Duit raya untuk kengkawan semer... semoga rezeki kita semua melimpah2 di hari raye tahun ini...
By Galuh Cendra Kirana
Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:
"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik?"
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".
Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.
"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."
Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata
"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."
Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah.. Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.





(amacam..... heheheh.. dah agak dah ader yg dah meleleh liow neihhh).,.....lalalalala.. aper lagikk.. jom arrrr!!! "Lemah lembut manis berseri-seri
Majlisnya tidak lagi terperi
Parasnya seperti anakan peri
Tiada berbanding di dalam negeri
Bertambahlah arif bijak laksana
Bijak bestari akal sempurna
Sifatnya lengkap tujuh laksana
Tiada berbanding barang di mana
Jikalau dicari dengan makrifat
Cukup kepadanya serba empat
Habis kepada sempurna sifat
Bandingnya itu sukar mendapat..."
(petikan dari Syair Siti Zubaidah @ Perang Cina)
Chakkk~ kengkawan. tetiba tergerak hati lak nk bercerita ttg ape yg aku tahu tentang jenis puisi yg aku gilai ni... syair.... hmm, kalolah aku wujud di zaman purba time Hang Tuah ngn Hang Jebat ader tuh.. mesti time tu ala2 lalu kt kampung aku akan pakai baju kurung, berkain batik, ngn selendang tutup kepala takpun kelubung ngn kain batik kat kepala ala2 siti nurhaliza, n senyum aku pun ala2 nak bersin xjadi tuh. (dah tentu aku bukan mengilai mcm sekarang nei yer.huhuh).
Ciri-ciri syair Melayu biasanya :
a. Mengandungi 4 baris dalam serangkap
b. Dalam satu baris terdapat 4 perkataan dan mengandungi 8-12 sukukata
c. Rima akhir syair adalah a-a-a-a
d. Satu rangkap syair tidak dapat berdiri sendiri sepertimana satu rangkap pantun.
e. Syair tidak mengandungi pembayang dan maksud seperti pantun
Jenis lagu dan irama dalam syair :
1. Irama Selendang Delima
2. Irama Batu Belah
3. Irama Siti Zubaidah
4. Irama Dandan Setia
5. Irama Narasi
(adalah ditekankan di sini bahawa aku hanye tawu dua irama jer. Irama Selendang Delima n Irama Siti Zubaidah rasenye. Dan teringin sgt nak belajar 3 lagi tuh. Kalo kene bertapa kat gunung, err.. bukan aku tak sanggop, tapi aku nk kene save cuti tahunan aku yg xseberapa tu. Akan tetapi kalo syair tu datang lam mimpi n bila bangun tido aku terus pandai lagukan kan bagus.hehe)
Kewujudan syair ni idak ler dinyatekan dgn tepat namun dari segi bahasanye kaya dgn perkataan dari negeri Arab. N aku penah dgr ader Syair Nabi Danial dan Imam Shafi'e. Jadi tak mustahil la gak kan, syair ni berasal dari Arab. Tul tak? Contohnye mukjizat, pokta, nafiri, syuhada, gapura, bahari, bahana, madah, jauhar, kalam dll... kaya dengan metafora, kiasan dan simile.
Sebenornye saper pun xfaham kenape ader 5 irama ni. Kate org2 dulu2, syair Siti Zubaidah cuma untuk menyairkan syair Siti Zubaidah jew. Syair Dandan Setia untuk Dandan Setia jew. begitulah selanjutnye. Namun terpikir gak di medula oblongataku ini : orang dulu2 zaman sebelom ader pistol nei ader ker sebegitu spesifik n sistematik? Muskel gak di benakku sbb banyak perkara laen (kebanyakannye la kan) takdela setepat maner sgt pun yer tak..huuhu...
Emm baiklah. Aku akan terus menggali tentang khazanah nan satu ini. Biarpun tak mungkin aku mendapat nama sebaris ngn penyair2 tanahair (ecewah) namum aku juga cintakan puisi yg berbunyi merdu ini.. walopon mase bertanding banyak kali kt sekolah dulu aku xpernah menang, tapi dalam diam aku suke mengamati rima dan irama syair dalam pelbagai gaya dan lenggok dari peserta2 laen. Sekaligus aku satukan semua skill diorang dan ape yg aku tahu dan aku lagukan sendiri kalo ada majlis2 keraian atau YM Sultan jemput menyanyi pada majlis penting di sekolah. Aku suke praktikkan syair. Kadang2 rasa nafas teratur dan tenang. Bukan untuk ganjaran tetapi demi kepuasan sendiri. Sampai rasa nak terbang sambil tabur bunga2 lak bila mendengarkan syair...
Untuk pengetahuan semer, Irama Syair Selendang Delima adelah syair2 yg biasa kite dengar, yg aku percaya anak Melayu kita ramai yg tahu wlopun xpandai. Alah yg dlu2 dalam radio kan drama bangsawan. kat permulaan n penutup dier mesti ader syair ni. Orang zaman dulu-dulu ni suke bersyair untuk menyampaikan mesej. Syair Selendang Delima misalnye, dilagukan bermalam-malam dan bersambung-sambung sementara nk habis. Bunyiknye masyaAllah... mendayu2 dan merdu banget.. akan tetapi ini la syair yg paling buat orang mengantuk (Sesuai buat dodoi anak atau suami kalo dowang xmo tido). mane taknye satu rangkap sampai mengambil mase paling kurang satu minit. Biasenye iye bersifat monotonous.
Khalayak ramai yang buta huruf akan berduyun2 berkumpul di serambi rumah untuk mengetahui setiap baitnya kerana Selendang delima ni jenis penyampai cerita. Misalnye cerita puteri kayangan, puteri cantik jelita dari istana yang tak ada tolok bandingnya sampai tercetusnya irama indah ini buat meluahkan kecantikan dan keindahannya. Biasanya yang menyampaikannye iyelah penglipulara dari negeri ke negeri. (tukang gosip la lebey kureng - tapi kira ok la suara dier sedap giler sampai semer org terpegun nk dgr wlopun panjang giler). yerla nk membaca xreti. sabor jelah ade org nk datang bercerita menganga jerla.. dah besar rahmat tau.hehe...
N satu lagi jenis yg aku masih terkial2 wlupun tahu iramanye iyelah (aku xsure) samade Siti Zubaidah atau Narasi. Kalo sesaper pernah dgr sebuah drama bertajuk "Syair Yang Hilang", tahulah lagunye. Jenis ni mmg pendek2 setiap baris. Sesuai utk yang bernafas pendek. Wlupun pendek jer iramanye n syairnye cepat habis, iye tetap sedap didengar dan cool jer pakcik yg melagukannye tu sambil ketepek2 jarinye menganyam tikar mengkuang. Isinye banyak berunsur menyampaikan nasihat secara 'hint' kepade pendengarnye. Biasenye orang nk luahkan rasa marah, kelakar atau nk perli seseorang eloklah menggunekannye sbg pengantara. Eh kowang engat dalam AF atopon anak wayang jew ker pakai skil ekspresi wajah n suara nih... dalam syair pun ader tau. sore besar, kecik, mendayu2, merayu2, gembira, terharu, tenang, sombong, nakal, dan banyak lagilah...
Ok murid2, buat mase nei setakat ni dlu ogeh. Nanti Cikgu Galuh akan sambung kelas lagi kalo ader info2 berguna tentang syair lagi. Stay tune, stay alive, dun kill animal... hihiihik.
Assalamualaikum..
Setelah saya meneliti dan menyemak dengan JAIS, ingin dimaklumkan disini doa yang disebarkan dibawah adalah BERTENTANGAN DENGAN AGAMA ISLAM KITA... Saya telah mendapat penjelasan dari salah seorang USTAZ / kakitangan Jabatan Agama Islam Selangor... Doa ini sebenarnya telah banyak
tersebar di Jabatan2 Kerajaan/Badan Berkanun dan Swasta dan dalam proses menunggu penerangan dari JAIS di dalam akhbar.....
Untuk pengetahuan semua,
1. Ustaz Thalut @Muhammad Adeeb Sakiran, orang yang menyebarkan doa ini hanyalah Pemegang Tauliah di JAIS dan bukannya di bahagian dakwah bebas. Tiada bahagian DAKWAH BEBAS DI JAIS.
2. Doa yang diberikan oleh beliau, tidak terdapat di dalam mana2 ayat Al-Quran dan Hadis Rasullullah.
3. Doa ini diamalkan oleh kelompok golongan syiah dan digunakan oleh golongan Al-Arqam.
Oleh yang demikian, JANGAN AMALKAN DOA INI KERANA BERTENTANGAN DENGAN AGAMA ISLAM...PESANAN DARI JAIS..... Yang baik semuanya datang dari ALLAH, dan yang buruk adalah dari kelemahan diri kita sendiri..Wassalam...
Mak Andam Merangkap Pengadil Pertandingan Batu Seremban di opis...
By Galuh Cendra KiranaUwaaaaaaaaaaaaaaaa~ petang ni haku kene buli kaw kaw ngn Rumah Sukan aku kat opis. Memula aku kene jadik Ketua Pasukan Batu Seremban Tujuh Biji. (tak sangke aku batu seremban dah masuk taraf sukan dah yer.) Pehtu baru kejap tadik aku dapat email mengatekan aku dikehendaki memegang watak sampingan sebagai Ketua Pengadil dalam pertandingan tuh. chaitt.. whatever pong, janji aku dapat gak masukkan dalam penilaian prestasi aku tahun ni. kihkhihkih.. kalo nak harap haku maen bola... takkan kot.. hehe.. bab2 ni ogeh la jugak kan. nananana~ so.... (aku pon tatawu cemaner nk kira mata. cemaner tuh).. harap2 semuanye lancar ar kan.. Amin..~

Rombongan Pihak Lelaki (majoritinye pompuan...miahhahaha)
Mama n bakal menantunye yg cumel
Belum masuk umah jugak. sekali lagik posing muah muah. (errk.. kat belakang tuh ayah kepade pihak pompuan tgh bercekak pinggang... hishh.. apelaaa diorang ni xmasuk2 umah aku nih. aku tgh nebes nih -erk.. tingat zaman muda2 yer pakcik...hehehe)
Mama sedang menyarungkan cincin ke jari bakal menantu. yg ber'kaler tuh adelah aku yg tgh tersengih sambil memasang perisai tempur sebelom kene bedil ngn lidah2 yg bertanye ttg kakaknye pihak lelaki.. hehe... under control semernye... seb baik.. huahuahua
Hantaran kedua-dua pihak yg dah bertukar lapik. huhuuhuhu.. (kedua2nye hasil karya jagung dariku..hehe)
Ni yelah kawan baek Jojoe semase study kt UNIMAS dlu, Zek yang juge merupekan Guru Vokal aku selain Cikgu Siti Hajar
Ikin yang nampak sungguh pompuan dan lemah gemalai sekali.. cantik bakal adik ipor aku neih... elok la sama2 bongsu.. yg penting tetapppppp sekepala ngn akak ipor ogehh~
Rombongan kami tgh menyapu bersih santapan yg dihidangkan.. lapor bebehhh.. makan tghari ngn lauk pauk kampung... sodap!!!!
Setelah mendapat arahan untuk masuk, Jojoe ngn Me'on pun masuk di'kaver' oleh Zek... Beliau membawa sejambak bunge penuh ferrerro rocher pemberian Abg Aidilnye khas buat Ikin n Jojoe..hiiihihi... mujur ader coklat nih. kalo nk masuk berlenggang alamat terkucil gak adik aku tuh..kirenye abang Aidil yg temankan dier la tuh... elelele..malu kunun! hati kuntummmm~ hahahaLove me tender,
Love me sweet,
Never let me go.
You have made my life complete,
And I love you so.
Love me tender,
Love me true,
All my dreams fulfilled.
For my darlin’ I love you,
And I always will.
Love me tender,
Love me long,
Take me to your heart.
For it’s there that I belong,
And we’ll never part.
Love me tender,
Love me dear,
Tell me you are mine.
I’ll be yours through all the years,
Till the end of time.
(when at last my dreams come true darling this I know happiness will follow you everywhere you go).
Semalam aku mimpi. Aku punye impian untuk jadi wedding planner yg tersohor jadik kenyataan (tapi dalam mimpi tu jer la). Aku happy gilew majlis dah berakhir dgn jayenye dan pengantin nampak puas hati ngn khidmat usaha (mcm nama jalan nk gi tempat keje aku lak)...
-Izyan Alirahman-
(Hehehe... Comel gilew lagu neihhh... hepp hepp!!! Siap kedek2 aku biler dengar mayak2 kali.. huhuhuhuuahaha ..den sukoooooo!!!! tuing tuing tiung tiung) To Zee, may you always success on your career and keep on kickin', bebeh!!!
Epilog duka Keroncong Hujan.... siapa pula nanti yang akan mampu bercerita dengan JUJUR seperti karya-karyanya? Al-Fatihah...
By Galuh Cendra Kirana
Mega mendung di angkasa 





















