we're the odds beaters :-)

Daisypath Anniversary tickers

May you grow to be a good person InsyaAllah...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

The Youngest Man In The Family

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Wednesday, January 28, 2009

Sharing Is Caring... =)

By Galuh Cendra Kirana

HIKMAH MAKANAN DALAM ISLAM

1. Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".

2. Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya. ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

3. Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

4. Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

5. Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

6. Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

7. Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

8. Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

9. Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

10. Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing! . Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.

11. Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.

12. Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

13. Biji hitam (habbatuss' sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habbal sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

14. Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

15. Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

16. Limau Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj)
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

17. Timun (qitta')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

18. Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

19. Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

20. Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

21. Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

14 Beberapa budak comot komen kali ni:

Mogen Ali Rico said...

byk2 telur..telur ape yg paling berkhasiat?

jawab jgn tak jawab..cakk pongg cak ponggg

Galuh Cendra Kirana said...

aye nak jawab cekgu! aye aye! jawapannye iyelah telur yang mentah dimakan bersame madu.nananana...no komen..lalala

Anonymous said...

belaja bahasa ke makcikkk

Galuh Cendra Kirana said...

hanis,
erkkk!! a'ah ler..aku baru perasan ader letak bahase arab kat tepi perkataan mula2 tu..hehehe....eiii mestiiii...mestiiiii..!!! sekiyan yer anak2 murid, pelajaran bahse arab sepatah dua jer mengikut kamus dewan undangan negeri kita pade hari ni...nguahahaha

Kapten Luffy said...

ko bercita2 nak ke arab ker?

Galuh Cendra Kirana said...

Luffy,
Ahaa..ni semer persediaan utk kita semua manerla tayu ader rezeki lebih nak buat Umrah ker, Haji ker..sesuai jugak nih..atopun ko nak gi market kat saner ker..beli makanan2 ni..senang....ngiahahahhaa. Luffy, jawapannye insyaAllah..manerla tahu rezeki...

~ujicham~ said...

kalau tak resepi.. mesti ada kena ngan makanan jua. pergh! mmg galuh lah.

Galuh Cendra Kirana said...

Uji,
Tih tih tih...ko memang memahami diriku yang galuh ini..hehehe

Mogen Ali Rico said...

jom jomm..jomjomaton.tengkorak..ainun mata..zahabu..baju..budaiya..nama tempat kat bahrain..

lalalalalala..nananan

Galuh Cendra Kirana said...

Erk, encik mog,
terima kasih...tma kaseh...akan kawan masukkan dlm kamus di next entri...ngihihihi

Anonymous said...

aigooo...kenapakah? kenapakah? saya suka bunga kobes. wuwu...

Galuh Cendra Kirana said...

adikku dayen,
Bersabarlah, akak pon sayangkan bunga kobis...akak suke memakannye..tapi apakan daya kita dik...makanlah sayur2 laen pula.. sayur2 laen pon boleh makan juga..mungkin bukan jodoh kamu dengan sang bunga kobis...wuwuwu juga. ;)

mohd asdillah abu hanifah hunain said...

setiap ciptaan-Nya amat berguna untuk manusia

Galuh Cendra Kirana said...

mohd asdillah,
Benar..tapi seringkali manusia lebih suka makan lebih dari kenyang, tanpa mengetahui ia akan memudharatkan. salam blogging.