we're the odds beaters :-)

Daisypath Anniversary tickers

May you grow to be a good person InsyaAllah...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

The Youngest Man In The Family

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Friday, August 13, 2010

Baru kutahu daku mencintai Puding Roti juga...

By Galuh Cendra Kirana

Hahahah baru tersedar aku xletak sos sedap utk puding roti yang dilelong2kan di sana sini. sila tengok kat bawah key! :)

Puding Roti SIMPLE KIRANA

Bahan-bahan puding:
10 keping roti putih (gardenia kew... hi5 kew... kan)
4 sudu besar butter
1 kotak kismis itam

Sos kastad:
1 kotak (besar punye) susu segar dutchlady
4 biji telur
3 sudu makan gula castor

Cara nak membuatnye:
Sapu semua roti tu dengan butter (kalo nk lagi sedap jangan buang kulit dier) pastu potong 2 jadi segi tiga. Sapukan butter pada loyang tin secare rata. Susun roti dalam loyang tin, kasik yang sapu butter tu menghadap ke atas. Tapi jangan susun semua. Setengah jew dulu. Taburkan separuh kotak kismis itam ke atas roti. Kemudian susun semua baki roti diatas kismis2 itam tadi (kasik dongakkan bahagian yg disapu butter tu jugak). Lepas tu di tabur baki kismis itam tu kat atas dier jugak.

Untuk buat sos custard, susu dipanaskan atas api tapi jgn kasik mendidih. kasik nampak asap menandekan iye dah panas jew. kacau2. tutup api. Tarik napas. Pukul telur ngan gula dalam satu mangkuk lain, masukkan ke dalam susu yang masih suam tu sambil kacau rata. Tapis sos kastad dan curahkan sos tadi ke atas roti sehingga sekata. Biarkan selama 30 minit untuk kasik dier meresap n sebati. Masukkan ke dalam oven dan bakar pada suhu 180 - 200 darjah celcius selama 40-45 . Ataupun sampai masak.

Bila dah masak, lehlah sejukkan n ceduk2 buat mcm rumah sendiri. Makan tu pandang-pandang la jugak kiri kanan. Skang ni belom masuk waktu berbuka lew weyhhh! Hepp...!! buruknye pangai! Kihkihkihkihkih! Selamat mencuba tau!!! =)

part paling senang sambil goyang dangdut ialah untuk membuat Vanilla Sauce: (sorry kak zaimah. lupa nak masukkan yg part best ni. kihkhihkihkhih!!)

- setengah cawan gula pasir dan 3 sudu tepung jagung (tepung jagung dibancuh dengan air sejuk) dikacau dalam saucepan / periuk kecik.

- bila dah mendidih, letak 2, 3 titik esen vanilla, 2 sudu butter ngan secubit garam.

kacau sampai sebati.... boleh dimakan panas2 dengan puding roti ittew atau pun sejuk2 pon bolehh.. lalalala~ kengkawan semer sila cuba tau! sori terlepas pandang! hehe ;)

2 Beberapa budak comot komen kali ni:

Erin Azizan said...

weyh2..erin baru makan tadi, semalam soh mak buat..perghh sedap kot..ni dok ada lagi huahua

~ujicham~ said...

wah.. menyelerakan sungguh.. harus di cuba.