Suasana riuh sekolah. Biasalah kanak-kanak. Ada yang berlari, ada yang bermain pok amai-amai di kaki lima kelas... kecoh. Tetapi bagi Si Papa, dia lebih tertarik untuk perjumpaan ibu bapa dan guru kelas. Sebentar kemudian, Si Papa sampai di hadapan "Bilik Guru". Tercari-cari meja yang bertulis 2A. Lantas menuju ke situ dan menegur seorang guru wanita yang masih muda.
"Assalammualaikum. Cikgu Halimaton ker?"
"Wa'alaikummussalam. Ya saya. Anak Encik nama aper?"
"Galuh Seri Chempaka,"
"Ohh, Ini Encik Mogen Ali Rico? Jemput duduk Encik. Seri baik budaknye. Dia selalu bercerita pasal Encik. Tetapi pelajarannye merosot bulan ini. Ada masalahkah dia di rumah, Encik?" Tekun, Cikgu Halimaton meneliti markah Ujian Bulanan Ogos.
"Eh taklah Cikgu. Dia baik-baik saja di rumah. Tak ade pun menampakkan perangai yang pelik. Maaflah anak saya Cikgu, bukan macam kanak-kanak lain. Mungkin dia agak nakal dan mulut becok sedikit tapi dia anak yang menurut kata dan taat kepada ibu bapa,"
Cikgu Halimaton mengerutkan dahi. Itu sememangnya tidak dinafikan. Anak manis itu sangat bersopan dan disayangi kawan-kawan sekelas. Tetapi apa agaknya yang menyebabkan prestasinya menurun sejak akhir-akhir ini.
"Saya berpendapat ibu bapa Seri mengalami krisis. Tapi lain pula yang Encik cakap. Saya dah puas pujuk dier ceritakan masalah. Semalam dier datang sekolah dengan muram. Dia enggan mengaku masalah dengan saya sampailah saya pujuk dengan Mc Donalds,"
"Apa dia cakap?"
"Mama dan Papa tiap-tiap malam bergaduh dan bertengkar. Pukul-pukul sampai lebam,"
Si Papa mengangkat kening. "Saya perlu berjumpa Seri sekarang,"
Cikgu Halimaton mendongak ke luar Bilik Guru, menggawang-gawang seorang Pengawas yang lalu di situ dan meminta menyampaikan pesanan supaya memanggil Seri datang ke Bilik Guru.
Sejurus kemudian, muncul Seri di muka pintu dengan tangan di belakang. Tunduk. Membisu. Pengawas itu menyuruh Seri masuk dan berlalu dari situ.
"Seri kenyang makan Mc D semalam?" Diam lagi. Si Papa mengangkat kening sebelah, tanda suspicios...
"Encik, tak perlulah nak berkasar dengan anak. Ini Bilik Guru. Tak elok!" Ujar Cikgu Halimaton.
"Saya tahu anak saya macam mana. Saya yang basuh berak dier, saye yang basuh uri dan tanam. Sayer yang bancuh susu dan berjaga malam... Di ketiak sayerlah dier tido tiap-tiap malam! Seri, kan Mama dah haramkan Mc Donalds sebab itu kan jenama Israel???!!! Kenape Seri makan curi-curi tak ajak Papa sekali hah? Papa xboleh makan sebab pegi maner pun ada Mama, nak makan aper pun Mama masak. Seri tak kesian kat Papa yer? Ni nasib baik Papa keje shift malam. Dapat datang sekolah Seri untuk wakilkan Mama, "
"Tapi Seri cakap Encik dah xpedulikan dier dan dah xkasik dier perhatian macam dulu lagi dah! Encik dan Puan bergaduh tiap-tiap malam!"
"Itu tandanye saye nak Seri berdikari! Cikgu dah salah faham. Seri memanglah xboleh faham. Bahaye!"
"Kenape pulak bahayenye? Apa kene mengena dengan lebam-lebam tu semua? Encik dan Puan bergaduh bagai???? Ape alasan encik lagi?" Cikgu Halimaton dan semakin kompius.
"Erk. Itu lebam-lebam di leher kami. Mungkin Seri ternampak. Kebetulan saya baru balik dari outstation sebulan. Itu tandanye ketiak saya nanti bakal adik Seri pulak yang nak tido!" Merah padam telinga si Papa menerangkan dengan sangat malu. Tak sangka anaknya sangat bijak mengambil kesempatan untuk memakan Mc Donalds dengan apa cara sekalipun. Bijak... bijak. Cikgu Halimaton menopang kepala tanda migrain yg teramat sangat dan meminta tandatangan waris murid itu dan memohon perjumpaan itu cepat-cepat disuraikan.
Pulang dari sekolah, Encik Mogen membawa anaknya ke Mc Donalds tanpa pengetahuan Si Mama yang pasti akan membuka langkah kekuda silat jika mengetahui mereka memakan Mc Donalds. Dan anak dan bapak yang sangat kamcheng itu kini menjadi kawan baik semula tanpa perlu Seri memahami butir-butir tersirat perbualan antara Papa dan Gurunya di sekolah tadi. Sekain.










3 Beberapa budak comot komen kali ni:
galuh seri chempaka ngan galuh seri kirana!!! dua2 sure kawtem baik punye ngan abah die
aaaaa... kite ikuti lak ape emak der nk buatttttt...hihihihi
hahaha...1st time bace, agak pening skit..tp bile bace balik, kelakar n ade sikit unsur 18sx kt cite ni...hehehe..nakal tul tatak ni ye...tapi mmg kelakar..
Post a Comment