we're the odds beaters :-)

Daisypath Anniversary tickers

May you grow to be a good person InsyaAllah...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

The Youngest Man In The Family

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Thursday, January 29, 2009

Mimpi Dia...

By Galuh Cendra Kirana

“Hujan….? hurmm…,”

Sesudah mandi menghilangkan penat pulang kerja, aku kerjakan suruhanNya dahulu. mengeluh sambil melangkah terkocoh-kocoh menutup tingkap yg sedikit terbuka, takut tempias mengena laptop pink kesayangan di meja tulis pada hujung katil bujang. Merapati rak buku, kucapai Yasiin... sambil memegangnya, tiba-tiba tertancap mataku pada butiran-butiran air yang membentuk garis seribu di kaca tingkap nan jernih..

Deraian hujan yang membasahiku ketika turun dari kancil Saliza di simpang LRT Sentul Timur tadi rupanya bersambung-sambung lewat aku sampai di rumah. Kuselak tirai jendela, lalu hati ini bagai disapa kelucuan. Ada kisah yang bisa membuatkan hati ini tersenyum sendirian sambil memandang ke luar.. anak-anak siapa agaknya yang berjoget, bergurau senda dan bertepuk tampar di padang sana? Hehehe..ketawa kecilku terburai. Bayangan tika kecil kembali menyapa...begitu indah mungkin? Ya, itu semestinya itu yang tidak dapat kunafikan sehingga saat itu pergi meninggalkan usia. “Yeayyyy, hujan!!!” Akulah yang paling gembira pabila renjisan lebat membasahi bumi..

Dulu, semasa ada dia, aku juga begitu...berlarian dengan Jojoe di perkarangan rumah...menari kegirangan selayaknya aku, seorang gadis genit yg kurus kering..hehe...itulah aktiviti kami ketika hujan...mama akan menunggu dengan senyuman bersama-sama dua helai tuala di muka pintu.. wah... kalau anak orang lain mahunya dicubit dan dirotan!

Tanganku lincah mengeringkan rambut yang kian panjang mencecah pinggang. Handuk kulilitkan di kepala bak kata orang tua-tua, petua mengurangkan serangan penyakit migrain buat si anak dara. Wah...berseloka pula.

Kulabuhkan punggung di kerusi meja tulis. Sambil menongkat dagu, fikiran melayang apabila mimpi semalam menyapa. Hati gundah, mungkin jua terkilan. Apa maknanya mimpiku? Kali ke dua aku menolak. Kenapa, mungkin kerana mama. Entahlah. Akupun kurang pasti...

“Ada mana?”

“Di kedai Siti. Mama suruh beli cabai,” kataku lewat corong telefon bimbit.

“Nanti tunggu di luar kedai. Nak ikut pegi tak?”

“Ke mana ya?” Hati berbunga. Tidak sabar mahu mengikut. Pasti seronok.

Talian mati.

Setelah membayar di kaunter, langkahku laju melintasi jalan raya bertentangan. Kulihat abang di samping kereta Gen2 kelabu. Dia ada di dalamnya! Bersorak! Hatiku bagai melompat. Senyuman mengusik, dan gigi cantik. Kenapa rindu? Bagaikan lama tidak ketemu.. kenapa lama tidak ketemu? Agaknya ada yang aku lupa... kubiarkan tanya hati terbisu di situ. Kubuka pintu kereta, dan mencium tangan. Sesaat kemudian aku di halaman sebuah kampung..ada tanah putih mulus lapang di sekeliling...ada pokok rambutan kukira bentuknya...bayu meniup dedaunan kering..rumah tertutup pintu dan tingkap, menggamit-gamit supaya kubuka. Kupandang dia, hanya tersenyum dan mengangguk mengiyakan.. Aku di dalam. Riuh pikuk suasana...bagaikan sedang berpesta kenduri lagaknya.. warna-warni dan bercahaya! Ada yang menarik lenganku, ada yang membelai rambutku mesra. Ku tak pasti wajah mana yang aku kenal dan wajah mana yang mengenaliku? Aku terpegun...seperti orang jauh yang ditunggu-tunggu dah tiba!

“Elin, nak balik tak?” Ada suara bertanya jelas di cuping.

“Ok..jom, mama,” aku lantas menyambut tangan itu ke luar dari kekecohan yang mempesona.. ini kali ke dua, aku meminta diri pulang, tidak bersamanya ke mana-mana. Sekali yang pertama, pada tahun lepas, saat mula-mula kehilangan.

Dia melawatiku dalam mimpi? Mengharapkan aku mengingatinya selalu..selama-lamanya.... tidak...takkan mungkin aku akan melupakan dia. Aku cuma punya satu. Takkan ada pengganti yang lebih baik dari ini.. astaghfirullahalaziim... aku hanya bermonolog dalam mimpi rupanya..

Kucapai telefon, dail sang mama di kampung. Seperti biasa, bertanya apa masakan sedap yang diberi sentuhannya malam ini.. asam pedas ikan temenung.. kecur lidah mendengar. Apa lagi menjamu perut. Segera yang belum terisi bergendang... ahh, mengacau saja.. besok dah nak pulang. Bersabarlah. Tapi...tiket masih belum dibeli. Tapi...hujan? tapi dah malam? Hai, buatku tak sabar pulang ke kampung. Rindu pada wanita cantik yang tua di sana. Hehehe.

Serius. Aku ceritakan semuanya mimpi yang kualami subuh tadi. Mama terdiam. Seperti mula-mula aku alami tahun lepas, begitulah reaksi pada awalnya.

“Mama mengaji subuh tadi untuk arwah dan anak-anak mama,” Duhh....hiba bergumang.

“Terima kasih...” kuangguk-angguk kepalaku meski hanya aku yang nampak diri sendiri mengangguk tanpa dirancang.

“Agaknya arwah rindu tu... cuba mengaji malam ni. Eloklah malam Jumaat macam ni,” diam.

Aku mengangguk lagi. Aku tahu. Aku sangat tahu. Aku kan puterinya. Satu-satunya. Masakan dia lupa menyapaku sesekali.. agar aku ingat pesan dan teguran. Agar aku kuat menjalani kehidupan. Agar aku cekal hadapi cabaran. Selagak dia di saat hayat...

“Apa kata kalau Elin tak mau ikut mama pulang dalam mimpi tu?” Kataku dengan niat ingin mengusik hati tuanya. Ada ketawa kecil menyampuk di bibir mungilku.

Sepi.

“Mama?”

Bunyi kipas bilik di kampung. Bunyi cicak di bumbung dapur..

“Kalau Elin tak ikut mama, mungkin Elin takkan bangun dari tidur itu tadi. Ikut abah selama-lamanya..” tergamam. Diam.

“Err...mama, besok bila dah dapat tiket, Elin bagitahu mama, na. Mama jemput, kan? Drive Gen2 tu pelan-pelan tau. Nanti dari stesen nak ke rumah, biar Elin take over, okay?”

“Ok,”

“Assalammualaikum. Miss you mama,”

“Miss you too, w’salam”

Talian dimatikan. Segera hatiku sebak... kuseka air mata yang tertumpah di kelopak indera tatapku... Tidak.. dalam mimpi itu aku mungkin terlupa sesuatu... bahawa dia telah pergi. Dia telah tiada... namun segar wangi kasih sayang abah takkan pudar...tidak akan pergi walau sesaat. Aku mungkin terlupa kerana saat itu hati berbunga riang bertemu yang tersayang sekian lama ‘terpisah’.... Ya Allah, Kau tenangkanlah dia di sana. Sampaikan padanya aku, mama, abang dan adik sedang bahagia. Aku berjanji akan menjadi anak yang berbakti, akan menjadi adik yang baik, dan menjadi kakak yang bertanggungjawab dan penyayang seperti yang dia asuh sejak kecil. Melupakan dia biar sesekali adalah mustahil bagi kami... Al-Fatihah ke atas rohnya.. Abah, tenanglah di sana.. aku juga merinduimu dalam keredhaan hati ini menerima qada’ dan qadar Nya...

Galuh Cendra Kirana, Province Wellesley

12 Beberapa budak comot komen kali ni:

Kapten Luffy said...

dulu pun aku kadang2 mimpi arwah bapak ku...

Galuh Cendra Kirana said...

Luffy,
oh kaupun sudah tiada ayahanda..Al-Fatihah dariku buat rohnya ya...

MaSHee said...

Al fatihah untuk ayah awak ngan suma umat islam yg dah tiada didunia ni!

Kenangan bersama org yg tersayang memang menyentuh hati...

Galuh Cendra Kirana said...

aku...dia...kamu...
Terima kasih banyak2..ya, kenangan bersama org tersayang yang telah pergi memang menyakitkan...namun kita terpaksa redha..

~ujicham~ said...

aku pun anak yatim... sejak 15 tahun yg lalu..

sparkystar said...

hanya tingal kenangan slamanye,takziah wat cik puan galuh okehh...

Galuh Cendra Kirana said...

Uji,
takziah ke atas arwah org tua ko yer...

inchik sparky,
terima kasih..haku cume rase nk berkarya jer sbb mimpi tu beri inspirasi sgt2...n haku nk citerkan sementara masih fresh..korang pon mesti ader mimpi yg best mcm tu kan..adekalenye menghibakan. tapi iye memberikan kesan mendalam kt diri kiter biler mangon tido..errkk..haku tadek mimpi kepala naga mcm incik mogen. kalu ader, 8 hari lapan mlm berturut2 haku wat entri cerpen psl tu jew..sbb haku ni penakut ya amat...bole incik mogen? mahap bie..hihihi..

Anonymous said...

saya pon mcm akak jugak. tambah2 kalau time bizi tu, terlepas nak baca yassin tuk bapa, mesti mimpikan dia...apa2 pon, doa anak2lah kiriman yang paling penting untuk mereka sekarang ne...

p/s: gamba kat atas tu sebijik macam gamba saya ngan bapa saya masa kecik2 dulu...he3...

Unknown said...

Salam anakanda Galuh,

Setiap yang awal akan berakhir, setiap yang hidup tentu akan mati kecuali Allah.

Bersabar, berbuat baik dan berbaktilah untuk mereka. Sama ada yang masih hidup atau yang sudah mati.

Anakanda bermimpi adalah kerana anakanda terlalu merinduinya.

Galuh Cendra Kirana said...

dayen,
akak setuju..thanks dayen..erk,iyalah...samer la dari belakang (kalo guna kanta pengecil la...)hehe..

Ayahanda,
terima kasih atas pesanan..muhasabah buat diri saya ke atas mimpi itu.

- Jojoe Ali said...

Pidoih takdak ka dalam mimpi tu?
Huhuu...

Galuh Cendra Kirana said...

Pidoih,
La...sori lupa. Watak hang tgh sibuk audition AF la rasanya. Sekoyan.hehehe