we're the odds beaters :-)

Daisypath Anniversary tickers

May you grow to be a good person InsyaAllah...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

The Youngest Man In The Family

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Thursday, September 11, 2008

Dek Kerana Lidah, Hilang Segala Nikmat....

By Galuh Cendra Kirana

Nak dengar satu cerita tak? Kenapa Allah menghilangkan lidah ikan? Hehehe...dulu mase mengajar rajin gak aku citer bende2 mcm nih supaye anak-anak murid aku tu tak rase lapar time bulan pose nih. Perah otak gak mcmne nak buatkan diorang duduk dediam dalam kelas, tido...kalo dibiarkan kang ader lak main kejar2..jatuh tangge, sana luka, cini luka, darah sana, darah cini, begadoh lak lagik...adoi yai.....huhuhu...rindunye ngan bebudak tuh....
Ok...ok...bebalik kat citer tadik....Kenapa Allah menghilangkan lidah ikan? Haaa,..Rasululllah SAW bersabda: " sejahat-jahat manusia pada hari kiamat nanti ialah orang yang bermuka dua. Barangsiapa bermuka dua di dunia maka di hari kiamat kelak dia akan mempunyai dua lidah dari lidah dari lidah api neraka jahannam".

Sabda Rasulullah s.a.w lagi: "tidak akan masuk syurga orang yang suka membesar-besarkan cerita". Pabila ditanya apa hikmahnya, Baginda SAW menjawab: "Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan semua makhluk itu mempunyai lidah, sama ada yang boleh berkata-kata ataupun yang tidak boleh berkata-kata. "

Salah seorang sahabat pun bertanya, "Kenapa ikan tidak mempunyai lidah?"

Sabda Rasulullah s.a.w: " Setelah Allah selesai menciptakan Adam AS maka diperintahkan sekelian malaikat agar tunduk sujud kepadanya. Semua malaikat patuh pada perintah itu kecuali iblis laknat. Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya serta mengusirnya keluar dari syurga dan dihapuskan rupanya yang elok itu lalu dihantar iblis itu ke bumi. Apabila diturunkan ke bumi, iblis terus menuju ke laut. Pertama sekali yang dijumpai oleh iblis ialah ikan.....

Iblis pun menceritakan akan keburukan serta kekurangan Adam kepada ikan, katanya, "Sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh
binatang-binatang yang ada di lautan dan juga di daratan".
Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam AS. Oleh kerana Allah membenci perbuatan ikan inilah lalu dihilangkannya lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.

Oleh itu, marilah kita "jaga" lidah kita supaya tidak hilang seperti lidah ikan. Berkatalah yang baik,
kerana kata-kata yang baik itu adalah sedekah....
Ehem...pedas ker? Em cobe korang rase rendang ayam ngan lemang, tanpa campotangan lidah...ngeh ngeh ngeh...adehhh...erkk...tingin nak makan lemang lagilah pulak untuk bebuke petang ni haiii....nyum nyum... =)

3 Beberapa budak comot komen kali ni:

Mogen Ali Rico said...

Dek kerana lidah, hilang segala nikmat...SETUJUU!!!!!!!!!!

lalalalalla ...nananannaa..nananana..oooooyaaaayaaaa..

Galuh Cendra Kirana said...

iskk...dyae nei slalu mengkompfiuskan diriku ini..aperkah...dyae..ohh...den paham dahhh..mogen adelah species ikan gak...

Mogen Ali Rico said...

Heppp....itulah riwayat kisah seekor ikan todak..