we're the odds beaters :-)

Daisypath Anniversary tickers

May you grow to be a good person InsyaAllah...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

The Youngest Man In The Family

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Friday, March 11, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

By Galuh Cendra Kirana


Hola. Aku dah siap mengkaji filem terkini Malaysia, Hikayat Merong Mahawangsa. Semalam gi nenot muvi ni bersama-sama somiku yg pulang bercuti ke tanah air, di City Square JB. Jenuh jugak laa pujuk dier tengok filem Melayu yang selalunye dier xberape gemor. Baginye dier prefer donlot jer n tengok di rumah sambil makan nasik. huhu. But semalam, aku berterima kasih sangat kat Abg Long, Abg Ngah n Diddy sebab berjaya kasik pukulan hebat dalam filem ni. Memang filem ini suatu ketika dulu pernah buat aku tertanya2 mcmana tertubuhnya negeri Langkasuka, tapi Hikayat Merong Mahawangsa terlebih dahulu memenuhi tuntutan otakku yang kepoh ini. Aku memang xberape minat sejarah, tai bila diadaptasikan dalam filem2 mcm ni memang lah aku orang yg paling berkobar2 nak tengok dulu. agaknye cikgu2 skarang kene gunakan pendekatan pembelajaran menggunakan visual. So that bebudak yg suke tido time subjek Sejarah cam aku ni dapat celik matanye xkelip2 sampai lah abis kelas. keles tak idea aku? lalalalala..

Ogeh berbalik kepada filem Hikayat Merong Mahawangsa... aku tawu dulu aku citer pasal citer Siam, so korang xdelah kisah sgt kalo aku terperinci sikit pasal keseluruhan kisahnye. Bukan aper, aku just nak korang amik tawu sikit hal nenek moyang, alangkan orang luar leh buat buat citer nenek moyang kita sebagus itu, inikan pulak anak bangsa kita sendiri yg buat kan, tentulah kita bangga sampai ke 70 lebih negara seluruh dunia tonton kisah ni. ha, tak bangga lagi kita? hahahaha! aku dah jadi mak nenek kan? huhi... kalo bukan macam mak nenek, bukan Galuh Cendra Kirana namanya... nama pun dah purba. jenis bersawang gitewww... samelah ngan blognye! miaheheheheheheh.

Komen aku pasal HMM ni... kisahnye best. menarik diselang selikan dengan lawak sinis ala2 Pirates of The Carribean. Aku xpernah suke citer lawan2. citer ni paling aku suke iyelah part lawan n tikam. boleh tak? And and and aku sebagai pencinta pantun sangat2 suke pantun gurindam yang sering mak si Merong ni ungkap,

Sampai masa tibanya waktu, 
Redup hati kamu berdua; 
Bila dua jasad bersatu, 
Hidup mati jadi bersama...

Sebenornye sape jer tengok filem ni mula2 akan sangka ni filem typical kisah cinta hero ngan heroin, memandangkan pantun petunjuk ni ala2 mcm orang bercinta... tapi unsur tu tidak berlaku terlalu kuat terhadap watak utama. Cinta bukanlah topik penting dalam filem ni, tapi keikhlasan dan kemuliaan hati seorang gelandangan bernama Merong yang mudah berkawan dengan sesiapa dan berjasa kepada kawan-kawannya dan orang-orang kampung di mana dia dilahirkan, akhirnya dia diangkat menjadi Raja kepada pulau kelahirannya yang selama ini tidak bernama yg terletak di utara semenanjung (Kedah), yang kemudiannya diberikan nama Langkasuka. Waktu kecil, aku sering dikisahkan dengan orang-orang tua Langkasuka kene serang dengan burung paling jahat namanye Garuda. dier bersembunyi kat belakang Gunung Jerai yg dulunye nama asalnye Pulang Langkasuka. Tapi sebagai budak2, yang ade dalam benak aku cume rase gerun yg xbersebab sbb aku xfaham kenapa seekor burung (binatang) leh ada perasaan jahat dan dengki dengan orang2 kampung. ade gergasi (ala2 jack n the beanstalk) ke pakai costume ker aper menyamar jadi burung? 

Takfaham... tak faham... akhirnya skop berfikir aku mase kecik2 dulu lebih terbuka dengan penjelasan tersendiri KRU yg menghasilkan kisah ini di mana GARUDA yang dimaksudkan adalah sekumpulan lanun jahat yang sentiasa menghuru-harakan perairan pulau itu yg terkenal dengan pedagang dari seluruh dunia. Kaya raya, ternama dan terkemuka menjadi sasarannya. Tidak cukup dengan itu, seumur hidup perkampungan itu disiksa dan diperas oleh GARUDA yang berkuasa kerana kesaktian ketuanya yang jahat dan kejam. Ribuan ahli kumpulan itu akhirnya ditumpaskan oleh Merong yang pada awalnya membawa misi menjaga Putera Rom yang akan melangsungkan perkahwinan dengan Puteri Raja dari Dinasti Han, di pulau itu.. Putera itu hilang dan dipercayai mati, manakala Puteri Maharaja China dilarikan GARUDA kerana inginkan wang tebusan dari kedua-dua negara asing itu. Maka di sini lah bermulanya cabaran getir buat Merong dan niat sucinya disambut baik oleh penduduk tempatan pulau yang juga berdendam dengan GARUDA. Di sini jugalah dia ditabalkan menjadi Raja kepada Langkasuka atas ketangkasan dan kepimpinannya untuk menuntut bela atas kematian ibunya dan keturunannya kepada GARUDA yang durjana. wow.. em cuma endingnye... di akhir filem ni, kita akan faham motif sebenar pantun tu... korang akan berperasaan campur baur sikit... tapi korang akan faham everything. percayalah. KRU dah buat 2 jam masa korang di pawagam berrrrbaloi2. menariknye cara aku pusing citer ek. nyamnyam. dahlah. gi lah tengok. Aku dah xleh citer banyak2 nanti korang tawu semua. Hohoho. Tengok tau! Besttttt sangatttttttttttt!!!! Erm,, KRU, boleh tak HMM ni dibuat game ala2 Street Fighter? Nak nak nak! Best giler tengok cara dorang lawan! Nak tengok laaaggiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.... Kudos to great effort n great production altogether. U make us proud big time!


Hikayat Merong Mahawangsa Ori


Hikayat Merong Mahawangsa Rumi - Dewan Bahasa Dan Pustaka

4 Beberapa budak comot komen kali ni:

Anonymous said...

Puan Galuh,
Gua memang nak gi tengok.. tp kena tunggu gaji dulu.. huhuu

Galuh Cendra Kirana said...

Yong,
huhuhu. lu jangan wat ayat sedih sgt Yong... yelah, yelah. sehari sempan 5 posen insyaAllah kesampaian la 2 mggu lagi Yong uik.

ZSqueenbee said...

tatak,adek dh nengok cte ni smlm...besh besh..windu tatak laa...

Galuh Cendra Kirana said...

Ini dia ADETku!!!!!!!!!!!!!!!
Tatak selalu mimpi kamoo adet.. tengok citer wayang tanpa kalian sangat lah sepi rasenye. tapi tatak gagahkan jua.. huhuhu.. tatak rindu adet!!!