we're the odds beaters :-)

Daisypath Anniversary tickers

May you grow to be a good person InsyaAllah...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

The Youngest Man In The Family

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Thursday, August 13, 2009

DOA PENYAKIT H1N1... JANGAN AMAL DOA INI.

By Galuh Cendra Kirana

Saudara/saudari,

Assalamualaikum..

Setelah saya meneliti dan menyemak dengan JAIS, ingin dimaklumkan disini doa yang disebarkan dibawah adalah BERTENTANGAN DENGAN AGAMA ISLAM KITA... Saya telah mendapat penjelasan dari salah seorang USTAZ / kakitangan Jabatan Agama Islam Selangor... Doa ini sebenarnya telah banyak
tersebar di Jabatan2 Kerajaan/Badan Berkanun dan Swasta dan dalam proses menunggu penerangan dari JAIS di dalam akhbar.....

Untuk pengetahuan semua,

1. Ustaz Thalut @Muhammad Adeeb Sakiran, orang yang menyebarkan doa ini hanyalah Pemegang Tauliah di JAIS dan bukannya di bahagian dakwah bebas. Tiada bahagian DAKWAH BEBAS DI JAIS.

2. Doa yang diberikan oleh beliau, tidak terdapat di dalam mana2 ayat Al-Quran dan Hadis Rasullullah.

3. Doa ini diamalkan oleh kelompok golongan syiah dan digunakan oleh golongan Al-Arqam.

Oleh yang demikian, JANGAN AMALKAN DOA INI KERANA BERTENTANGAN DENGAN AGAMA ISLAM...PESANAN DARI JAIS..... Yang baik semuanya datang dari ALLAH, dan yang buruk adalah dari kelemahan diri kita sendiri..Wassalam...
Kengkawan, maafkan saya kerana khilaf dengan kebenaran di sebalik doa' pelindung dari penyakit H1N1 ini. Teman sepejabat saya baru jer spread email bahawa butir2nya ada yang bercanggah dari fahaman kita. Wallahu'alam...

9 Beberapa budak comot komen kali ni:

Anonymous said...

sama2 le kita berdoa dijauhi bala nih..
jaga kesihatan.. juga jaga kebersihan..

Mogen Ali Rico said...

penyakit H1N1..kalo penyakit B1N1..ade doa nak dapat penyakit nie tak..harap dapat kongsi2 ilmu dan beramal

Galuh Cendra Kirana said...

hanis,
mudah-mudahan kan. Amin.... utk kita jugak ni weyh.

Darl,
ekekekeke... watpe doa nak kasik sakit B1N1.... kalo dapat pun tak sakit lahh... kan best kalo dapat B1N1... takmo kah? kehkehkeh

Anonymous said...

thanks bg doa ni :D

Anonymous said...

Galuh,
Tima cih sbb kongsi ilmu ni..

Galuh Cendra Kirana said...

Kika,
Sama2 kasih.. ;D

Sis Catz,
Sama-sama Sis.. kiter doa bayak2 semoga kita semua dalam jagaanNya...

ADMIN Fishplaza said...

Salam...

Saya dapat maklumbalas di dalam email, saya paste jer kat sini;

****Kalau tengok pada makna doa tu, ianya amalan golongan Syiah, bukan ahli Sunnah-wal-Jamaah.
Doa tu langsung tak menyebut kita berlindung dengan Allah atau tuhan.
Nama Nabi Muhammad tidak disebut secara langsung sebaliknya disebut Nabi yang terpilih sahaja
manakala nama Ali, Fatimah serta anak saidina Ali & Fatimah (Hassan & Hussin) turut disebut.
So, jelas doa nih adalah amalan ahli syiah yang lebih mengagungkan saidina Ali.
Pendapat saya, jangan amalkan doa syiah nih.

Insya-Allah, cuba amalkan doa Nabi Ayub (Surah Al-Anbyaa', ayat 83) ketika beliau ditimpa penyakit.

Terjemahan ayat (Surah Al-Anbyaa', ayat 83):
"dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang"."

Terjemahan ayat (Surah Al-Anbyaa', ayat 84):
"Maka Kami pun memperkenankan seruannya itu, lalu Kami lenyapkan penyakit yang ada padanya dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya, dan Kami lipat gandakan bilangan mereka, sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Allah." ****

Saya rasa ada betul juga, email yang saya dapat nie..

Cuba tgk blog nie pulak..
http://stenzi.blogspot.com/2009/07/doa-elak-h1n1.html

Tq..Sakadar pendapat, semoga anda dapat menilai sendiri.

Galuh Cendra Kirana said...

Cik Coretan,
Terima kasih atas info. Buat kawan2 semua, ini yelah sedikit info dari kawan kita Cik Coretan yg mungkin dapat membantu. Wallahu'alam.

Abu Muhammad said...

Tidak ada kesalahan mengamalkan doa tersebut kerana ada ulama Sunni yang turut menyebutnya sila rujuk Sa`adatud Darain halaman 627 karangan Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani. Beliau adalah ulama sunni yang sejati.