we're the odds beaters :-)

Daisypath Anniversary tickers

May you grow to be a good person InsyaAllah...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

The Youngest Man In The Family

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Friday, May 15, 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA....

By Galuh Cendra Kirana

"Guru, Betapa agungnya tugasmu
Bagai mentari yang membawa erti
Menerangi jalanan dan meniti waktu
Sempurnakan pencapaian ilmu

Guru Tiada sanjungan kau kejari
Cuma kejayaan membawa erti
Melentur dan mendidik rohani jasmani
Membentuk insan berhemah tinggi

Tubuh-tubuh kecil
Muka-muka comel
Tangan yang menadah
Mimpi-mimpi indah

Wajah yang mengharap
Mata yang menatap
Harapan menyala
Anak nusa"

Hari Guru tiba lagi... setiap tahun aku pasti takkan lupa mengucapkan selamat buat guru-guru sekolahku yg masih kutemui hingga kini.. buat mereka yg telah dijemput Ilahi, jasa kalian tetap bersemadi dalam jasad ini... Al-Fatihah dan himpunan doa tak putus2 aku utuskan buat mengiringi titian di sana.. semoga rohnya ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal... terima kasih cikgu, terima kasih tak terhingga kerana mendidik dan membimbingku..

Guru, sahabatku meniti dewasa. Guru, teman yang mengerti betapa jiwaku kosong... Guru, yang meyakinkan aku bahawa harus berjalan dengan dada yang terisi, agar dapat kulihat dunia bagai mata burung... terbang tinggi dan menari riang rentak hidup.. Guru, sekiranya kau masih di situ.. ingin ku nyatakan bahawa aku mengagungi budi dan jasamu...

Al-Fatihah buat Allahyarhammah Cikgu Salmiah (SMK Sultan Badlishah), Allahyarham Cikgu Anor Awang (SMK Keladi), Allahyarhammah Cikgu Noridah (Sek. Keb. Sri Kulim) - dan jika ada lagi di kalangan guru-guruku yang telah pergi tetapi tidak aku tidak sedari, pemergian kalian tidak terlepas dari rangkaian doaku... akanku ingat selalu pantun ini dari Cikgu Rosmah (SMK Keladi) yang berbunyi begini ketika aku menjadi guru sandaran selama 4 tahun dan kebetulan kutemuinya pada Sambutan Hari Guru 2004 peringkat daerah di Kulim; Katanya dulu kamu anak murid, sekarang kamu rakan sekerja cikgu =)) ;

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa tempang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

SELAMAT HARI GURU, cikgu-cikguku tersayang... GURU PEMBINA NEGARA BANGSA....(Tema Hari Guru 2009)

SK Taman Selasih... 4 orang budak yang selalu buatku tersenyum n xjadi nak marah.. tgh bgaya ala2 Action Carmen! Whooooooowww~

SK Taman Jelutong

SK Taman Selasih... Mengajar Bahasa Inggeris untuk Tahun 2A1...

SK Air Merah ~ Di Ekspo Sains MRSM PDRM Kulim... Aku bawa bebudak ni satu bas pegi mendapatkan pendedahan tentang sains memandangkan Guru Besar nak anjurkan ekspo sains di sekolah kami pula selepas itu... Aku mengajar Matematik dan Sains di kelas 4.1... (jenuh aku kene mengulangkaji balik utk jadik lebih terror dipade bebudak nih. genius beb. silap2 diorang lak yg ngajar aku) erk...tinggi bebudak ni dipade aku. Yg ni nama dier Athina... yg kecik tu nama Shukri. Yg tgh makan chikedis tu aku x igt... tapi 2-2 ni suke ngusik pompuan. huh... xlarat aku pujuk~ hehe

Kelas terpandai penah aku ngajar di tahun 2 SK Taman Selasih. Aku ngajar Bahasa Inggeris kt kelas ni. 2A1. Bebudak ni still contact2 smpai skang =)

Dalam bilik guru SK Taman Selasih. Huhuhu.. ngan Naimah, juga guru sandaran mcm aku. yg sebelah tu Cikgu tetap. Cikgu Azman.

Jeng jeng jeng...kelas yg paling bijak di SK Taman Jelutong. Mengajar BM, M3 dan Pendidikan Seni. Aku Guru Kelas ni. Tahun 3.1...



Di SK Taman Selasih... keje kami hujung minggu iyelah melukis mural di dinding2 kelas. Besttt.. sampai skang still ada lagi lukisan aku dan geng2 cikgu muda pada masa tu.

comel kan 3-3 boys nih... belajar pun pandai. Pemain bola sepak wakil sekolah nih.

Aku di bilik guru SK Taman Selasih, Kulim. This desk used to be my work station. =)

SK Taman Jelutong... Aku, 3 dari kiri semasa majlis pertukaran Cikgu Abdullah yg dinaikkan pangkat menjadi Pegawai Pendidikan Ko-ku di PPD Kulim Bandar Bharu. Inilah Guru Besar kesayangan semua guru.. Bos yang best dan kami menangis bila dapat tahu kami akan berpisah dengannya.

15 Beberapa budak comot komen kali ni:

Mogen Ali Rico said...

cikgu galuh..cikgu galuh..may i go up..xtahan dah niee cekgu..pleaseeeeeeeeeeeeee

selamat hari guru pada guru dan bekas guru.korang umpama ubat nyamuk yang membakar diri untuk menghalau nyamuk..sekain..

lalalalalalallawikkkkkkkkkkkkk

Galuh Cendra Kirana said...

incik mogen,
hepp..go up ke maner tue? lucah! haishh. kene pangkah ni...huahuahua. yer..kamilah Fumlamakkilla yg membakar diri... hhihi. Ucapkan selamat hari guru kt Cikgu Md. Yusof juge yer. lalalalariiikkkkk~

MK said...

jd la lilin yang membakar diri.. jgn la menjadi colok yang membakar diri.. semakin dibakar.. semakin busuk da.. selamat hari guru

Kapten Luffy said...

eh

ko pernah jadik cikgu?

wahhhhhhhh

Galuh Cendra Kirana said...

MK,
Aku lilin aromatherapy jew bro. wangi weyhhh... hihihik. TQ for the advice n the wish bro.. ader rezeki mana lah tahu aku kembali bersama diorang.. InsyaAllah, maybe, for good.. ;)

Luffy,
Yupe.. aku GSTT selama 3 tahun di 3 buah sekolah di daerah aku dulu... layannn beb jadi cikgu. aku harap dapat kembali..

Anonymous said...

perhh...
bekas cikgu rupenya...
tak sangka...
luffy pun bercita2 nak jadi cikgu tu

errul_ramli @ MH said...

haha.. selamat hari guru wahai bekas guru..

Galuh Cendra Kirana said...

hanis,
Guru Sandaran yo.. tapi pengalaman tu rasenye takkan dapat lagi dari mana2 tempat kerja lain...huhuhu.... haku sebenornye nk control macho. tapi sebenonye juge aku teramat rindukan keje tu...lalu aku mengkantoikan perasaan ini di Hari Guru! Ohhh~~~

Errul,
Terima kaceh, terima kaceh...wahai bekas pelajar..hihih

~ujicham~ said...

hehehe.. selamat hari guru wahai bekas cikgu :)

- Jojoe Ali said...

Ada di antara gambar itu membuat anda kelihatan kurus. Sungguh tidak relevan. Hahah.

Walinong Sari said...

Cikgu Galuh.. Hehehehe
Ko tak nak citer camner kekadang aku kena jadi driver merangkap bodyguard utk antar ko pegi sekolah utk korikulum sebelah petang...

Cikgu dengan murid sama tinggi.. pastu cikgu ni bukannya boleh diharap... Aksi2 ultraman pun dia punya keja la ni... Cikgu pun main jentik2 tudung tin kat belakang kelas...

Sepupu aku citer, Cikgu Galuh best boleh join main2 dalam kelas... Guru besar datang dia lari dulu... Hahahahaha

Galuh Cendra Kirana said...

Uji,
Terima kasih memanyak. hehehe~

Jojoe Ali,
Ssssaadaappp yuu... keklin baghu nk tunjukkan betapa pernah kurusnye dirikew duluuuuu!! haishhh. takde kerjaaaasaaamaaa!

Puan Walinong,
Pade mase ittew aku tidak mempunyai keleta jadi aku selalu mengharapkan ikhsan sahabatku Walinong utk menghantar dan menjemput aku gi mengajar.. dan ko pon turut join aku maen kejar2 kat padang bola (aku kejar anak murid aku. ko kejar aku sebab aku takmo balik. nak maen lagi)...lalalala~ erkk..aku tawu saper... name student tu AMELINA..budak cumel lagi berkhasiat...uhuhuhuk... miss her so much!

apisz said...

warga pendidik nih..harus di hormati..hehe..

(^_^) peace

Galuh Cendra Kirana said...

apisz,
pernah jadi... insyaAllah ingin jadi lagi.. terima kasih kerana menghargai jasa guru kamu.

(peace balik (^-^)/

ABAMJIWA AL-HADI said...

Haaiitt... sekarang kat kulim lagi ke? Dekat dah tu, i area k.batas. Nice picca anyway..(tiru style bahse jason berez wak lu tehehe). Drop by my blog...TQ