we're the odds beaters :-)

Daisypath Anniversary tickers

May you grow to be a good person InsyaAllah...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

The Youngest Man In The Family

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Sunday, August 01, 2010

Papa dan Seri Pegi Pasar..

By Galuh Cendra Kirana

"Papa nak gi maner pa," soal si kecil. sambil menggaru2 kepala.


"Papa nak gi market, sayang. Seri ikut papa pilihkan sayur2 hijau yer. Mama suka sawi ngan tomato," jawab papanye.

Sekonyong-konyong Seri masuk ke bilik air dan mendapatkan papanya sejurus kemudian. Papanya tersenyum sambil membuang cebisan taik mata di anak kesayangan. Kunci kereta dicapai.

"Papa pakai macam ni?"

"Yelah. Takkan nak pakai baju mama lak"

"Tapi---"

"Jom jom jom. Nanti mama bangun. Xsempat papa nak masakkan surprise untuk birthday mama," Papanya senyum menguntum.. tak dapat bayangkan betapa bahagianya isteri bila melihat dia dan anak bergabung mengadakan surprise untuk hari lahirnya...

Kedua-dua beranak tu pun keluar dari rumah sambil si papa menggendong anak yang dalam kemamaian. Seraya hendak membuka pintu pagar, tiba-tiba..... cahaya lampu menyilau menghala ke ruang laman. Deruan enjin mengaum dan dimatikan.

"Astaghfirullahalaziiimmmm.. Papa, nak ke maner tu? Kan ke sejuk kat luar ni! Alah shiannye Seri ngan tak xpakai baju. Pakai boxer jew ni Pa? Papa pun pakai suar boxer jer ni nak ke maner dua beranak ni... tak sejuk ker, sayang????" Panik. Si Mama bingung sejenak dengan situasi tergempar ini.

Terkejut. Terkedu. Tergamam. Dan banyak lagi. "Err.. Pa nak pegi pasar..." Dengan nada penuh rahsia. Tidak ingin rancangan surprisenya diketahui isteri.

"Mama baru balik dari office ni Pa, jalan jammed tadi. Skang baru kul 7.30 malam. Papa nak gi pasar maner malam-malam ni...."

"EHHHHHHH!!!!! Yeker? Laaaa...!!! Errrrkkkk!! Seri? Seri?" Dia bagaikan terkena kejutan elektrik. Bagai baru terjaga dari mimpi yang panjang. Rupanya dia tertidur sepanjang hari dan menyangka hari sudah pagi. Anak kecil yang xjemu-jemu melayan kerenah papanya itu tertidur di bahunya. Rupanya ini semua igauan! Hari jadi isterinya dah lepas! Dah 3 bulan dah pun. Tapi kejadian terlupa hendak menyambut adalah suatu kesilapan yang selalu menghantui dirinya. Sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi. Sibuk di tempat kerja sampai terlupa isterinya menunggu di rumah di hari minggu hari lahirnya tempohari..

"Pa, jom masuk. Hari ni dah makan ubat ker? Awak kan demam... MC kan untuk berehat.. ni karang terkena embun ni nanti demam balik ni..."

Dan kini si Papa rasa malu-malu kambeng dengan kekantoiannye mengigau tahap menyusahkan hati anak isteri. Si Mama sudah berlalu sambil mendukung anak masuk ke rumah. Dan seluar boxer si Papa yang polka dot merah sangatlah menjatuhkan maruah kalau ada jiran ternampak...huhu!

3 Beberapa budak comot komen kali ni:

Unknown said...

Ha..haa.. ada juga gitu yek?

Dulu pernah terjadi semasa uncle masih sekolah. Lepas kul 3 petang balik sekolah lepas makan terus tidur. Bangun jam 7.30 petang, mandi dan pakai uniform sekolah. Bila Mak tanya nak ke mana? Lepas kena perli baru sedar rupanya hari baru nak maghrib, belum pun pagi!

Galuh Cendra Kirana said...

hihihihihi... wahhhh!!! ini dah jd true storyyyyyyy niiiiee!! uncle pun mengalami pengalaman niii!!! mcm emak sayerrr... hihiiihi

Mogen Ali Rico said...

hehehe..nie kene buat novel nie..mane tau leh buat filem ala2 twilight..lalaaliwkk