam bulan Ogos lalu( sebab tu si Randy Pangalila tu buleh mai shooting di Malaysia drama Biar Mimpi sampai ke Bintang tu ). Jadi ada le sikit info  pasal ending ni..

Mungkin peminat cerita ni dah tau yang Nada Cinta ni ialah kisah tentang kembar yang bernama Nada dan Cinta, pelakon Mikha Tambayong melakonkan 2 watak serentak. Cinta dikatakan telah mati tetapi sebenarnya masih lagi hidup dan berada dalam (hilang ingatan). Cemana jadi camtu , nanti tengok lah ye.

Cinta dulu dikatakan telah meninggal dunia, tetapi ditukarkan jenazah dengan mayat orang lain, jadi Cinta tidak mati. (buat2 paham jela kalau tak paham hehe).

Dalam episod 2oo lebih nanti Cinta berpasangan dengan Marvin, Cinta akan dibantu oleh Marvin untuk memulihkan semula ingatannya. Nada pulak mengalami kemalangan teruk hingga koma, dan Cinta datang menyamar sebagai Nada. Nada koma sampai 5 tahun, kemudian Ricky pulak ke London selama 5 tahun, dia kena penjara sebab dianggap sebagai terrosist. (tak sah cerite Indon kalo takda koma hilang ingatan ni huhu)
Nada Ricky bertemu kembali dan lagu serta cinta sejati mereka mempertemukan cinta mereka semula..tudiaa!!!

Vito( lakonan Aditya Firmansyah) watak yang menyukai Nada dan selalu membantu Nada bila susah, dia pun ada menyimpan perasaan kat Nada, Ricky pulak macam duk memendam perasaan je dulu, tak meluahkan kepada Nada.Vito akhirnya tau Nada dan Ricky ada perasaan cinta, dia marah apabila Nada cuba menyatukan Ricky dengan Rasty. Baik kan Vito ni.

Vito (Aditya)
Namun begitu usah le peminat Ricky semua risau, Vito ni nanti akan  berkahwin dengan Flora lakonan Irene Justin..hehe.!!

Flora
Dekat dekat menghampiri episod last ni Rasty mula berbaik -baik dengan kakaknya Nada, dan Rasty pulak jadi kekasih kepada Alex, tak jadi le dia merampas Ricky dari Nada. Comel jugak Rasty dengan Alex..kenapa le tak ambik Rasty ni jadi heroin, cute sangat.
Susan pula ada anak bernama Martin, tetapi anaknya Martin tak mau anggap Susan tu ibunya, mungkin Susan ni tak jaga dia kot. Walaupun Susan ni jahat sangat tetapi di akhir cerita dia akan berubah jadi baik atau insaf le.

Nada selalu disakiti dan dihalang oleh Nia yang jahat. Nia sampai episod last pun duk jadi jahat jugak. Erwin dan Nia akan bersama untuk menculik Rina.

Rasty ni rupanya anak Nia dan Erwin bukan anak Nia dan Faris..oh!! pening pening..apa2 pun layan je la nanti..


Episod 241 (ini je yang dapat)
Nada dan rakan-rakannya merasa gembira kerana mereka menjadi  band untuk membuat persembahan pembuka tirai di Rock Concert 2011.
Pernikahan Rasti dan Alex diraikan secara sederhana.


Episod last 244 Finale Nada Cinta
Semua berakhir dengan happy ending, pengarah menunjukkan gambar gambar semua pelakon pelakon dan rakan rakan Ricky berbahagia bersama pasangan masing2.
KORANG SUKA ENDING NADA CINTA ?? kompem suka suka kann

Ricky dan Nada pun berkahwin dan mereka ada anak kembar jugak..hahah!!

Cinta berkahwin dengan Marvin.

Marvin

Alex dan Rasty ada anak anak besar2 pun dah anak diorang hehe..lawak le, awat anak Ricky dan Nada kecik lagi..lambat dapat anak kott..:)

Vito dan flora
ni kawan2 Ricky. Aku suka tengok Bimo yg comel. maner tah dier?

Ogeh... menarik kan, Siska yang tomboy (geng Ricky ngan Nada di sekolah) lak akhirnye berjodoh ngan Bagas, budak band dorang gak. woww... cantiknye dier mase tu. :)
Jadi kesimpulannya, cerita ni berakhir dengan happy le, semua berbaik-baik.
Video low quality episod 244


Senarai pelakon dalam Nada Cinta
Mikha Tambayong  sebagai Nada atau Cinta (Kembar)
Randy Pangalila sebagai Ricky
Donny Michael sebagai Alex (kekasih Rasty)
Dewi Sandra sebagai  Rina
Luna Maya  sebagai  Susan (ibu Martin)
Primus Yustisio sebagai Erwin (kawan Rina dan Faris, suami Nia)
Dicky Wahyudi sebagai Faris  (Suami Rina)
Olla Ramlan  sebagai Nia  (ibu Rasty dan isteri Erwin)
Michella Putri  sebagai Rasty Adik tiri Nada  (kekasih  Alex dan Anak Faris dan Nia/ sebenornye anak Nia ngan Erwin)
Kieran Sidhu  sebagai Jerry
Aditya Firmansyah  sebagai Vito
Irene Justine  sebagai Flora
Ajun Prawira  sebagai Marvin
Fadly  sebagai dokter Alvin
Bayu Septi Virguna  sebagai Kak Arga
Louise Anastasia  sebagai Kak Rianti
Ricky Djauhari  sebagai Martin
Dewi Siska
ok done, penat dah mencari cari gambar dan menempekkan di sini..
Read more: http://nurizspace.com/2011/12/episod-akhir-nada-cinta-244-finale-nada-cinta.html#ixzz1iRxKgPAF

(Credits to Nuriz sebab bersusah payah tonggang terbaliknye mendapatkan info pasal Nada Cinta ni daripade Indonesia sinun. kihkihkihkih! TQ Nurizzzzzz.. suke jenjalan blog kamoo ittew.)