we're the odds beaters :-)

Daisypath Anniversary tickers

May you grow to be a good person InsyaAllah...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

The Youngest Man In The Family

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Friday, November 07, 2008

CINTA A.K.A LOVE

By Galuh Cendra Kirana

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya…

Pelajar: Guru, apakah erti cinta..? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya…?

Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting. Sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun…?

Pelajar menjawab: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. Sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

Gurunya menjawab: Ya, itulah cinta…
Di hari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan…?

Guru: Ada hutan yang subur didepan sana. Berjalanlah kamu. Tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. Tebanglah sepohon pokok saja. Dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

Maka gurunya pun bertanya: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini….?

Pelajar itu menjawab: Sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. Jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa ke sini. Pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. Saya tidak mahu kehilangannya...

Maka guru itu menjawab: Itulah perkahwinan…….

-SEKOYAN-

Kesimpulannyew, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya. (Dedicated to Qaseh Darwisy, Monkey D Luffy, Mogen, Hanis, Avriliza =)


Jalan-jalan di lereng bukit...cumel payung ni kan..

8 Beberapa budak comot komen kali ni:

Unknown said...

Kirana maaflah, sebenarnya bagi uncle cinta ada di mana-mana. Hanya pilihlah yang terbaik untuk diri kita. Yang terbaik untuk kita. Yang terbaik juga adalah satu perkara yang subjektif.

Kapten Luffy said...

Kisah pohon yang rendang tu boleh aku simpulkan begini dalam masyarakat kita...

Kerana takut hendak tidak berkahwin atau terlepas peluang hendak berkahwin maka ada org akan berkahwin dengan sesiapa sahaja yang memilih mereka.

Baik atau tak baik... entahlah

Wardrobe kita said...

Very nice story sis...thanks..tapi tak salahkan jika kita toleh kebelakang dan dapatkan kembali cinta yang telah kita lepaskan suatu masa dulu..?tapi bagi Ninie tak mungkin..no turning back.Wallahuahlam..

Galuh Cendra Kirana said...

Uncle Mountdweller,
Takper uncle, cinta ada di mana2 tapi saya akan ingat pesan uncle..Yang terbaik untuk saya...dalam sebahagian besar keperluan hidup yg dituntut..terima kasih uncle..

Bro Luffy,
Kerap2lah istiqarah...InsyaAllah...istilah takut memilih dah tak lagi jadi perkara pokok.. =)

Ninie,
Toleh ke belakang tak salah, tapi sekadar untuk mengutip iktibar..agar kesilapan2 lalu tak berulang..tapi tetaplah memandang ke hadapan..hidup perlu diteruskan..dgn takdir baru yg tercipta buat kita kurniaanNya. Berdoalah mudah-mudahan ia hakiki dan abadi.. =)

atok said...

cian rumput tuuuu.
hekhek.
;D

azlishukri said...

cinta tu mudah dan percayalah jika kita mengikut apa2 yag telah nabi nasihatkan, maka cinta akan memberi manfaat.

Unknown said...

Ada cinta yg meghilang dan jauh tatkala dicari,ada yg menjelma bila tak dipeduli..pelik kn..

Tp org yg letak payung yg cumel tu dh pijak rumput yg tk berdosa .hehe

alif-mikail said...

tolong jangan pijak saya nanti saya mati.. ehehhee