Haiii...indahnye kalo dapat jumpe n berkenalan dengan pasangan dalam kisah ni...cute n sweet....buat hati xsabar nak bercinta sampai menutup mata.. =). Enjoy reading...kisah ni pun ader orang forwardkan jer..haku cuma menghayatinya...kisahnye...;
Suami saya adalah serorang jurutera komputer, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.
3 bulan dalam masa perkenalan dan 3 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.
Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.
"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.
"Eton letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.
"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Eton?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
"Eton ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Eton, Eton akan mengubah fikiran Eton; Seandainya, Eton menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Eton?"
Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.
Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...
'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
"Eton boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Eton untuk memperbaiki program tersebut."
"Eton selalu lupa membawa kunci rumah ketika Eton keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Eton ketika pulang."
"Eton suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Eton kunjungi, Abang harus mencari Eton dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Eton pulang ke rumah."
"Eton selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Eton datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Eton yang sengal itu."
"Eton lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Eton akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Eton dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."
"Eton selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Eton, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."
"Tangan Abang akan memegang tangan Eton, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."
"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."
"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Eton."
"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Eton.
Abang tidak akan menahan diri Eton mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Eton."
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
"Dan sekarang, Eton telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Eton puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Eton." "Tetapi, jika Eton tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. percayalah, bahagia Abang bila Eton bahagia."
Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari cerita ini.. =)

4 Beberapa budak comot komen kali ni:
Hemm..klaka la laki Eton nih..cian dia..romantik jugak..
Mmg kita kadang x sedar apa yang baik untuk kita..masih mencari2 sedangkan yang didepan mata adalah yg terbaik unuk kita..Hargailah..
Hihihiik...kelakar kan...komedi romantik aa kire nih...ciri2 kegemaran diriku nih..hehehe...loyar buruk bucuk..hehehe..sesuai ngan diriku yg sukew gelak...adei..hehehe..
uhuk uhuk..laki si eton nie boleh tahan gak komedi seram die nih..eton pon boleh tahan gak wat lawak gajus di kala bulan mengambang.uhuk uhuk..kalo bie yang kene camner la erk..bie nak ulis ape.uhuk2
Hhehe...Aalalalala...kalo bie, tapayah tulis apaper..belikan novel untuk Sayang manyak2 jew...mesti tak boring duduk umah sengsorang.. ;) Yeayy!
Post a Comment