Angin teluk menyisir pantai Pergi mendaki Gunung Daik Air melurut ke tepian mandi Daun sirih ulam Cik Da Buah pelaga makan dikikir Kemumu di tengah pekan Tulis surat di dalam gelap Hendak belayar ke Teluk Betong Pakai baju warna biru Lagu bernama serampang laut Padi segemal kepuk di hulu Budak-budak berkejar-kejar Jangan pergi mandi di lombong Buah cempedak bentuknya bujur Jikalau tuan mengangkat peti Asam kandis mari dihiris Kayu bakar dibuat arang Selasih tumbuh di tepi telaga Masuk hutan pakai sepatu Bandar baru Seberang Perai Encik Dollah pergi ka Jambi Orang haji dari Jeddah Pinang muda dibelah dua Terang bulan di malam sepi Kapal kecil jangan dibelok Asal kapas menjadi benang Tengahari pergi mengail Kapal Anjiman disangka hantu Tingkap papan kayu bersegi Anak Siti anak yang manja Bintang tujuh sinar berseri Parang tajam tidak berhulu Hari malam gelap-gelita Pergi berburu sampai ke sempadan Pulau Pandan jauh ke tengah Ramai orang membeli jamu Apa guna berkain batik Berakit-rakit ke hulu Buah cempedak diluar pagar Pisang emas dibawa belayar Dalam semak ada duri Baik-baik mengirai padi Ke hulu membuat pagar Mari kita tanam halia Padi muda jangan dilurut Cuaca gelap semakin redup Orang Daik memacu kuda Dayung perahu tuju haluan Kalau kita menebang jati Pinang muda dibelah dua Pantai Mersing kuala Johor Orang tua patut disegani Ramai orang menggali perigi Tuan Haji memakai jubah Patah gading serpih tanduk Anak rusa masuk ke taman Berakit ke hulu dengan bergalah Rusa betina berbelang kaki Sorong papan tarik papan Adik ke kedai membeli halia
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati
Hendak menjerat kancil dan rusa
Bergotong-royong amalan yang baik
Elok diamalkan setiap masa
Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi
Semakin berisi semakin tunduk
Makan sekapur lalu mati
Walaupun banyak ilmu di dada
Biar merunduk resmi padi
Dibawa orang dari hulu
Sebarang kerja hendak difikir
Supaya jangan mendapat malu
Dihembus angin jatuh ke bawah
Ilmu yang tidak diamalkan
Bagai pohon tidak berbuah
Tumbuh melata si pokok tebu
Pergi pasar membeli daging
Banyak harta tak ada ilmu
Bagai rumah tidak berdinding
Ayatnya banyak yang tidak kena
Jagalah diri jangan tersilap
Jikalau silap awak yang bencana
Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu
Ditiup angin dari Selatan
Layar dikembang kemudi dipaut
Kalau tak laju binasa badan
Sirih di hilir merekap junjungan
Kepalang duduk menuntut ilmu
Pasir sebutir jadikan intan.
Rasa gembira bermain di sana
Kalau kita rajin belajar
Tentu kita akan berjaya
Emak dan kakak sedang mencuci
Jangan suka bercakap bohong
Semua kawan akan membenci
Sangat disukai oleh semua
Jika kita bersikap jujur
Hidup kita dipandang mulia
Tolong masukkan segala barang
Jikalau anak-anak bersatu hati
Kerja yang susah menjadi senang
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya
Arang dibakar memanaskan diri
Jangan mudah menyalahkan orang
Cermin muka lihat sendiri
Selasih dimakan si anak kuda
Kasih ibu membaa ke syurga
Kasih saudara masa berada
Takut kena gigitan pacat
Kalau kita selalu bersatu
Apa kerja mudah dibuat
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan tulang berkecai
Budi yang baik dikenang juga
Pergi pagi kembali petang
Kalau Tuhan hendak membagi
Pintu berkancing rezeki datang
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak
Anak burung mati diranggah
Dari muda sampai ke tua
Ajaran baik jangan diubah
Cahya memancar kepangkal kelapa
Hidup di dunia buatlah bakti
Kepada ibu dan juga bapa
Kalau dibelok patah tiangnya
Budak kecil jangan di peluk
Kalau dipeluk patah tulangnya
Dari benang dibuat kain
Barang yang lepas jangan dikenang
Sudah menjadi hak orang lain
Dapat seekor ikan tenggiri
Jangan amalkan sikap bakhil
Akan merosak diri sendiri
Nampak dari Kuala Acheh
Rosak iman kerana nafsu
Rosak hati kerana kasih
Sampan sakat di Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi darjat kerana bahasa
Suka berjalan di atas titi
Orang yang malas hendak bekerja
Pasti menyesal satu hari nanti
Bulan purnama datang menerpa
Ajaran guru hendak ditaati
Mana yang dapat jangan dilupa
Buat menetak si pokok Ru
Bila belajar tekun selalu
Jangan ingkar nasihat guru
Pasang lilin jalan ke taman
Sopan santun budaya kita
Jadi kebanggaan zaman berzaman
Dapat Kancil badan berjalur
Biar carik baju di badan
Asalkan hati bersih dan jujur
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik di kenang juga
Di bawah pokok cuaca redup
Bersungguh-sungguh mencari ilmu
Ilmu dicari penyuluh hidup
Kalau tidak dengan sucinya?
Apa guna beristeri cantik
Kalau tidak dengan budinya
Berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu
Bersenang-senang kemudian
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati
Ayam kuning buat sarang
Orang tamak selalu rugi
Macam anjing dengan bayang
Takut mercik ke muka orang
Biar pandai menjaga diri
Takut nanti diejek orang
Jangan terpotong batang durian
Cari guru tempat belajar
Supaya jangan sesal kemudian
Ambil sedikit buat juadah
Usia muda jangan disia
Nanti tua sesal tak sudah
Kalau dilurut pecah batang
Hati muda jangan diturut
Kalau diturut salah datang
Masakan boleh kembali terang
Budi bahasa amalan hidup
Barulah kekal dihormati orang
Kuda dipacu deras sekali
Buat baik berpada-pada
Buat jahat jangan sekali
Membawa rokok bersama rempah
Kalau ilmu tidak diamalkan
Ibarat pokok tidak berbuah
Biar serpih tumbangnya jangan
Kalau kita mencari ganti
Biar lebih kurang jangan
Anak burung mati diranggah
Dari muda sampai ke tua
Ajaran baik jangan diubah
Pantainya bersih sangat mashyur
Pohonkan doa kita bersyukur
Negara kita aman dan makmur
Boleh mendapat ajarnasihat
Ular yang bisa tidak begini
Bisa lagi lidah yang jahat
Ambil buluh lalu diikat
Ilmu dicari tak akan rugi
Buat bekalan dunia akhirat
Singgah sembahyang di tepi lorong
Kalau sudah kehendak Allah
Rezeki segenggam jadi sekarung
Mari diletak di atas papan
Jika tahu ganja itu mabuk
Buat apakah ia dimakan
Puas sudah orang memburu
Kalau muda jadikan teman
Kalau tua jadikan guru
Buluh pecah terbelahdua
Orang tua jangan dilangkah
Kelak biadap dituduhnya pula
Mati terkena jerat sembat
Orang yang muda kita sanjungi
Orang yang tua kita hormat
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan awak makan
Suruh mengaji awak tak mahu
Emak memesan membeli laksa
Jadilah insan berhati mulia
Baik hati berbudi bahasa
(p/s : khas untuk kawan-kawan dan diriku sendiri... pantun-pantun ini dihimpunkan... =)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)










5 Beberapa budak comot komen kali ni:
lompat lompat si katak lompat..
lompat lompatlah tinggi tinggi..
kenape katak suke melompat..
jawab betul org belanje MCD
pandainye tunang saye melompatkan pantunnye... hihihi. skarang dijemput cik rosemarry sana burung sini burung pula untuk menjual pantun.
Galuh,
Wah.. hari berpantun2 ek..
Akak jawab pantun tunang Galuh (En Mogen tu ek)..
Lompat si katak lompat,
Lompat melompat sampai sawan,
Kenapa si katak suka melompat,
Sebab nak gapai si puteri di awan.
hehe..
waaaaaaahhhh...puteri kat awan..mesti puteri kt genting highland nie..sila amek kupon free MCD kat cik galuh yer..hihihi
Mogen & Galuh,
Mulehh sangat.. maceh2..
Post a Comment