we're the odds beaters :-)

Daisypath Anniversary tickers

May you grow to be a good person InsyaAllah...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

The Youngest Man In The Family

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Wednesday, December 22, 2010

Jaybee - dunia asing yang bakal kudiami...

By Galuh Cendra Kirana

Isnin, 20 Dec 2010

5.00 pagi - dijemput teksi Mr. Subra dari Kulim, naik flight dari Penang Airport pukul 6.55 ke JB. Berat hati nak tinggalkan rumah mama yg masih berbau bunga rampai dan kanopi hitam + cream yang masih kukuh berdiri di luar pagar. Apakan daya, masa berjalan dan cuti harus diisi dengan urusan perpindahan rumah ke Johor.

5.45 pagi - tiba di ruang legar airport, check-in dan mencari kedai makan. aku cuma makan karipap dan kuih seri muka. sedap. tapi perut tgh kembang kuncup, seluruh kepala sudah penat berfikir, mungkin sudah sampai ke perut agaknya. ahh biarlah. dekat sikit kot untuk membuang ape yg xperlu. ;p

6.15 pagi - sudah dengan melapik perut, bergegas untuk beratur. mak aii lamenyer menunggu. hampir 6.55 baru pintu dibuka dan tiket diperiksa. sudahlah Mr. Somi tersalah pintu. gi buka pintu luggage. kihkhihkih. muka masing2 mamai apabile petugas memberitahu "eh eh incek. ini pintu barang". owh.. owkeyh. dah masuk perut kapal... tido2 ubi, sambung maner2 part mimpi yg terbantut bangun awal tadi.

7.55 pagi - tiba di Lapangan Terbang Senai. menuju ke toilet, lalu ke pintu keluar untuk mencari teksi airport. hurm... dari Epot Senai ke JB = RM44.00. ingat yer kengkawan. hihi. teksi menuju ke Perling, rumah kakak iparku Kak Lin dan ketibaan kami disambut oleh bibik, anak2 buah; aiman, akmal dan Lil' Princess Aina... setelah mendapatkan kunci rumah kami di Bandar Damansara Alif, dan map sekali, dapatkan kunci kereta suamiku yg berada di parking rumah kakaknye ini, kami terus bersalaman dengan penghuni rumah dan menuju ke mahligai kami...

9.00 pagi - sesampainya kami di rumah baru, kesemuanya tersedia. tingkat tinggi mmg tak memerlukan aircond, tapi nampaknye aircond hanya aircond jerlah sbb nampaknye kami xkan memerlukannye sangat. angin cukup kuat menerpa dari luar jendela. nak tergigil aku. hehe. bukak peti sejuk, tengok ape yg boleh diisi.. setiap bilik dah tersedia sebuah katil dan almari setiap satu. mesin basuh, microwave... Alhamdulillah, suamiku cukup prihatin akan isterinya sebelum kembali ke Bahrain untuk bertugas semula. owckayh, misi hari ni iyelah senaraikan segala mak nenek barang yg sebuah rumah kelamin perlukan. huishh... banyak benda boleh diisi ke dalam peti mungkin? ngeh ngeh ngeh... atau mungkin bilik air? jeng jeng jeng...

11.30 pagi - kami menghala ke sekitar Bandar Baru Uda. cari-cari makanan favouriteku iaittew, roti canai. hehe. mmg mantop lah roti canai kat sini. dah boleh start kasik credit nih. 2 keping setengah aku bantai. Mr. Somi makan roti telur ajer. lalalala... ok ok dah cepat2 makan sayang.. nak pegi shopping pulak ni tau.

12.45 tghari - pencarian bermula di Jusco Tebrau. beli towel. yelah, sejak sampai ke JB, kali terakhir kami mandi iyelah sebelum bertolak ke sini ogeh. pening nyah. pastu ke Carrefour untuk beli makanan kering dan dalam botol dan tin utk simpan dalam gobok (wah dah mula cakap Johor seyh). cari2 cadar baru dan beli pekakas dapur dan kelengkapan bilik air. ding dong ding dong...

5.30 petang - ke Kipmart untuk beli lesung batu, senduk dan bla bla. sambil-sambil tu berhenti untuk makan petang pulak. yelah, mase tghari tadi dah bantai sarapan. so timbulkanlah istilah makan petang di sini bagi kami yg teraniaya ni yer. harap maklong. Kipmart ni kengkawan (yg bkn org JB lah) ade macam2. ghupe dier macam Pekan Rabu, tapi sebenornye kat JB ni pun ade Pekan Rabu dan konsepnya sama mcm yg Che Det Mall punye (nama baru bagi Pekan Rabu Alor Setar). Ok teruskan pencarian kat situ dengan baldi dan bakul baju untuk diletak kat bahagian laundry rumah...

8.00 malam - singgah kat Bestmart untuk Incik Somi melampiaskan nafsunye terhadap TV Plasma yg sering diimpi2kannye. haiyya. dapat jugak dier sebijik untuk tengok bola dan muvi perang-perang. huhuhuk. alasannye ala... bolehlah Yunk. nanti kan mama nak tengok astro, nampak jelas sikit citer2 lawak kat situ. hmmm... bagus alasan dier. comel jer. hehehehe. approved.

9.30 malam - singgah rumah Kak Lin semula untuk jenguk2 si kecil Aina. berborak pasal kenduri dan progress majlis di Kluang nanti. tiba-tiba kedai TV call nak antar barang pulak. haish... minum kelam kabut, kami terus bergegas balik ke rumah semula. nanti kang org TV tu tertunggu-tunggu ngan lori sorang2 sambil guard dok jeling-jeling. tapi mmg tip top pengawasan kat rumahku ittew. mmg ketat. syukurlah. lagipun ramai orang Gomen tinggal kat situ. jadi aku sbg org Gomen ni pun feel like home lah bak kater org kedah. hihihih

10.15 malam - selesai mengangkut barang2 shopping dan memasang TV, serta mengemas brg2 ke tempat yg sepatutnye, mandi dan membasuh baju, kami ke sebelah balai bomba JB... incik Somi nak menunjukkan skill2 hebat memakan 'Kacang Pool'. nak tawu ape tu kacang pool? ahah... mmg terangkat abes rasanye. ade kacang rebus yg aku syakki itulah kacang pool yg diperkatakan (entah betul entah tidak dugaan ku ituh), ade daging cincang, ade bawang cincang, ade cili padi hijau, telur mata dan limau nipis utk diperah. dicecah pulak dengan roti benggali yg dibakar dan siap disapu marjerin. nyum nyum. rasenye pedas-pedas masam.... dagingnye banyak. eh eh... nak lagilah next time!

inilah dier si kacang pol... tatawu kenape namanye begitu. namum yg pasti.... raseee duluuu! mmg poolllllllllllllllllllllllllll lahhh! nanti korang datang JB, den bawak yer pegi makan kat sini. satu set hanye RM4.00 ajer. tapi sepinggan dah cukup kenyang tau ;)

12.10 pagi - Tido dan bersedia utk besok paginye nak melaksanakan misi yg lain pulak.


Selasa, 21 Dec 2010

6.00 pagi - bangun tido dan bersyukur kepada Allah, bersihkan diri dan prepare ape yg patut.. tinggalkan laptop kat JB jer lah yer. Incik Somi suruh buat demikian. saye yg menurut perintah. apetah lagi brokben aku lak ayik buat hal, dah dekat 2 minggu dah kot. mencik dah jadinye nak online. aku dan incik somi dah bersedia di lobby pukul 7 pagi menunggu Kak Lin kakak iparku datang menjemput kami. kereta kami tinggalkan di ruang parkir rumah. sampai di hentian Larkin, dapatkan tiket dan breakfast dulu.

8.00 pagi - bertolak dari Larkin ke Kluang.

9.40 pagi - suke bebenor dijemput abah mentuaku yg banyak bercerita. rindu arwah abah. juga beliau xkurang rancak berborak pasal ilmiah dan pedoman. dah ada pengganti nih. aku akan menurut nasihat untuk menjadi menantu yg baik kepada ketiga-tiga org tuaku dan suami. =)

11.00 pagi - fitting di kedai Abg Zul. selesa lagi baju ni dibandingkan baju sanding di Kulim. warna biji kundang. atau warna ungu terung. tggu lah nanti aku update lepas kenduri nanti. :) kawan2 pasti tak sabar punye nak meninjau majlis sambut menantu nanti kan. hehe. sabor yer. korang neihh..

12.00 tghari - jalan2 dengan incik somi ke Kluang Mall. hehe. terase cam kat Kulim Landmark lak. lalala. ogeh. balik rumah dan update para mentua ttg persiapan yg dah dibuat oleh kedai andam. lepas tu baru sedar ghupenye mak mentuanku dah siap masak makan tghari. aduss... segan gilew xsempat nak membantu. tapi besar hatiku dapat merasa masakan mak mentuaku yg xder tolok bandingnye. karinye wow. mmg power ogeh.. segan punye segan, tambah gak 2 kali. uhuhuuhu. maaf kengkawan.. tak dapat kawal. nasihat korang supaye aku kaver2 mmg aku luper terusss.

3.30 petang - dihantar incik somi ke stesen bas kluang. aku kembali sebentar ke KL untuk melunaskan tugas-tugas terbengkalai di pejabat keesokan harinya sebelum bercuti utk majlis sambut menantu dan berbulan madu.

Aku turut mengucapkan selamat tinggal wilayah persekutuan... aku akan meninggalkan semua yg aku kasihi di sini dan berlepas ke Johor Bahru, sebuah dunia baru yg asing yang bakal kudiami. Kutinggalkan kenangan berharga buat kalian. baik buruk aku sbg teman, kalianlah yg banyak membantu aku erti hidup dan kalianlah yg sentiasa menegur dan membentuk. Sehingga ke hari ini aku masih tertanya-tanya, kenapa agaknye wilayah ini yg Dia pilih untuk aku dicampak.. faktornya aku seorang anak yg patuh. ya, aku anak patuh yg menurut kata arwah abah. nasihat mama.. banyak perkara aku perlu timbang dan pelajari maka aku harus keluar berjauhan dari keluarga, membina empayar hidup sendirian. lihatlah hari ini, Ya Allah, syukur daku tak terhingga kehidupanku bahagia sampai jauh dari jangkauan. tak perlu kemewahan dan kesenangan. Aku selesa ditemukan dengan teman2 serumah yg sejak mula menjagaku dan mengasihiku umpama saudara kandung. Kak Sha, Kak Tirah, Kak Na, Kak Ti, Lita, Fatin, Has, Manny, Ajie, Niza... semuanya dalam ingatanku. walaupun korang bersilih ganti keluar masuk dari rumah itu, ingatanku pada korang tetap segar sampai bila-bila... koranglah saudara perempuan rapat yg aku ada. akanku jadikan kayu ukur untuk mencari teman sebaik dan setulus kalian. Persoalannya adakah lagi? hmm.. siapa la nak temankan aku tengok wayang dan makan-makan sambil gelak di wilayah asing itu nanti ya?

Di pejabat, aku dan teman-teman sepejabat amat mesra dan ceria. Aku ambil jalan neutral dan bergaul seramai yg aku suka, bergurau seadanya agar hidup kami meriah dan ceria... 5 tahun ya. dan 5 tahun itu akan kusemat dalam hati dalam-dalam dan pampang semula bila menghampiri detik bersara nanti :)... korang teman-teman sekerja paling kusayang... kita mmg benar2 bergabung tenaga dan berganding tangan sepanjang melaksanakan tugas yg diamanahkan. tak lupa juga detik2 indah menjayakan program2 seni serta majlis-majlis rasmi.

Adik-beradikku, Jojoe dan Ikin, Kak Ita dan Kak Ina... korang mmg siblings yg happening. kalau projek best2 mesti korang xlupa masukkan aku sekali terjebak. tengok wayang, makan malam, karaoke, mandi sungai, makan kenduri, pesta-pesta.... sebenarnye kehidupan di KLku hidup dengan adanya mereka ini. aku takkan keluar berhuha-huha dengan sembarangan org kecuali mereka. biarla org kata aku duk celah ketiak adik beradik, janji kami bahagia. kan guys! Love u... :) Ya Allah peliharalah mereka juga..

Adikku Zarith Sofia, Adikku Hadzizi Noor, korang mmg paling tatak sayang. tatak takkan lupa sokongan korang dan korang sememangnya tiada tolok banding dari segi persahabatan dan persaudaraan. Kekalkan semua itu dengan semua org yer adet2. semua org senang dengan kamu kerana kamu berdua ada pendirian dan dunia indah tersendiri. pedulikan pandangan org kerana pandangan org tidak semestinya betul. Lakukan apa saja asalkan ikhlas kerana Allah. Tatak doakan kamu sekeluarga sentiasa diselubungi bahagia. Kekal ke tangga syurga yer... Ya Allah peliharalah adik2ku dan kurniakanlah mereka dengan cahaya kegembiraan dan murahkanlah rezeki mereka semua.

Adik Sue, Adet Nadi... kalian sweet dan menyenangkan. tolong tengok2kan sesama sendiri ya sepanjang tatak tiada. janji ya, jenguk tatak di sini... Semoga kalian happy selalu dan jagalah hubungan akrab ini selama-lamanya. tatak pasti rindu dengan usikan kalian dan gelak tawa bersama... you guys know where to find tatak, owait? muuah.. take care tau.

Huh? dah lewat nih. nak gi antar barang2 personal dari opis ke rumah kak gee. nak masukkan sekali brg ni dalam kontena barang pindah ke Johor. Eheh... japgi kak sha akan hantar separuh dari opis.. ni tgh tggu kak sha abes keje. okey lah yew. daaaa.. bersambung esokk... detik2 terakhirku di office HQ... ='(

5 Beberapa budak comot komen kali ni:

ZZnoor said...

adet sayang tatak sampai bila2...benar kata2 indah, "pertemuan itu bersyarat, perpisahan itu mutlak...". syaratnya kena ikhlas, setia, hormat menghormati dan saling sayang menyayangi.. mutlaknya qada' & qadar Allah SWT, berpisah bukan kerna dipaksa dan dlm keadaan yang tidak baik, tapi semata2 utk melangkah sesuatu yang terbaik dalam hidup...terima kasih untuk segalanya...wahai tatakku Galuh Cendra Kirana...

Galuh Cendra Kirana said...

Adetku Gg, ya, ya ya. Tatak terdetik kata2 "pertemuan itu bersyarat, perpisahan itu mutlak..."... kita dah bersaudara dah semuanya. itu yg tatak akan ingat dan pegang selalu. terima kasih jugak utk adetku Hadzizi Noor Shahidan... Makan Mee Kolok, ingat2 org sebelah. Tahun depan jumpa lagi dalam pertandingan yer. Minta2lah ada yg mengundang tatak join yer. ewe wew tak maloo tatak neih.

suwara entertainment said...

Tatak, adek sgt2 cedey...terasa tamo lepaskan pelukan tadi..walaupun perkenalan kita baru setahun lbh, tapi adek rase kita dah kenal lama..we take care of each other..tatak tak jemu2 membuatkan kami senyum dan ketawa..tatak, we'll be missing u..(nanes...nanes..sob sob...huhuhuhu)

MrS JaJa said...

tatak, umah tatak kat jb kat damansara alif yer..dekat giler ngan umah family jaja..ibu ayah dok apartment titiwangsa, bandar baru uda....org balik JB, insyaAllah jaja roger2 tatak yer..haaaa, pas nie selalu lah muka tatak kat angsana..hihihi..

Galuh Cendra Kirana said...

adek Sue : ingat ini yer,... lama atau baru apa yg penting keikhlasan dalam pergaulan kita... "Selalu berkasih sayang, sepanjang hayat akan dikenang".... :))

adek jaja : laaa yeker???? syoknye ader org yg tatak kenal akhirnye! nanti awak balik JB jgn luper contact tatak yer. tatak tadek kawan... sobb sob..