~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pagi semalam aku dpt msj dari Jojoe mengatakan Bro Asri dah meninggal. Kira-kira jam 11.00 pagi. Disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Pantai, Bangsar. Arwah terjatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10.30 pagi semalam. Rasa mcm xpercaya sebab aku selalu dgr lagu2 nyanyian arwah yang kaya dengan nasihat dan merdu sangat2 bila hati sedih dan risau. Kali terakhir aku jumpa arwah pada bulan Mac lepas... serasa baru saja arwah datang ke opis aku dan memberi ceramah mengenai Maulidur Rasul.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mimik muka arwah sesungguhnya xpernah lekang dari senyuman dan suka bergurau. Sepanjang ceramah tersebut, kami leka mendengar cerita tentang Rasulullah dan isterinya Saidatina Aisyah. Cara penyampaian memang pecah perut gelak dan sesekali selang seli dengan surah-surah yang dilagukan dengan lemak dan lunak. Kat situ ada sedikit misteri. Yg ni sesiapa yang ada di situ juga menyaksikan sendiri dengan mata kami sendiri. Setiap kali hadith atau sabda Rasulullah dibaca arwah, mikrofon yg sedari mulanya hanyalah 'dry' dan tidak ber'echo' tiba-tiba bergema dan berdengung. Bukan sekali dua. Malah setiap kali selitan ayat-ayat suci dibaca. Sememangnya tidak ada sesiapa pun yg menjaga sistem di tepi dewan. Kosong. Meremang bulu roma siapa yg mendengar. Begitulah merdunya suara arwah. Tak seorang pun berganjak dari tempat duduk (selalunye ader jer bangun gi toilet pastu xmasuk2 lagi dah).
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saat itu amat istimewa. Tak pasti sebab apa tapi terlalu ketara kelainannya. Hampir di penghujung ceramah, arwah terhenti seketika dan meleret senyum ke arah pintu kaca dewan yang terletak di belakang kami. Rupa-rupanya kesemua 7 orang anggota Rabbani sampai! Kami tidak menyangka, malah pihak pengurusan sekalipun tidak diberitahu mereka akan datang sebagai tetamu khas. Malah bayaran pun tidak setimpal dan cukup2 utk harga biasa seorang penceramah jemputan yg dijemput ke MATRADE. Kami bangun dan mencari kerusi tambahan untuk mereka semua duduk di barisan hadapan sekali.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sesungguhnya kedatangan mereka sangat-sangat menyentuh hati. Kata arwah, "Kawan-kawan saya dah sampai. Saya segan dengan mereka sebab selama saya berceramah ini lah kali pertama mereka ni tengok secara live." Lalu kami berikan tepukan gemuruh menyambut dan mengalu-alukan mereka... Di penghujung ceramah, kami semua berselawat ke atas nabi beramai-ramai. Kemudian kami meminta mereka mendengkan nasyid. Yang gembiranya, mereka langsung tidak keberatan malah malah tanpa berlengah bangun dan menuju ke pentas kecil yang kami sediakan untuk ceramah, dan bersedia untuk menyanyi. Malangnye PA system buat hal. Terpaksalah mereka mendendangkan lagu secara accapella saja. Itu pun dah cukup sedap dan puas buat halwa telinga kami. 2,3 lagu jugak lah yg dinyanyi. Begitu bersahaja dan professional sekali reaksi mereka dan kelihatan sentiasa bersedia yg mana kualiti sebegini memang sukar dicari.... Sedap sungguh. Rasa nak menitik air mata.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hari ni menitik lagi air mata aku bila terkenang kenangan manis tu. CD yg aku beli dari arwah selepas ceramah masih tersimpan dalam kereta. Bila dengar Mentari Di Ufuk Timur, pasti aku teringat kata-katanya bahawa lagu itu antara yg amat bermakna secara peribadi kepada beliau dan Amy Search.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
3 hari lepas, semasa latihan vokal dengan Cikgu Siti, ada juga Cikgu Siti cerita, beberapa kumpulan nasyid yg disegani termasuklah Raihan, Rabbani dan lain-lain pernah memasuki kelas bimbingan Cikgu Siti. Masa tu Cikgu Siti masih vouge da vassssss dan seksi. "Maaflah, hari ni banyak kelas saya masuk. sampai terlupa ada kelas dengan kumpulan nasyid. Saya pakai skirt belah, maafkan saya sangat-sangat." ujar Cikgu Siti dengan penuh rasa bersalah dan segan.
"Cikgu, kami datang untuk ambil ilmu dari Cikgu. Jadi jgn lah cikgu risau. Kami tidak peduli mcmana cara Cikgu menyampaikannya. Bukan apa yg Cikgu pakai yg kami pandang," jawab mereka. Hmm, itulah tingginya kepimpinan yang ada pada mereka. Jauh sangat dengan mereka yang bertudung litup dan berserban yang kerap melemparkan kutukan terhadap insan-insan lain yg kurang sempurna pemakaiannya. Berjalan pun tak mahu seiringan malah memandang pun serasa tidak setaraf. Jika pendekatannya pun sudah dingin, bagaimanalah mereka hendak terpaut hati mengikut jejak.. Aku puji sikap-sikap madani yang ada pada Gergasi-gergasi nasyid Malaysia ini -Rabbani dan Raihan (yg pernah ku tahu testimonialnya dari org2 yg mengenali. Kumpulan-kumpulan lain mungkin ada juga). Peminat mereka juga bukan sahaja terdiri dari Umat yang sama dan satu bangsa. Malah berbilang kaum dan negara. Pelbagai agama! Ehem2 aku rasa ustaz2 tu tentu gembira dengan perubahan yg dilakukan oleh guru kesayanganku itu sekarang. Bertudung dan manis sangat-sangat. Alhamdulillah...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dan kini, seorang insan ceria yang bergelar Ustaz Asri tidak akan lagi mengunjungi sesiapa.. Beliau telah pergi meninggalkan kita bersama-sama lagu-lagu indah buat kita ambil pedoman, selama-lamanya. Pergi yang takkan kembali lagi...Al Fatihah.... semoga Roh Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim dicucuri rahmatNya serta ditempatkan di kalangan kekasih-kekasih Allah yang dicintaiNya...










3 Beberapa budak comot komen kali ni:
al fatihah...
beliau tidak pergi..beliau hanyalah kembali..
kembali ke rahmatullah..
Post a Comment