we're the odds beaters :-)

Daisypath Anniversary tickers

May you grow to be a good person InsyaAllah...

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

The Youngest Man In The Family

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers



“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” 
(Hadis riwayat al-Hakim)
Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda, 
“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” 

(Hadis riwayat Muslim)

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” 

(Hadis riwayat Muslim)

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”


Firman Allah SWT yang bermaksud, 
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” 

(surah al-Hujurat [049] ayat 13)

Ayat yang mengisyaratkan mengenai peranan dan pengaruh kawan, antaranya firman-Nya yang bermaksud: 
“Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar.” 

(Surah at-Taubah, ayat 119)

Hadis Rasululah SAW yang bermaksud, 
“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” 

(Hadis riwayat Abu Daud).

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: 
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”



Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? 


Pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya, 
“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”

  • Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan  jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
  • Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya) .
  • Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
  • Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
  • Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam kitab al-Hikam ada menyebut, 

“Jangan berkawan dengan seseorang yang tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah, amal kelakuannya dan tidak memimpin engkau ke jalan Allah.” Dalam satu hadis yang bermaksud, “Seseorang akan mengikuti pendirian (kelakuan) temannya, kerana itu tiap orang harus memilih siapakah yang harus didekati sebagai kawan (teman).”

Sufyan Astsaury berkata, 

“Siapa yang bergaul dengan orang banyak harus mengikuti mereka, dan siapa mengikuti mereka harus bermuka-muka pada mereka, dan siapa yang bermuka-muka kepada mereka, maka binasalah seperti mereka pula.”

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti di bawah:

  1. Sahabat yang tamak   : ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta                                        yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
  2. Sahabat yang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
  3. Sahabat pengampu    : Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.
  4. Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.


Ali bin Abi Thalib r.a. berkata, 
“Sejahat-jahat teman ialah yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu mencari alasan.”

Kemungkinan engkau berbuat kekeliruan (dosa), maka ditampakkan kepadamu segala kebaikan, oleh kerana persahabatanmu kepada orang yang jauh lebih rendah akhlak (iman) daripadamu.

Sebaik-baik sahabat
Dan sekiranya engkau berkawan seorang bodoh yang tidak menurutkan hawa nafsunya, lebih baik daripada berkawan dengan orang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya. Maka ilmu apakah yang dapat digelarkan bagi seorang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya itu, sebaliknya kebodohan apakah yang dapat disebutkan bagi seorang yang sudah dapat mengekang (menahan) hawa nafsunya.

Dalam sebuah hadis ada keterangan : 

“Seorang itu akan mengikuti pendirian sahabat karibnya, kerana itu hendaknya seseorang itu memperhatikan, siapakah yang harus dijadikan kawan.”

Menurut ahli syair pula : 

“Sesiapa bergaul dengan orang-orang yang baik, akan hidup mulia. Dan yang bergaul dengan orang-orang rendah akhlaknya, pasti tidak mulia.”
Bersahabat dengan yang lebih rendah budi dan imannya sangat berbahaya, sebab persahabatan itu saling pengaruh-mempengaru hi, percaya-mempercayai sehingga dengan demikian sukar sekali untuk dapat melihat datu memperbaiki kesalahan sahabat yang kita sayangi, bahkan kesetiaan sahabat akan membela kita dalam kesalahan dosa kekeliruan itu, yang dengan itu kita pasti akan binasa kerananya.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah SWT untuk mencari redha-Nya.

Taman2Syurga
"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong." 

(An-Nahl ayat 105)

"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."

(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)

*Pada saat ini aku sering teringatkan sahabat blogger kita HANIS yang baru tersedar dari koma dan sedang memulihkan ingatannya terhadap kita semua. Aku suggest dia untuk buka blog dia semula dan baca nostalgia2 kita zaman muda mudi sebab cebisan ingatan dia banyak terpadam di bahagian itu. HANIS, sebenornye dalam geng incek hasben tapi aku yg lebih rapat dgn dia sampai ape benda hasben aku nk tau psl hanis.. dia kena tanya aku. Kikikiki... nampak aku sailang member blog dia n terus jd member baikku... HANIS adalah sahabat blogger pertama yang aku jumpa kemudian LUFFY, kendian si MK... Kita pernah gila blogging zaman muda dulu.. sebelum wujudnya FB n insta heheđź‘…. HANIS, aku doakan ko cepat pulih... meh aku temankan ko blogging balik ala2 mana yg sempat key nis.. ko sorang je panggil aku Galuh di alam nyata ni. Syukur.. aku ada kawan dua alam (adehhh... aku xtau nk istilah mende wakakaka... ye la dua alam.. maya dan nyata...) hehehehe.. semoga aku xpernah padam dari ingatan ko sampai bila-bila key. Nis, dua hari lepas ko ckp ko syukur ko dikelilingi suami, keluarga dan sahabat yang baik-baik. Ko tau kenapa nis.. sebab ko pun baik dengan semua org. Jangan tanya kenapa keadaan ni aneh tapi Allah balikkan semula kebaikan yang ko buat untuk semua orang supaya saat-saat getir macam ni ko tak rasa keseorangan dan berat. Ko orang yang baik Nis. Semua orang tau tu. Kami semua sayang ko. Cepat pulih dear Hanis. Semoga Allah pelihara ko di mana saja ko berada. Aminnnnn... *Hugssssssss....* aku sayang ko. Muahhh..

Semasa Pulau Pinang atau Tanjong Penaga atau Tanjong Penegeri dibuka oleh Sir Francis Light untuk mendirikan kota Fort Cornwallis pada tahun 1786, penduduk tempatan dikatakan telah wujud dan menetap di kawasan Batu Uban, Sungai Pinang, Telok Bahang dan Seberang Perai.
Batu Uban telah wujud komuniti Melayu yang berasal dari Sumatera dan Kedah serta percampuran dengan pedagang dan alim ulama dari tanah Arab.
Telok Bahang pula adalah penduduk nelayan yang berasal dari Kedah dan Aceh.
Sungai Pinang juga terdapat penduduk Melayu berasal dari Kedah, Aceh, Sumatera dan India Muslim yang berdagang dengan penduduk tempatan yang mengikut cerita lisan yang mashyur sebagai “Tok Nadok berkajang kain” yang bermaksud Tok Nadok atau Tok Nagor berkemahkan kain.
Kawasan Seberang Perai yang lama dibawah pemerintahan Kesultanan Kedah malah sebahagian dari Kerajaan Lembah Bujang di Zaman Langkasuka telah lama diduduki penduduk Melayu tempatan di Kota Aur, Guar Kepah, Permatang Bendahari, Penaga, Kuala Muda, Kuala Bekah, Bagan Tambang, Telok Air Tawar, Kuala Perai, Bagan, Kampong Kota, Kuala Juru dan Pulau Aman dikatakan jauh lebih awal sebelum kedatangan Sir Francis Light lagi.
Butterworth atau “Bagan” adalah nama panggilan penduduk tempatan yang dimaksudkan pengkalan atau "Jetty".
Kawasan Bagan merupakan kawasan penempatan awal penduduk tempatan di persisiran pantai yang berhadapan dengan Pulau Pinang terutamanya nelayan.
Ianya dapat dilihat dari nama tempat disepanjang pantai di Butterworth sehingga ke Telok Air Tawar yang bermula ataupun menggunakan nama Bagan bermaksud Pengkalan atau “Jetty”.
Bermula dari Pengkalan Sultan Abdul Halim, Bagan Luar, Kubang Buaya, Bagan Jermal, Bagan Ajam, Bagan Lebai Tahir, Bagan Tuan Kecil, Bagan Lalang, Bagan Dalam hinggalah ke Bagan Tambang dan Bagan Belat di Telok Air Tawar.
Pentadbiran Inggeris di Pulau Pinang pada tahun 1814 telah menunjukkan wujudnya penempatan awal dikawasan Pengkalan Sultan Abdul Halim, Pengkalan Feri atau Stesyen bas Jeti Butterworth atau Meriam Timbul, di mana terdapatnya sebuah surau lama yang bernama Surau Balai Pukat dan Tanah Perkuburan Islam di bersebelahan tangki minyak Shell di Pangkalan Bagan Luar, Jalan Pantai Butterworth.
Sumber sejarah juga menyatakan bahawa Sultan Kedah telah bersiap sedia dengan Angkatan Perang Kedah untuk memerangi Inggeris bagi menawan semula Pulau Pinang yang telah diambil oleh pihak Inggeris secara tipu muslihat.
Namun Angkatan beliau telah tewas dalam serangan mengejut oleh tentera Sir Francis Light pada 1791.
Maka Sultan telah mengatur rancangannya untuk menyerang Inggeris dengan menyiapkan Angkatan Perangnya yang berpusat di Kampung Kota.
Senjata-senjata dipersiapkan dari kilang-kilangnya di Pekan Darat.
Pahlawan-pahlawan dan panglima-panglima perang serta perajurit-perajurit telah bersiap sedia untuk bertempur di medan “jihad menentang kafir” kerana mereka bukan sahaja dari Angkatan Kedah malah telah dibantu dari para kesatria Melayu dari Aceh, Perak, Pattani, Johor malah dari Brunei, Kepulauan Mindanao dan Illanun.
Perang ini amat penting demi mempertahankan satu lagi bumi Melayu dari jatuh ke tangan penjajah, bererti hidup dan mati Kedah dan Nusantara ini, maka dengan seribu buah perahu-perahu telah dipersiapkan untuk menyerang Pulau Pinang dari Kuala Perai, Butterworth.
Angkatan Perang Kedah pada ketika itu sedang berkubu di Kuala Perai tetapi malangnya pasukan tentera mereka telah diserang secara mengejut terlebih dahulu oleh pihak tentera Kapten Sir Francis Light dengan mengarah serangan dilakukan oleh pembantunya “Kapten Andrew Glass pada 12 April 1791 kira-kira jam 4.00 pagi.
Empat kapal perang bernama Dolphin, Princess Augusta dan Valient bersama tiga kompeni askar sipahi/sepoi telah menyerang Kuala Perai.
Ia juga merupakan suatu peperangan yang hebat antara tentera Kedah dengan askar-askar sipahi telah berlaku selama empat hari.
Amat malangnya nasib yang menimpa tentera Sultan Kedah kerana Syarikat Hindia Timur dikatakan waktu itu mempunyai kelengkapan senjata yang moden serta askar-askar yang terlatih dengan mudahnya mereka dapat menewaskan askar-askar Sultan Kedah.
Kebanyakan Kubu-kubu yang dibina di Kuala Prai Butterworth itu telah musnah dibom oleh kapal Perang British.
Walau bagaimanapun selepas itu Baginda Sultan Kedah juga dikatakan telah memajukan pelabuhan di kawasan Seberang Perai iaitu di kawasan yang bertentangan dengan Tanjong Penaga bertujuan untuk menyaingi kemajuan pihak Inggeris seperti Pengkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth.
Nama Meriam Timbul dan terdapatnya sepucuk meriam yang berada dalam rumah tokong Cina di tepi Jeti Pengkalan Feri Butterworth sekarang ini ada kaitannya dengan kesan peristiwa perang di antara tentera Sultan Kedah dan Sir Francis Light.
Nama Bagan juga dikatakan tidak lagi menjadi nama asalnya kerana William John Butterworth (Governor of the Straits Settlements 1843–1855) telah mengambil alih pentadbiran Negeri Selat, dan pada ketika itu nama Butterworth telah diberi nama sebagai pusat pentadbiran British di Seberang Perai.
Sehingga kini masih terdapat lagi kesan-kesan peninggalan bangunan lama era tahun 1800 seperti Hospital Butterworth, Pejabat Pos Bagan Luar, Pejabat Pertanian, Pejabat Town Council, Balai Polis, Gereja dan bangunan persendirian semasa pentadbiran British seperti di Jalan Pantai, Sekolah Convent Butterworth, Kilang Peleburan Bijih Timah (Straits Trading Company), Lapangan Terbang Royal Australia Air Force (RAAF) atau Pengkalan TUDM Butterworth, Taman Robina dan Bangunan unik seperti piring terbang di Sekolah Menengah Vokasional Butterworth di Telok Air Tawar.
Ketika era sebelum merdeka pada tahun 1950, Butterworth banyak mencatatkan peristiwa bersejarah seperti Hari Pengisytiharan Pemuda Merdeka di Dataran Pemuda Merdeka di Jalan Bagan Luar Butterworth atau dahulunya ia lebih dikenali dengan nama padang British Recreation Club (BRC) pada 1958 yang di ketuai oleh Ketua Pemuda UMNO Malaya ketika itu Dato Haji Ahmad Badawi (ayahanda Pak Lah) dan juga persidangan para Alim Ulama dan juga terdapat banyak organisasi awal dari Seberang Perai telah menjadi pengasas utama keahlian Parti Islam SeMalaysia (PAS) pada tahun 1951, di mana kejayaan Persidangan Persatuan Ulama Se-Malaya di Butterworth pada 24 November 1951 dikatakan telah menjadi begitu penting dalam sejarah pembangunan Islam di negara ini.
Sumber daripada:
Tuan Haji Dahalan Bin Fazil
Persatuan Sejarah Dan Warisan Negeri Pulau Pinang






My little one as the years go by
There may be times when your heart will cry
And if your in need of a word of cheer
You can always turn to me

My little one though I love you so
There'll come a day I must let you go
But you'll have my love for eternity
Little one you are everything to me

My darling I love you so much
So much there's nothing in the world
nothing that I wouldn't do for you
And it gives me such a wonderful feeling
to know your mine

Fills me with more happiness
than I've ever known before
And each night as you slip off to dream land
I thank heaven for giving me you
My little one though I love you so
There'll come a day I must let you go
But you'll have my love for eternity
Little one you are everything to me
=Credits to Frankie Laine=

Tuesday, April 30, 2013

Kisah Aku, Andre, Andika dan Sri Kamariah

By Galuh Cendra Kirana

Assalam kengkawan, haaa... kan aku dah kater azam tahun baru mula2 akan tergolek sikit namum tetapi, aku cuba jugak utk rajin2 memandangkan kesulitan yg terjadi adelah kerana fenomena alam yang xdapat dielakkan. Alhamdulillah, Andre sihat dan aku dah masuk opis semula setelah 90 hari cuti bersalin dan melaksanakan tugas sebagai ibu kepada baby baru dan Abangnye juge. fuhh.. makin lama duduk rumah, makin sibuk aku dibuatnya. Apa yang sibuk sgtnye aku pun xtawu. hehehe. Hari ni hari pertama selepas cuti panjang di opis. Andre aku tinggalkan dengan mama di rumah, manakale abangnye Andika kami hantar ke nursery.

Bagus juga hantar dia ke nursery supaya dapat dia bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya. maklumlah kat rumah dia cuma berkawan dengan tv jer. dari pagi sampai petang, Baby TV ngan Disney Channel je teman dia sambil kami layan si adik dan buat keja rumah. sekali sekala ada jugak dier ngusik si adik. agaknye apela dier ingat adik dier tu. kadang2 dier layan mcm anak patung pun ade, kadang2 main campak je barang mainan kat si adik. ingat adik dier leh sambut. ade masanye dier datang kat adik, sayang2 adik banyak2 sampai elio melekit2 kat muka adik tu. hai, kalau kami tinggal dier kt rumah sama dengan Tok Mama dier dengan adiknye tu, pengsan la Tok Mama jawabnye ;p. Memang tok mama tak senang duduk, nak masak takleh, nak makan pun terganggu. Asyik mata ni nak kene menjenguk2 jer kot2 adik kene penyek ngan si abang.

Pagi tadi lepas hal-hal pendaftaran, aku lepaskan Andika ke ruang tamu banglo Sri Kamariah Jalan Yahaya Awal, terpacak dah dier depan tv di celah2 bebudak sebaya yang tengah tgk kartun. aku pun dier dah tak peduli. lega sikit la rase bila ada benda yang boleh menarik perhatian dier. Aku ingatkan macam yang kami sangka macam budak2 lain menangis bila datang tempat asing. Sebenarnya ni kali ke dua aku hantar Andika gi tempat ni, first time dulu masa mama gi umrah taun lepas 2 minggu. masa tu dia baby lagi. 7 bulan.. Teacher2 ni masih ingat Andika sebab namanya yang klasik dan perangai dier yang suke asingkan diri dengan orang. Kali ni dier datang balik, teacher2 tu kenal dia, dia pulak yang dah lupa, muka poyo jer senyum pun takmo. Haish Andika, Andika... aku tengok dia leka jer ngan tv dan laptop teacher yang ader video budak2 tengah joget. aku sambil2 pesan mcm2 dekat teacher-teacher situ, sambil aku jengkit2 cabot ke pintu dan zasssss start keter gi opis. Mujur dia tak perasan sbb asyik sgt dengan kawan2. Actually day care ni dekat jer dengan opis aku MATRADE Johor. dekat dengan RTM Johor dan SIGS.

Sambil2 buat kije, tertunggu-tunggu jugak aku kot2 ada teacher yang akan call tapi Alhamdulillah lah, dah dekat hujung2 petang ni pun xde complain pun... ok kot Andika kat saner. =) lega...

Owh btw aku nak upload gambo Baby Andre yang terkini... ;)


Friday, February 15, 2013

Andre Damsyiq dah sampai.... :-)

By Galuh Cendra Kirana

Segala puji hanya bagi Allah... aku baru berkesempatan untuk update beri terkini ini... aku dah selamat melahirkan baby  ke dua pada 30 Januari lalu. Baby boy yang sempurna dan lebih berat dari abangnya Andika. tempoh kemengandungan depa adalah sama, iaitu 37 minggu genap. kebetulan kan. Apapun aku syukur sangat sebab si adik ni kurang meragam dan sangat handsome, sesuai dengan nama yang Dedi beri, Andre Damsyiq bin Aidil Amir. Bermaksud "Lelaki Damsyik". Jangan tanya mak dia kenapa muncul idea nk bagi nama tu. haishhh.. aku fikir, agaknya dedi dia nak buat penghormatan buat bumi Syria kot. Damsyik tu kan nama Ibu Kota Syria yang sedang bergolak sekarang ni... atau dalam bahaasa Inggerisnya dipanggil Damascus..

SEbenornye tak jangkapun nak melahirkan awal mcm tu, tapi dah sampai masanya yang dijanjikanya kot, kami (Cik Mog n aku) cuma  pada asalnya gi booking hospital jer, sekali doktor buat check up... seluk2 dah terbuka jalannya 3cm... lalu akupun ditempatkan di wad semalaman sebelum keesokan paginya dimasukkan ke labor room...  nanti ada kesempatan aku ceritakan dengan lagi terperinci kat entri baru keh. just nak update aje pada korang sume berikutan entri "False or True" aku yg lepas tu :-)

Terima ksih kengkawan, atas doa dan ucapan yang diberikan.. nanti kat entri baru aku akan upload gambo new baby boy tu keh.. :-)

Wednesday, January 23, 2013

False or True????

By Galuh Cendra Kirana

Tok tok tok.....~ Salammmm~!!!!

Pagi ni start dari kul 3 pagi aku dah sakit bahagian bawah perut ngan belakang pinggang sebelah kiri. Baru kusedor aku tido lamer giler mengiring kot kiri. Sakitnye mukan kepalang sayang-sayang buah kepayang ditelan pahit dibuang sayang gitu.

Aku memula tu ber'ish ish ish' jugak untuk tukar posisi, maklongle berat aku sniri jer dah cukop azab nak kubawa ke kanan, nak tukor posisi. Saketttttttnye ala2 mcm mase nak terberanak kat Andika dulu tapi yang peliknye tadek kuor darah atopon air ketuban. FALSE Alarm ker nih. Salunye kalo dah tau false cepat2 la neutral balik sediakala, ini tidak.... dier sambung main wayang lagik walopon dah terang2 lagi bersuluh dier tgh kelentong aku.

Time ni aku kat opis, pagi ni memandu dengan penuh kepayahan dan kekejangan perut. Aku amik inisiatif ni sebab nak uji sejauh maner contraction tipu-tipu ni nak perdayakan aku. Hah, well done, Alhamdulillah berjaye sampai ngan berlagaknye (tapi mase nk turun kete tu membongkok gak lah sebab xleh nk jalan tegak).

OK. nanti aku update lagi. Addehh... ade sikittt lagik benda nak setel sebelom 'meletop' nih. Tataa... :)

Wednesday, January 09, 2013

Entri Pertama Di 2013 Yang Fana Ini

By Galuh Cendra Kirana


Hi, OK dah. Hehehehe. yelah yelah haku hapdet lah....
Sebenornye aku sgt 'lepak' start tgh tahun lepas sampailah awal tahun ni. Ader idea.. tapi lagi best kalo ader tukang taip terlatih utk bacer fikiran aku yang kudus nih. Ogeh, baby bump aku dah setinggi gunung, dan sentiase sakit sana sakit sini. Huhuhik. Pade yg lum tahu, arakian dimaklumkan bahawa hakak dah menandong selama 8 bulan dah ni. Tu yang akar tunjang kemalasan baloq liatku menjadi-jadi kesuburannya... dan insyaAllah EDD 17 Februari depan. 

Sejak akhir-akhir kekembonganku ini, loya ngan muntah2 kerap lak jadi. Mase nandong ke Andika dulu tak rase ape pun (sakit nak versalen tu rasa lerrr).. ni nandong ke adik dia ni mcm2 keloyaan datang berkoyan-koyan. (tapi aku banyak makan duyan kali ni). OK update terkini pasal keluarga chomel kami, Andika dah berlari dan memanjat, makan pun nk sedap-sedap tapi xgemor makan buah. satu hari nanti aku nk mintak petua kengkawan cemaner nk kasik dier suke. Nanti aku buat post khas yer. (insyaAllah tau sbb tak janji bila kemalasan aku nk surut nih. lalala)... Daddy Andika iyeittew Cik Mog makin dipam pam dan menjadi idola Andika. Ogeh. Andika lom pandai sebut Mommi tapi dah khatam sgt2 panggil Dedeh. Tok Mama dier panggil Omamam. kadang-kadang aku pun dipanggil Dedeh jugak. OK takper, mommi kasik chance sampai adik kuar yer Andika. Nanti Mommi buat kelas tushen kat Andika ngan Adik pasal panggilan nih. Kohkohkoh. Orait... rasenye belum terlewat untuk kuucapkan Selamat Tahun Baghu kepade kengkawan dan sodara mara yang mengenali diri ini nun di kejauhan mahupon di kejiranan ini.

Harapanku iyelah semoge kita semua dapat sempurnakan keinginan masing-masing walaupun tak dapat sepenuhnya ditunaikan, asalkan dapat nampak jalannye pun jadilah. Selow-selow kayoh kan... Amin... Azamku tahun ni nak jadi rajin sikit dari tahun-tahun yang sebelomnye. So dengan entri pertama ni, aku harap sekurang-kurangnya sebulan sekali dapatla aku post kat blog. Lalalala... insyaAllah.. ;)

Ketemu lagi yeh korang.. manerlah tawu besok aku dah start rajin ker.. manalah tawu kan.. aku jumpe korang lagi. kihkihkih. Tataaa sume.. Wassalam.. Oh.. ogeh aku hapdet gambo terbaru aku buat tatapan kengkawan yang tertanya-tanya maner la muke terbaru aku..

kembang kan. so aku gunekan teknik membujur lalu melintang pukang pipi aku. hehehe. nanti lah ade gambo lagi tak senonoh dipade yg ini, akanku postkan lagi di lain entri. wakakaka... Miss you so much lah guys...Assalammmmualaikummm (^_^)v

Thursday, June 28, 2012

Cara membunuh lipas!

By Galuh Cendra Kirana


Lipas, mesti ramai yang takut dan agak geli dengan lipas ni, walaupun kecil tapi kalau ada yang boleh terbang tu memang merimaskan gak.. haha, ni ada cara-cara terbaik untuk membunuh dan menghapuskan lipas..

Petua 1: Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat ada banyak lipas. Lipas akan mati.

Petua 2: Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.

Petua 3: Kalau terlalu banyak sangat, sediakan ubi kentang yang direbus dan dilecek dicampurkan bersama serbuk penaik dan gaul. Buat seperti begedel dan letak di tempat banyak lipas

Dipetik dari : Forum Gempak.org

Thursday, May 31, 2012

Labbaikallahumma... Umrah Mabrur Buat Mama...

By Galuh Cendra Kirana

Selamat Pagi guys... hari ni saya sibuk menunggu khabar dari KLIA berikutan pemergian Mama menunaikan Umrah buat pertama kali dalam hidupnya. Sebenarnya kami dah lama rancang tapi masa dan ketentuan yang menentukan bila. Alhamdulillah kini sudah sampai masanya Mama menyahut panggilan sebagai tetamu Allah ke tanah suci. Sememangnya pelbagai dugaan dan cabaran ni. Seruan insan yang hatinya sudah sampai lama di Bumi Mekah kini tersahut jua. Mama, anak-anak Mama dah banyak merunsingkan Mama, menyusahkan Mama menjaga kami sepanjang hayat. Hati ni teringin sangat nak bawa Mama jalan-jalan shopping ke 'luar' tapi bila diajukan offer, Mama mcm xberminat nak respon. Tapi yang ini, sebut aje terus Mama bersemangat nak pergi walaupun ketika ini Mama sedar yang beliau sangat ingin pergi sendiri, tanpa ditemani Arwah Abah. Semoga Mama kuat semangat dan dikurniakan hati yang kebal. Justeru itulah kami adik beradikku dan suamiku bersatu padu demi merealisasikan impian mama ke Tanah Suci menunaikan Umrah. Selamat Jalan, Mama, dan Selamat kembali ke pangkuan kami dengan selamat. Tak sabar menunggu Mama pulang untuk mendengar pengalaman Umrah beliau nanti.

Oh ya, pakej ini juga tidak dapat ditempah sekiranya tanpa bantuan Ayah (bapa sedaraku). Terima kasih Ayah. Tolong tengok-tengokkan Mama na. Pagi ni semua sanak saudara hantar mereka berdua di KLIA. Cuma saya dan Cik Mog saja yang tinggal di Johor Bahru ni. komen2 gambar di FB je lah... tapi masa mama balik nti sayalah akan jadi orang pertama yang menyambut, insyaAllah :)))))

 Dari kiri (DEPAN): Mama, Abang, Ayah, Danish& Anazurra
BELAKANG : Haris, Kak Ngah, Pidoih & Ikin

 Si Gebu ngan Mama. Mata mama mengantuk sbb buat persediaan sepanjang malam. (maklumlah xsangka akan dapat flight ticket seawal ni lepas mcm2 kekangan berkenaan penerbangan. harap2 mama x fikir sgt pasal insiden2 tu. yang penting Mama selamat dan masih ada rezeki sampai ke sana dengan tenang)

My Mama.. I Love You <3 <3 <3

Tuesday, May 29, 2012

The Best Tuition Center for Your Kids

By Galuh Cendra Kirana



I have something good to share.

My friend's kids joined this ISmart Learning Center (ISLC) 3 years ago.  They have shown a tremendous improvement in their learning. They also have confidence in public speaking, making their own decision and the best part, they begin to show the leadership skill.  They are only kids age 13 and 15. What an amazing result for my frined to see them grow to be a wonderful person.

The teachers there are passionate about forming a strong partnership with parent to ensure the best possible experience for their child. They are also  experienced,  qualified and experts in their field,dedicated and passionate of their work,   Committed and sensitive to the learning needs of the children.

They found out that the ISLC is totally committed to every child’s future.  Her kids discovered that learning is fun, while making new friends and building strong relationships with teachers.The center not only focuses on child’s academic performance, but also enriches their intellectual and creative powers.

They also like the Small Group Class concept which is very helpful in developing kids' skills andknowledge.

If you want your kids to enjoy learning (even if they do not like schools and not keen to study) and if your dream for them to be future leaders, this is the place for YOUR CHILDREN.

Don't waste the time, just click http://ismartlearningcenter.blogspot.com/ ; OR call 017-3742856/ 016-2215897.

Wednesday, May 23, 2012

(Norma & Talib) : Norma telah menemui Ilahi 23 Mei 2012

By Galuh Cendra Kirana


Assalamualaikum..

Untuk makluman semua yang mengikuti kisah Norma dan Talib.. Norma telah meninggal dunia pada pukul 1.00 pagi tadi dan jenazah dimandikan di hospital Serdang dan terus di bawa ke Pontian subuh tadi.. Sekarang Moon dan keluarga dalam perjalanan ke Pontian.. Mama (Ibu mertua Moon) dari Taiping juga dalam perjalanan ke Pontian.. Moon akan berada di Pontian sehingga malam ini selepas tahlil, Insya Allah..

.. sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Norma...  ***seperti biasa setiap kali saya terkenangkan kisahnya, saya akan menitiskan air mata, sama seperti anda juga. Selaku seorang isteri dan ibu, saya tak mungkin mampu sekuat beliau. Hanya Allah sahaja yang mengerti betapa hambaMu itu ingin hidup lebih lama dan mengecapi bahagia bersama-sama keluarga tercinta. Namun apakan daya, semua usaha telah dibuat, Allah jualah yang memutuskan kesudahan. Ya Allah, besar sungguh dugaanMu buat mereka. Semoga Talib kuatkan semangat dan kenang selalu cintanya yang tidak berpenghujung buat Norma. Semoga Baby Rafiq juga kenang mamanya juga sangat menyayanginya sampai ke hujung nyawa..... Takziah buat Moon, Talib dan keluarga Allahyarham Norma...

Norma dan Talib (semasa baru kahwin)... happy sangat saat ini... they really have each other.. 

dugaan apabila Norma diserang kanser otak. semua itu bukan alasan buat Talib melepaskan genggaman mereka, malah bertambah utuh dan teguh cinta mereka. Talib, redhalah pemergiannya. Arwah sgt bertuah memiliki suami sesetia anda. semoga bertemu semula di syurga... Amin..








Thursday, April 12, 2012

Tips Menjaga Pakaian

By Galuh Cendra Kirana

Gula-Gula Getah Melekat Pada Pakaian
Letakkan pakaian tadi dalam peti sejuk beberapa jam. Kemudian keluarkannya. Basuh seperti biasa dan anda akan dapati gula-gula getah mudah ditanggalkan dari pakaian.

Pakaian Terkena Dakwat
1. Bancuh sedikit susu dengan sedikit air. Biarkan ianya pekat. Celup dan rendamkan pakaian yang terkena dakwat tadi ke dalam bancuhan susu tersebut selama 20 hingga 25 minit.Kemudian basuh dan bilas pakaian itu seperti biasa.

2. Titiskan air limau yang bercampur dengan garam pada tanda dakwat dan gosok-gosoklah dengan tangan. Biarkan ia seketika sebelum membasuhnya seperti biasa.

3. Picitkan penyembur rambut pada pakaian tersebut. Biarkan ia kering sebentar. Kemudian sapukan pula air yang bercampur cuka. Berus dan basuhlah seperti biasa.

 Pakaian Terkena Karat
1.Pakaian yang disimpan lama biasanya akan mempunyai kesan karat terutama pada bahagian lipatan. Kesan karat juga boleh terkena pada pakaian jika tempat sidaian besi itu sendiri berkarat. Sapukan sedikit kapur makan pada bahagian yang berkarat. Kemudian perah limau nipis di atas bahagian berkarat tersebut. Biarkan selama 30 minit sebelum disental. Kesan karat akan lebih mudah untuk dibersihkan.

2. Potong dua biji limau. Gosokkan pada bahagian yang terkena karat. Kemudian rendamkan dengan air garam. Setelah itu, basuh pakaian itu seperti biasa.

Hilangkan Getah Pisang Pada Pakaian
Sapukan sedikit kapur makan dan biarkan selama beberapa minit. 
Kemudian barulah dicuci seperti biasa.

Pakaian Terkena Cat
Rendamkan pakaian itu bersama minyak tanah. Biarkan ia selama beberapa jam. Kemudian basuh dengan air sabun, berus dan bilas seperti biasa.

Membersihkan Tekat Benang Emas
Sulaman daripada benang emas amat sukar dibersihkan. Untuk mengatasinya, taburkan sedikit serbuk soda bikarbonat. Kemudian gosoklah perlahan-lahan.

Memutihkan Kain
Kain putih yang lama disimpan akan menampakkan warna yang kusam dan tidak berseri.
 * Bakar pelepah kelapa sehingga menjadi abu.
 * Campurkan dengan air.
 
* Masukkan sabun dan rendamkan kain tersebut semalaman.
  
* Kemudian cuci kain tersebut seperti biasa.

Menanggalkan Kesan Minyak Hitam pada Pakaian
1. Titiskan beberapa titik minyak tanah dan sapukan pada bahagian yang hitam. Gosok perlahan-lahan supaya ianya tidak merosakkan pakaian tersebut. Biarkan ia sebentar. Kemudian perahkan air limau nipis atau limau kasturi. Setelah itu, basuh dengan air sabun dan bilas seperti biasa.

2. Basahkan kain dan sapukan sabun mandi di tempat yang ada kesan hitam. Kemudian cucilah seperti biasa dan ulang beberapa kali sehingga kesan hitam itu hilang.

Mengeringkan Kasut Sekolah
1.Gumpal beberapa helai kertas surat khabar dan sumbatkan ke dalam kasut sekolah sehingga padat. Kemudian letakkan ia di bawah peti sejuk.

2.Sumbatkan beberapa helai kain buruk -(cth : baju t-shirt yang sudah tidak digunakan lagi) dan sumbatkan ke dalam kasut sekolah sehingga padat dan letakkan dibelakang peti sejuk.

Menghilangkan Darah Pada Pakaian
1. Gosokkan sabun mandi pada pakaian, bairkan seketika. Selepas itu basuh pakaian itu seperti biasa. Insya-Allah darah itu akan hilang nanti.

2. Campurkan garam kasar dengan air. 
Rendamkan pakaian yang terkena darah ke dalam air tersebut. Biarkan semalaman. Kemudian cucilah seperti biasa.

Menghilangkan Karat Besi Pada Pakaian
1. Basuh kain dengan garam yang dicampur dengan air limau nipis. Cuci di tempat yang terkena karat. Kemudian basuh seperti biasa.

2. Sapukan sabun mandi sehingga menutupi kawasan yang berkarat. Kemudian perahkan limau nipis atau limau kasturi ke atas kesan karat itu.. 
Biarkan ia seketika dan basuh dengan air sabun seperti biasa.

Menghilangkan Minyak di Kain
1.  Basuh kain tersebut dengan air sabun, perah dan jemurkan sehingga kering. Kemudian bilas sekali lagi dan jemur semula. Ulang sehingga anda nampak perubahannya.


2.  Lumurkan bedak pada kesan tersebut, biarkan beberapa jam. Kemudian basuh dengan sabun seperti biasa. Tompok minyak akan hilang sepenuhnya. 

Mengekalkan Warna Pakaian
Rebus dua biji kentang, hancurkan dan gaulkan dengan sedikit garam serta sedikit cuka. Selepas itu masukkan pakaian tadi ke dalam campuran tersebut dan biarkan selama 30 minit. Kemudian cuci seperti biasa.

Mengekalkan Warna Kain Batik
1. Rendamkan kain batik anda yang baru dibeli ke dalam bancuhan air teh selama 20 minit. Kemudian bilas sehingga bersih tanpa menggunakan sabun.

2. Ramas daun betik dengan air. Kemudian rendamkan kain batik yang baru dalam air tersebut semalaman.

Menaikkan Seri Kain Sutera
Sebelum digosok, masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman. Keesokkan harinya barulah boleh digosok. Pasti hasilnya nanti sungguh memuaskan. Baju anda akan kelihatan baru dan berseri.

Melancarkan Perjalanan Zip
jangan gelisah sekiranya zip seluar, baju atau beg pakaian anda tidak selancar dahulu. Cara yang paling mudah untuk melancarkan perjalanan zip ialah dengan menggosokkan lilin pada zip itu. Zip itu akan kembali lancar.

Mengilatkan Kasut Kulit
Ambil sedikit ubat gigi dan letakkan (calitkan) pada kapas atau tisu. Kemudian gosoklah pada kasut kulit anda sehingga bersih dan berkilat.

Mencuci Beg Tangan Jenis Kulit
* Calitkan ubat gigi pada perca kain atau span.
* Kemudian gosoklah pada keseluruhan beg tangan.
* Kemudian lapkan pula dengan kain yang bersih. Beg tangan itu tentu akan kelihatan seperti yang baru.

***Nota Kaki :- Haah. Macamne korang tawu aku xder idea nak buat entry. Hehehehe. Janji ada artikel untuk dikongsi yeahhhh... Terima kasih Sue Hijab... sebab sudi share petua2 mcm ni. Berguna banget deyh.. Muahhhh~



Tuesday, April 10, 2012

Ni Nama Dia Berlari-lari Anak Beranak

By Galuh Cendra Kirana

Sabtu lepas aku membuang tabiat di samping membuang sedikit 'gugusan lemak' di badanku. Sebenornye ni aktiviti PTP. Cik Mog sesaje la berborak ngan aku pade beberape hari sebelum kejadian ni benar-benar berlaku. Jadi aku dengan tak malunya cakap nak join. Gilo weyh. sejak dah tawen, aku langsung xbersenam. Aku lebih banyak menjurus kepada aktibiti bersenang lenang sambil melatih tubi kek-kek dan pizza sampai 'six pack' aku menjadi tegar malah ketegar. Lalu aku pun merejister lah. Alangkah terharunye hatiku pabila sekretariat membenarkan peserta berlari sambil tolak stroller baby. (apaaaaaaa????? mcm ni pom buleh ma?). Apapepon pihak KPJ Johor sangatlah prihatin dan sporting. Masa aku hampir tetiap tahun (Sebelom tawen dulu) masuk Penang Run dulu, Dorang tunggu sampai orang tempat pertama sampai ke 3 sampai jer. pehtu takde sape pedulik pom ko nak sampai ke tidak ke garisan penamat. hihihik. dah sah2 ler aku tawu sebab selalu aku la tu yang top 10 yg terkebelakang. kahkahkahkahkah! Tapi kan, tujuan sebenor bukan nak menang pon. Just to join the crowd and having fun sajia. Disamping menambah kawan-kawan baru. See? Aku dapat ramai kawan kat sini. kebanyakan kawan Cik Mog lah jugak. Kaum2 ibu dan kucing2. =) Diorang sangatlah best dan sekali-sekala mesti lah terkenangkan korang nan jauh di mata yang aku rindui. Baik Penang, Kedah, Baik KL. Semuanya aku rindu beb. Kehidupan di JB sederhana tapi meriah. Wajah-wajah baru dan level-level usia yang baru. Kat sini kije aku pegi kije, balik kije. Selain tu melayan karenah si Andika Darwisyh yang semakin cerdik dan semakin terserlah kekepohannye. Bak kata Atuk Ba dier di Kluang, Andika ni jer cucu dier yang nak attach dengan orang. Dier manje n xmau berseorangan. Mesti nak kita semua di sekeliling dia. Sanggup jer dia terlelap waktu semua org tengah kecoh kat ruang tamu. Tak kisah di tangan siapa, dia mesra sangat dan nak dekat orang. Amacam? Nampak tak dia friendly... macam siapa? Lalalalalallaa.. see the mommeh ogehhh... \(^,^)/

OK berbalik kepade aktiviti larian amal kitorang tu. Venuenye di Bandar Johor Bahru tapi di celah-celah kehijauan lah. Start pukul 8.00 pagi, dan sampai di garisan penamat pukul 9.15. Jarak dalam 350m. Aku ngan Sab je la yg sampai time tu. Orang lain dah siang2 dah sampai siap tgh mengunyah roti ngan vitagen dah. Cheh. Itupun mujur aku dah poskan Andika kat Deddi dia di pertengahan jalan. Andika mula2 takmo duduk dalam stroller sebab bila dedi dier dok berlari di depan dier, mungken dier jeles meles dalam hati sbb xbawak dier. So, Cik Mog pun berlarilah sambil bawak anak. Sememangnya aku xperasan apekah yg org lalu lalang kat jalan raya tu nampak. Cuma bila terkenang balik hari ni, baru aku sedar, comelnye situasi tu. seorang mak ngan bapak berlari dan tolak trolli dengan tshirt bernombor. Kakhakhakhakhakahkah... Sweet! So Andika lagi laju la berbanding Momi dia. Huh. 

Oh ya, aku lupa nak bagitau aku dapat kenal sorang pelari pompuan yang membawa perut saratnye. hehehe. Bersemangat sangat beliau nih walaupun tgh berbadan dua. Kitorang bertegur sapa time baru mula berlari (jalanlah utk lebih spesifik). Beliau datang dengan anak buah yang bernama 'Kakak'. Comel Kakak nih. Sambil aku tgh tolak troli sembang-sembang pasal check up perut kat maner sume2.. Haah, start pembuka tirai larian dengan jalan-jalan makan angin sangatlah best. korang try lah yer. Mesti ambulan datang tindih tengkuk korang. Hehe. Aku takper, aku temankan ibu menandong (alasan). Ok dipendekkan cerita, di tengah-tengah perjalanan, wanita sarat tadi terpaksa menaiki Ambulans KPJ yang mmg sedia menunggu untuk menjemput sesiapa yang surrender. Actually beliau belum mengalah tau. Akan tetapi sebab anak buahnya, Kakak, dah xlarat sebab tapak tangannye luka sebab tertiarap di permulaan larian tadik, maka digagahi jua naik ambulans lagipun aku yang halau sebab xsanggup sgt tengok ibu nandong berlari jauh2. bahaya lah. Ha? Kakak tu jatuh sebab ape? Dier terjatuh sebab ader sorang auntie tu terlanggar kaki dier dengan stroller baby. Dan auntie tu iyelah. =( Aku.Maafkan auntie yer Kakak.huhuhuhu. Kesian aku tengok dia. Punyelah sibuk aku ngan Mak Ngah dia (wanita nandong ittew) berborak, sampai time turun bukit tu tertindih kaki dier dari belakang. huhuhu. Auntie gumok yang bersalah. Yer. Auntie minta maaf yer... Time nak naik ambulance tu wanita nandong yang cantik ittew memberikan bussines card : ZHARYN HASSAN - Presenter, Broadcast Executive & Producer - BEST 104 FM (Suara Johor) HAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Aku berborak ngan DJ radio Johor ghupenye! Dan skang ni aku dah lambat nak antar gamba2 ni dekat dia. Aku antar kejap yer. Nanti aku sambung lagik. Nah, ini untuk tatapan korang yang merindui saye. Elin, Tatak, Mak Teh, Che 'Ah, Maton, Obey, Galuh... ini ler wajah terkini pemilik nama2 comey tadik. hihihihihik! Aku miss koranggggggggggggggggggggggggggg!!!!!!!!!!!! muaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!
Si jejaka bernama Andika. ish ish ish... sambil terkangkang!

mak dier tengah streching. miahahahihi. Anak bujangnye tgh diinterview oleh Auntie Jehan...

bulat sangatttt~

sebelom bermula... semangat eh? over tau. :)) sambil check2 stroller. Aiyyak. Andika wat pangai tamo duduk stroller. terus panggil Dedi dia utk dukung. Terpaksa la start dgn tolak stroller kosong. Lawak.



 suasana Hutan Bandar yang damai di pagi hari... :)


dan kami dipotong oleh adik2 sweet nih. bebudak PTP sume dah makin jauh. termasuklah Sab, dan fotografer nih. Cik Mog.hhihhoho


 cik mog amek gambo lagik. yer. gambo kitorang yg terkebelakang nih. namom tetap tersengih menandakan kantoi. lalalallala.


nampak sab yang tengah tercungap2 kat tepi jalan. Ni selepas DJ Zharyn dah naik ambulans. Kami pun gendeng2 bersame tolak stroller. OK. Aku kasik Sab yang tercungap2 tu tolak stroller. baik punya kawan. Ciss.. Tak guna punya Elin. Nanananaa~


  Hero yang nampak kami menyelamatkan keadaan dengan mengambik anaknye yang ketiduran dalam stroller ittew. timekaceh slim slim... :))

OK. WALAUPON. Stroller dah dibawak lari dek bapaknye, kami masih nampak mengecik di belakang. yer, jauh. Kami tau. huhuhu

 huhuhuhuh.yer, ramai yang dah sampai. OK, SEMUA DAH SAMPAI. tengah tunggu kami jer tu. ;p

sempat lagik bergumbira sampai lambat time org tengah kepanasan tunggu kami kat garisan penamat. wakakakakakaka!!!!! Cayaklah elin &sab. the best partner in crime.erkk.. pakcik tu siap gelakkan kitorang lagik.

 inilah barisan K.A.M.I!!!!

 berborak kejap ngan kawan Cik Mog yang orang Kulim jugek. :)) Fatimah Qamarina a.k.a 'Q'. memang 'rempang' la kalo dah start. ni member2 opis Cik Mog la jugak. huhihi

official brekfes kat Plaza Larkin otw balik. xalarat tunggu lama kat KPJ utk cabutan bertuah dah.. LAPAQ GILA. ;)

OK dah habis. :))))