we're the odds beaters :-)

Daisypath Anniversary tickers

May you grow to be a good person InsyaAllah...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

The Youngest Man In The Family

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Saturday, August 07, 2010

Marah dan Sayang...

By Galuh Cendra Kirana

Hepp alls...


Pernah dengar tak, "kalau kita sayangkan seseorang, tinggalkan sedikit kebencian buatnya. Kalau kita bencikan seseorang, tinggalkan sedikit sayang buatnya."

Benar kata-kata tu. Sebab dari segi realitinya kita semua adalah makhluk Allah yang tidak boleh menyamai mana2 jin. Jin sifatnya melebih-lebih. Kalau besar, besar sangat. Kalau kecil, kecil sangat. Kalau panjang, panjang sangat. Kalau boleh semuanya nak lebih lah. sampai ada ketikanya kantoi yg mereka ini nampak pelik dan ganjil berbanding makhluk2 lain ciptaanNya. Ada ketikanya digeruni kerana sifat berlebih-lebih ini.

Sebagai manusia, kita sering memuliakan sifat bersederhana agar kita seiring di sisi insan-insan lain. Sayang yang terlebih membuatkan kita hilang punca dan pertimbangan. Tak dapat membandingkan yang mana baik dan yang mana buruk untuk jadi pegangan. Kesemuanya indah dan baik lantas rasa berjaga-jaga terabaikan. Semuanya wangi dan cantik sedangkan belum pernah dalam kehidupan insan, setiap kebahagiaan itu berterusan. Perlulah waspada juga sekiranya satu hari nanti dugaan menimpa. Untuk itu, janganlah memulakan kebencian berlebih-lebih kerana padahnya suatu hari nanti tempat di hati yang luka dan bernanah itu tidak dapat diganti dan sukar untuk dibahagiakan lagi. Usia semakin singkat, hidup semakin mencabar dan mengubati hati bukanlah hanya sesaat. Jadi jangan mulakan kesakitan itu. Kau akan puas hari ini.. tetapi suatu hari nanti kau tidak akan berpeluang mengasihi dan dikasihi lagi.

Benci sesama manusia yang terlebih akan membuatkan kita kejam dan tidak bertimbang rasa. Adakalanya kita sampai hati melukakan orang lain demi memuaskan hati sendiri sedangkan kita tidak sedar yang sesungguhnya adakah ia memuaskan? Adakah ia menenangkan dan menyelesaikan semua kemarahan? Justeru memaafkanlah jalan yang terbaik. Pada hati yang terluka, jangan sesekali menoleh pada kisah lama. Pada hati yang tersakiti, janganlah berpaling dari kesyukuran yang ada pada hari ini.. Pada hati yang sudah rosak binasa, usahlah menumpang kebencian orang lain dan menyapa permusuhan.

Hidup ini umpama tali bersambung-sambung. Bila kehidupan indah, penuh kegembiraan dan keceriaan, akan tiba khabar yang bersampai-sampai dari tangan ke tangan. Seeloknya pabila sampai ke tangan kita, putuskan, ronyokkan dan matikan ia. Usah gatal tangan menyampai lagi kepada tangan yang lain. Natijahnya yang sedikit akan berganda. Yang kecil akan bermara. Yang padam akan menyala.

Buat teman-teman yang kukasihi, Galuh Cendra Kirana ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK. Semoga kedatangan bulan yang mulia ini dapatlah kita lebih menyayangi diri serta keluarga serta semakin bersyukur atas apa yang kita miliki pada hari ini...

=with love, Galuh Cendra Kirana @ Halimaton Zaharah Ali=

3 Beberapa budak comot komen kali ni:

Anonymous said...

Galuh,
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak.. Semoga kita semua diberkati.. Maaf, kalau ada tersalah kata dan terkasar bahasa...

my-niezzareena said...

i follow u. jom follow kak ena plak. tukar link okeh... silalah layan niezzareena memory. daa....

Galuh Cendra Kirana said...

kak miaw,
Selamat Berpuasa yer... maaf jugak maner2 bahase tamil terkuar sepanjang kita semua berblogging. hehehhee.. muuaahhhh!!! jom gi tarawikh sesamer! yayayalatuuuuuu galuhhhh.. hihihhi

kak ena,
Amma!!!! I folooooooo!!! tq kak ena!!!